Nuffnang Ad

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, 9 September 2018

Sunway Pyramid sekali sekala

Well, we all jarang nak ke mana-mana shopping mall selain KLCC, ataupun Pavillion, sesekali menyinggah jugalah One Utama, tapi Mid Valley atau The Gardens dah makin jarang pergi. Bila Daddy Jack ajak pergi Sunway Pyramid, semua rasa hah, jauhnya nak pergi mall, but layankan ajelah. Sebelum tu singgah Starbucks dulu, the boys nak Frappe dan juga me nak jugak Iced Latte.

Iced Latte yang sedap, depan ni ada Family Mart tapi tak jumpa pulak Iced Latte yang diviralkan di FB tu.

Patutlah beria ajak ke Sunway Pyramid, ada makna rupanya....

Nak yang besar sekali tu untuk hari jadi dia, walhal hadiah LEGO besar ni tahun lepas pun tak buka kotak lagi, alasan almari dah tak muat. Dah tu, takkan nak tambah lagi, pening jugak ni

Menyinggah masuk Popular, nampak pula ada beberapa buku yang best juga tajuk-tajuknya

3 beranak ni masuk kedai game pula, mencari game yang terbaru tapi hasrat ditangguhkan kerana exam dah makin dekat.


Jersey World Cup dah makin murah sekarang, tapi team kita dah kalah, so tak perlu belilah. Tunggu Euro 2020 then baru beli itupun kalau masuk la kan. Kalau tak, kita tengok kat kedai ajelah.

Saturday, 19 August 2017

Macam tak ada tempat lain dah

Lama dah update, KLCC ni setiap minggu akan jenguk kalau ada masa lah. Ni tengah pulun drilling Danish untuk pecutan akhir UPSR, tapi sesekali bawalah juga dia keluar, karang belajar lama-lama tepu pulak otak.

Butter pilihan kalau buat cake special, like birthday. Lescure. Batter akan nampak menarik dan rasa pun agak sedap menggunakan butter ni. Jarang buat sale, kalau ada memang sangat untung membelinya. Tapi kali ni punya offer tak beli pun sebab tak ada plan pun nak buat cake.

Kalau pergi KLCC, wajib singgah beli roti di Sun Moulin ni especially yang fresh from the oven.

Kalau ke KLCC tak sahlah kalau tak pergi makan kan, samada di Madam Kwans ataupun di Penang Cafe sebab dah biasa ke sini aje.

Sesi mencuba dan membeli kasut baru cos kakinya dah makin membesar, banyak kasut dah tak muat dah.

Dah beli untuk abang, adik pun takkan tengok aje. Abang melabur di Nike, adik di Adidas la pilihannya.


Friday, 1 January 2016

Selamat datang, 2016


Alhamdulillah, kita telah pun masuk ke tahun 2016. Tak mahu ingat apa yang berlaku di tahun 2015, cukuplah sekadar menjadi memori yang terindah sahaja. Untuk tahun 2016 ini semoga kita semua beroleh kejayaan, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta dilindungi dari bencana dan juga malapetaka.
Untuk keluarga saya, saya berharap agar dapat lebih luangkan masa bersama keluarga, sama-sama membantu mana-mana yang patut, bijak menguruskan rumahtangga dan juga kewangan. Hopefully dapat bercuti bersama anak-anak dengan lebih kerap lagi..Insyallah. Untuk Daddy Jack juga, semoga terus sukses dengan jawatan baru yang digalasnya supaya bekerja dengan lebih kuat lagi.

Thursday, 18 June 2015

His first camping trip

Sebelum cuti sekolah yang lalu, Danish terlibat di dalam perkhemahan kepimpinan di sekolahnya. Danish adalah pengawas sekolah so semua school leaders yang terdiri daripada Pengawas, Pustakawan dan beberapa leaders yang lain terlibat. Perkhemahan yang diadakan di Pantai Remis, Kuala Selangor selama 3 hari 2 malam. Ini adalah pertama kali nak berjauhan dengan Danish, apatah lagi nak pergi camping.

Bas bertolak lepas solat Jumaat, so me and Ryan sedih aje menghantar Danish naik bas. Over betul la maknya ni.

Sepanjang minggu ketiadaan Danish, main pun sorang-sorang aje. Asyik cakap, I rindu Danish la, Mummy. Kalau ada berdua bergaduh tak tentu masa, bila sorang tiada mulalah sorang lagi tak keruan dibuatnya.

