Nuffnang Ad

Showing posts with label Adelaide's gang. Show all posts
Showing posts with label Adelaide's gang. Show all posts

Wednesday, 19 July 2017

Jimba Raya

Ni saat yang paling best sekali, breakfast di hotel. I memang suka sangat kalau dapat breakfast di hotel, perasaan dia sangat teruja. 

Sebabnya, ada banyak jenis pilihan makanan from American, Melayu, India dan juga Chinese, semua ada di depan mata. Kita pilih aje mana-mana yang kita suka. Selalunya I akan pilih American set and also porridge. Ni antara favourite juga.


Kali ni we all stay di KSL Hotel, Legoland Hotel penuh. Pilih KSL cos ada pool yang best, the boys pun suka juga lepak sini, then sebelah ada shopping mall.

So petang-petang kalau bosan duduk lepak di Starbucks di lobby hotel. Sepanjang puasa tak minum Starbucks pun, jarang keluar malam untuk moreh ke apa. Dah raya ni, seronok la dapat minum.

Order untuk Danish and Ryan, sekali dapat nama Joe, entah Joe mana pun tak tahulah. Rasanya clear dah nama Ryan disebut.

Kebetulan memang ada bawa baju kurung and baju Melayu satu family, kebetulan pergi beraya di rumah saudara Daddy Jack area Sentosa tu. Rumah Melayu pulak tu, so jadilah props bergambar. Gambar masa first raya tak begitu menepati citarasa mujurlah ada backup.

Dah puas beraya and jalan-jalan, singgah makan Mee Rebus Haji Wahid yang katanya antara yang tersohor di JB. Im not a big fans of Mee Rebus, tapi okay la sebab perut pun lapar, then licin habis makan semua.

Sunday, 17 January 2016

Ikea's joy

Phuhhhh, lama betul tak bersiaran. Semenjak buka sekolah ni memang busy menguruskan hal rumahtangga dan juga persekolahan anak-anak. Tapi dalam kesibukan tu sempat jugaklah pi IKEA mencari barang-barang rumah.

Apa-apapun kena makan dulu, tak kisahlah beratur panjang mana pun tapi demi meatballs ku turutkan jua beratur panjang tu.

Dah settle, jom la kita makan dulu sebelum kita meneroka setiap aisle yang ada di dalam IKEA ni. Walaupun tak ada apa yang nak dibeli, tapi percayalah di sampai aje cashier sure ada aje barang hampir penuh troli tu.

Mendapat jemputan dari rakan untuk majlis akikah anak bongsunya, then makan lagi. Sedap kambing goleknya, lembut dan terasa rempah perapannya.

Dessert pun sedap-sedap dengan kuih muih yang ditempah ataupun yang dibawa oleh para tetamu memenuhkan meja.

Menjelang senja, semua kena baliklah, esok dah nak kembali ke sekolah dan juga tempat kerja. Terasa singkat aje hujung minggu bersama keluarga berbanding hari-hari biasa yang terpaksa terkejar ke sana sini.

Sunday, 31 May 2015

Memories in Adelaide

Banyak kenangan yang terjadi sewaktu we all berkunjung ke Adelaide dulu, dapat jumpa kawan-kawan lama esp berjumpa keluarga Liza dan juga Abang Nizam yang banyak membantu semasa we all berada di sana sepanjang 4 tahun. Rajin Liza sekeluarga buat majlis , selalu tak lupa pada kami sekeluarga. Rindu sebenarnya dengan sambal gesek serta kari kambing Liza.

Bershopping di Target adalah satu keriangan especially membeli baju untuk anak-anak. Memang baju di Target memang best and cantik-cantik. Datang sini pun tak ketinggalan memborong beberapa pasang untuk raya nanti.

Konon rasa cukup dah dengan beg yang dibawa dari Malaysia tu tapi tak menyangka 2 minggu di Adelaide, macam-macam yang diangkutnya so terpaksa la membeli extra bag dari sana juga.

Cuaca sepanjang we all berada di Adelaide sangat nyaman and sejuk, tapi taklah sampai perlu berbungkus cos belum masuk winter lagi. We all pergi pun Autumn tengah bermula.

Singgah makan kejap di Knoodle, antara tempat makan yang sering dikunjungi semasa duduk di Adelaide. Suka makan mee wantan serta honey chicken yang sedap.


Walaupun tak beberapa nak masak sepanjang disini tetapi tetap menyinggah jugak la ke Vatan's tempat yang sering dikunjungi untuk membeli ayam serta daging. Still sama macam dulu lagi, yang pasti semua ayam-ayam and daging sangat segar.

Sempat singgah sekejap di Campbelltown Soccer Club, tempat pertama kali the boys melibatkan diri dalam bolasepak. Training dengan Coach Micheal dan juga sempatlah bertemu dengan soccermates lama.

Pemandangan senja yang cantik berlatar belakangkan rumah sewa kami yang lama

Antara snack yang selalu dimakan, sushi yang besar-besar dan sedap sangat.

