Nuffnang Ad

Showing posts with label all around Australia. Show all posts
Showing posts with label all around Australia. Show all posts

Friday, 30 September 2016

Lamanya tak bercuti

Lama dah tak travel, last pergi Bangkok time cuti sekolah masa bulan 6 lepas. Masa tu agak terhad untuk pergi bercuti. Insyallah, tahun depan akan cuba luangkan masa untuk bercuti bersama keluarga.


Kalau tak bercuti, habiskan masa beriadah ajelah di depan rumah, kalau tak main bola main badminton ajelah jawabnya.

Lepas riadah, makan pulak di roti canai teh tarik, so jadilah juga aktiviti keluarga, kan.

Bila flip balik album-album lama masa duduk di Adelaide dulu, rindu rasanya duduk disana, suasana yang aman damai, rileks aje. Bila ada free time, boleh pergi jalan-jalan Melbourne ataupun Sydney. Entah bilalah dapat berpeluang duduk oversea balik, tunggu Daddy Jack dapat offer sambung belajar balik la jawabnya.

Bila tengok jualan trench coat, mulalah terpikir nak travel ke tempat yang sejuk-sejuk. Insyallah, masih dalam perancangan untuk tahun depan selepas Danish settlekan his UPSR, then baru kita plan untuk jalan-jalan  ke mana-mana yang boleh dengan wang tabungan.

Saturday, 9 May 2015

Mini gathering

Salah satu tujuan datang ke Adelaide adalah nak melepak di park macam dulu-dulu sambil makan-makan, ada BBQ session. Alhamdulillah tercapai juga hasrat itu. Cuaca pun agak panas and selesa juga.

Kita invite la mana-mana kawan yang masih ada di Adelaide ni, yang dikenali ataupun baru. Time ni la nak kenal mengenal antara satu sama lain kan.

Surah pun datang Adelaide untuk convo juga. Alhamdulillah, now tengah berbadan dua dah 

Berkumpul still sama seperti dulu, mak-mak satu kelompok, para Ayah di tempat BBQ and anak-anak berkeliaran bermain bola atau playground.

Antara hidangan yang dibawa beramai-ramai hari itu, of course la ayam bbq mesti ada kan.

Geng bapak-bapak

Terima kasih kawan-kawan yang lama serta yang baru, semoga ukhwah terus terjalin antara kita semua. But deep down in my heart, masih merindui muka-muka lama yang dah lama balik ke Malaysia.....

Wednesday, 6 May 2015

Queen Victoria Market, Melbourne

Tertinggal pulak entry Melbourne ni ha, sorry la lama sangat nak menghabiskan entry perjalanan ke Australi pada March lepas. Kalau ke Melbourne, mesti kena singgah ke Queen Victoria Market untuk membeli souvenir untuk rakan-rakan serta saudara mara yang diingati.

Dah beberapa kali ke sini, so tak perlulah pusing satu pasar untuk melawat-lawat so terus menuju ke tempat membeli souvenir aje terus.

Dulu tak kisah sangat nak membeli souvenir for the boys, tapi since dah setahun balik and dah masuk sekolah so kenalah membeli untuk guru kelas dan juga kawan sekolah sebagai tanda ingatan.

Alat muzik tradisional kaum Abo yang dikenali sebagai didgeridoo

Of course la, trademark kalau ke Australia ni boomerang menjadi salah satu barangan souvenir.

Lama menunggu Kerinting memilih untuk cikgu-cikgu dia, ada siap nak bagi cikgu kelas sebelah lagi. Fridge magnet adalah yang paling senang sekali untuk diberikan tanda cenderamata.

Banyak jenis souvenir dijual disini tapi since we all hanya datang sebagai pelancong so tak banyak yang boleh dibawa balik.

If kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Melbourne, belilah souvenir disini, banyak pilihan and bermacam jenis barangan ada dijual disini, dari key chain, fridge magnet, pencil case, tissue holder and jam meja pun ada. Harga pun murah and affordable. Jangan lupa siapkan list dulu sebelum nak beli cos nanti kesian, ada pulak yang tak dapat.

Monday, 27 April 2015

Gorge Wildlife park

Lambat betul nak habiskan our Australia Adventure ni, kesibukan yang melanda memang agak tak terurus rasanya, tak apa..kita habiskan sikit demi sikitlah yer.  Okay, so lepas we all kembali ke Adelaide, so kita pun mneruskan acara melawat ke Adelaide Hills pulak. Dulu memang selalu kesini bila ada tetamu yang datang from ke sini. 

Ke Gorge Wildlife dululah cos  nak cuddling the koala at 1130am, kalau terlepas kena tunggu sampai petang pulak.

 After a year, masih takut lagi nak memegang koala ni

Ryan masih tidak dibenarkan koala sendiri, cos masih dianggap kecil lagi so hanya boleh berdiri aje di tepi. Even koala tu pun dah sama berat aje dengannya.

Daddy muka senyum ja, tak tahulah senyum suka atau terpaksa bergambar dengan koala.