Hujung minggu seperti biasa, menjadi soccermom walaupun hanya menghantar Ryan sahaja.

Ni la gambar yang dihantarkan oleh guru kelas Danish melalui group Whatsapp kelasnya.

Malam Sabtu tengok bola di luar pun teringat kat Danish, kalau dia ada mesti seronok tengok bola guna big screen.

Kesian Ryan, main bandminton pun sorang-sorang ditemani oleh Bibik sahaja.

Tuesday, 21 April 2015

Melbourne story

We all dah biasa dah di Melbourne, berapa kali pun pergi tetap tak jemu. So, seperti biasa parking kereta di Harbourtown, then naik City Circle untuk pusing-pusing sekitar Melbourne. Cuaca pun just nice aje, panas terik lagi tapi angin sejuk and nyaman.

 Menyinggah sebentar di kedai hip hop ni mencari barang pesanan


 Pelbagai koleksi kasut ada disini, mengikut trend semasa



 Dah selesai, membeli, so jalan kaki pulak menuju ke destinasi seterusnya.

Disebabkan menunggu City Circle yang agak lambat, so kita berjalan kaki menuju ke DFO Southwharf. Mujurlah agak sejuk sikit, kalau masa Summer ajak berjalan kaki, ohhh tak mampu la jawabnya.


Sepanjang perjalanan, banyak jumpa art monuments, so adalah photographer yang tidak berbayar ditugaskan untuk mengambil gambar.

 Grafitti pun cantik-cantik juga

I suka melihat ruang depan cafe atau restoran disini, nampak exclusive betul dengan pelbagai decor even basikal diletakkan di luar kedai pun nampak menarik.

 Cantiknya bandar Melbourne ni, panorama yang sangat mempersonakan.

Sampai DFO Southwharf, semuanya kelaparan serta kehausan after berjalan kaki so menuju ke foodcourt mencari makanan dulu. Sesekali Daddy Jack pusing dulu mana-mana kedai yang ingin dilawatinya and me and the boys melayan mac and cheese serta sushi dululah.

Sesekali me-rewardkan diri dengan koleksi Doc Mart yang harganya jauh lebih murah disini.


Dah beberapa jam di Southwharf, so kembali semula ke Harbourtown sambil melihat-lihat kedai-kedai distu. Then terasa lapar kembali so kali ni kita makan nasi pulak di Chilli Padi.

Tak sempat nak naik The Eye of Melbourne ni, sebab hujan sekejap so tak berani la semuanya.


Then bertolak pula ke DFO Essendon, dalam pukul 545pm sampai. Nampak parking lot macam lengang aje, so terasa kehairanan disitu. Rupanya dah nak tutup so tak dapatlah nak ronda-ronda dalam tu sambil melihat-lihat corelle dan juga corningware. Sempat mencapai selipar Polo ni ajelah sebab kaki pun dah terasa sakit memakai boot sepanjang masa sampaikan susah nak merenggangkan kaki dalam kereta. Bila dapat pakai selipar, terasa nikmat yang tidak dapat dinyatakan.

Petang tu juga we all bertolak balik ke Adelaide, singgah sebentar di tepi highway ni untuk membeli kebab buat bekalan makanan nanti walaupun ada nasi bungkus, manalah tahu perjalanan dahlah lama kang nak mencari makan tengah-tengah malam tak ada pulak.

Entah bila lagilah akan menjejakkan kaki ke Melbourne ni....

Subhanallah, cantiknya

Menikmati keindahan matahari terbenam di sepanjang perjalanan yang sangat mendamaikan.

Dah hampir beberapa km nak sampai Adelaide, Daddy Jack singgah petrol station nak power nap sekejap. Tak larat menahan mengantuk so tidur sebentar.


Perjalanan yang agak lama sebab beberapa kali berhenti untuk melelapkan mata, tambahan pula melalui jalan yang gelap gulita so kena sentiasa berjaga-jaga takut ada kanggaru yang melintas jalan, satu hal pula bila terlanggar. Alhamdulillah, sampai Adelaide dalam pukul 2:30am and then terus masuk rumah, then tidur and barang-barang esoknya baru keluarkan, tak larat nak bukak mata punya pasal.