Daun kari yang ditinggalkan kepada Faizah yang sangat lebat dan besar dah. Tapi pokok kari yang I tanam di Malaysia taklah besar macam ni pun. Apapun, I memang enjoy our 2 weeks here in Adelaide, tak sukup sebenarnya explore Adelaide after setahun kembali ke Malaysia, tapi bila memikirkan ada tugasan menanti, so gagahkan juga diri untuk kembali berpijak dibumi yang nyata, kan.

Saturday, 9 May 2015

Mini gathering

Salah satu tujuan datang ke Adelaide adalah nak melepak di park macam dulu-dulu sambil makan-makan, ada BBQ session. Alhamdulillah tercapai juga hasrat itu. Cuaca pun agak panas and selesa juga.

Kita invite la mana-mana kawan yang masih ada di Adelaide ni, yang dikenali ataupun baru. Time ni la nak kenal mengenal antara satu sama lain kan.

Surah pun datang Adelaide untuk convo juga. Alhamdulillah, now tengah berbadan dua dah 

Berkumpul still sama seperti dulu, mak-mak satu kelompok, para Ayah di tempat BBQ and anak-anak berkeliaran bermain bola atau playground.

Antara hidangan yang dibawa beramai-ramai hari itu, of course la ayam bbq mesti ada kan.

Geng bapak-bapak

Terima kasih kawan-kawan yang lama serta yang baru, semoga ukhwah terus terjalin antara kita semua. But deep down in my heart, masih merindui muka-muka lama yang dah lama balik ke Malaysia.....

Wednesday, 17 September 2014

Wedding ala fairy tales

Ahad lepas berkesempatan memeriahkan majlis persandingan Daia bersama suaminya di Putrajaya. Masuk aje Dewan Sri Endon, tersergam indah pelamin yang berkonsepkan fairy tales, dan juga deco dewan yang mcm la-ala watak Cinderalla rasanya.

Daia ni dulu study di Unisa di Magill Campus waktu we all di Adelaide dulu. Satu-satunya adik undergrads yang rapat sangat dengan we all cos rumah hanya selang 3 rumah aje. Dia juga rapat dengan beberapa keluarga postgrads yang lain juga sampaikan rasa dia dah sebahagian dari keluarga postgrads pulak.

Nasi minyak pengantin adalah hidangan yang sangat ditunggu-tunggu

Selamat Pengantin Baru Daia dan Bobby. Semoga dimurahkan rezeki, rumahtangga dirahmati dan berbahagia selalu hendaknya.

Terjumpa pula dengan Abang Azul dan juga anak-anaknya disini. Dah agak dah sure Abang Azul akan datang, lupa nak call untuk pergi sama-sama. Sayangnya Kak Azie tak ada sebab masih dalam pantang. Abang Azul pun beberapa hari lepas majlis ni nak pergi Adelaide untuk menghadiri majlis konvokesyennya disana. 

Photobooth yang  berkonsepkan klasik sangat best, tapi we all tak sempat nak bergambar cos orang sangat ramai.

Kebetulan pula di depan jalan di Dewan Seri Endon ni ada bergantungan bendera-bendera Malaysia dan juga Australia sempena menyambut ketibaan PM Australia Tony Abott. Macam tahu-tahu aje pengantin perempuan pernah belajar di Australia dulu.

Buah tangan yang unik dari pengantin selain telur pindang dan juga gula-gula untuk kanak-kanak dimana tetamu diberikan nasi dan juga lauk untuk dibawa pulang.

Budak-budak mana kenal erti penat, dah petang diajaknya bermain badminton pulak, tapi tak apa at least I boleh juga beriadah dan juga exercise untuk membuang lemak-lemak tepu ni juga.

Wednesday, 11 June 2014

Reunion Adelaidian


Tak menyangka lah nak berkumpul ramai-ramai mcm gini bila dah balik Malaysia. Kalau di Adelaide dulu memang yer tiap hujung minggu sure la melepak sana-sini merata rumah kawan-kawan sambil makan and makan lagi.

Seronok la sesekali dapat berjumpa, so macam cerita keluarnya.

Antara yang sempat menhadirkan diri. Tak sangka dapat jumpa Kak Azie yang sini sarat berbadan dua.

Laksa Kak Aishah yang power masa duduk di Adelaide dulu. Until now pun masih berbisa macam dulu jugak.


Undangan ini sebenarnya surprise birthday untuk Abang Syed. Kak Yat la yang punya idea ni so masing-masing excited nak berjumpa.

Kalau kat Adelaide dulu, kedai hijau ataupun Cheesecake House yang jadi pilihan tapi bila balik Malaysia, Secret Recipe ajelah selalu yang dibeli untuk majlis harijadi.



Danish dan Ryan seronok la dapat jumpa Aqil dan Yaya. Bertukar-tukar cerita hal sekolah dan kawan-kawan di Malaysia pulak.