 Feeding the wallaby

Camel pun ada juga

Nak menghabiskan palette makanan punya pasal, itik pun diberi makan

Masuk aje tempat kanggaru, berlari-lari kanggaru untuk diberikan makanan. Special sikit kanggaru ni punya makanan, biskut Arnott. Gila tak gilanya kanggaru Adelaide ni.

Tapi ada satu kanggaru putih, we all namakan dia Boxing dulu mcm dah tak kelihatan disini, mungkinkah sudah tiada lagi...sayangnya. We all datang, memang nak jumpa Boxing ni dulu.

Ryan rileks aje memberi makanan kepada kanggaru. I memang tak berani, geli pun ada juga tu.

 Seronok katanya, rasa tak nak balik Malaysia dah

Seronoknya koala tidur, walaupun nampak mcm tak selesa aje kat pokok tu.

After Gorge, kita ke Toys Factory pula. Patung kuda yang terbesar didunia ini.


Datang Toys Factory tu, bukan nak melawat, tak ada benda pun sebenarnya tapi cuma nak makan breakfast aje especially scone tu. Walaweiiii, memang sedap sangat. Sebab tu dulu hanya scone disini aje yang paling sedap sekali we all makan. Ni pun terasa-rasa di tekak kesedapan clotted cream bersama jem strawberry tu. Huhuhuhu, nak makan scone jugaklah, maybe kena pi Harrods cari scone.


Tuesday, 21 April 2015

Melbourne story

We all dah biasa dah di Melbourne, berapa kali pun pergi tetap tak jemu. So, seperti biasa parking kereta di Harbourtown, then naik City Circle untuk pusing-pusing sekitar Melbourne. Cuaca pun just nice aje, panas terik lagi tapi angin sejuk and nyaman.

 Menyinggah sebentar di kedai hip hop ni mencari barang pesanan


 Pelbagai koleksi kasut ada disini, mengikut trend semasa



 Dah selesai, membeli, so jalan kaki pulak menuju ke destinasi seterusnya.

Disebabkan menunggu City Circle yang agak lambat, so kita berjalan kaki menuju ke DFO Southwharf. Mujurlah agak sejuk sikit, kalau masa Summer ajak berjalan kaki, ohhh tak mampu la jawabnya.


Sepanjang perjalanan, banyak jumpa art monuments, so adalah photographer yang tidak berbayar ditugaskan untuk mengambil gambar.

 Grafitti pun cantik-cantik juga

I suka melihat ruang depan cafe atau restoran disini, nampak exclusive betul dengan pelbagai decor even basikal diletakkan di luar kedai pun nampak menarik.

 Cantiknya bandar Melbourne ni, panorama yang sangat mempersonakan.

Sampai DFO Southwharf, semuanya kelaparan serta kehausan after berjalan kaki so menuju ke foodcourt mencari makanan dulu. Sesekali Daddy Jack pusing dulu mana-mana kedai yang ingin dilawatinya and me and the boys melayan mac and cheese serta sushi dululah.

Sesekali me-rewardkan diri dengan koleksi Doc Mart yang harganya jauh lebih murah disini.


Dah beberapa jam di Southwharf, so kembali semula ke Harbourtown sambil melihat-lihat kedai-kedai distu. Then terasa lapar kembali so kali ni kita makan nasi pulak di Chilli Padi.

Tak sempat nak naik The Eye of Melbourne ni, sebab hujan sekejap so tak berani la semuanya.


Then bertolak pula ke DFO Essendon, dalam pukul 545pm sampai. Nampak parking lot macam lengang aje, so terasa kehairanan disitu. Rupanya dah nak tutup so tak dapatlah nak ronda-ronda dalam tu sambil melihat-lihat corelle dan juga corningware. Sempat mencapai selipar Polo ni ajelah sebab kaki pun dah terasa sakit memakai boot sepanjang masa sampaikan susah nak merenggangkan kaki dalam kereta. Bila dapat pakai selipar, terasa nikmat yang tidak dapat dinyatakan.

Petang tu juga we all bertolak balik ke Adelaide, singgah sebentar di tepi highway ni untuk membeli kebab buat bekalan makanan nanti walaupun ada nasi bungkus, manalah tahu perjalanan dahlah lama kang nak mencari makan tengah-tengah malam tak ada pulak.

Entah bila lagilah akan menjejakkan kaki ke Melbourne ni....

Subhanallah, cantiknya

Menikmati keindahan matahari terbenam di sepanjang perjalanan yang sangat mendamaikan.

Dah hampir beberapa km nak sampai Adelaide, Daddy Jack singgah petrol station nak power nap sekejap. Tak larat menahan mengantuk so tidur sebentar.


Perjalanan yang agak lama sebab beberapa kali berhenti untuk melelapkan mata, tambahan pula melalui jalan yang gelap gulita so kena sentiasa berjaga-jaga takut ada kanggaru yang melintas jalan, satu hal pula bila terlanggar. Alhamdulillah, sampai Adelaide dalam pukul 2:30am and then terus masuk rumah, then tidur and barang-barang esoknya baru keluarkan, tak larat nak bukak mata punya pasal.