Nuffnang Ad

Showing posts with label Melbourne stories. Show all posts
Showing posts with label Melbourne stories. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Queen Victoria Market, Melbourne

Tertinggal pulak entry Melbourne ni ha, sorry la lama sangat nak menghabiskan entry perjalanan ke Australi pada March lepas. Kalau ke Melbourne, mesti kena singgah ke Queen Victoria Market untuk membeli souvenir untuk rakan-rakan serta saudara mara yang diingati.

Dah beberapa kali ke sini, so tak perlulah pusing satu pasar untuk melawat-lawat so terus menuju ke tempat membeli souvenir aje terus.

Dulu tak kisah sangat nak membeli souvenir for the boys, tapi since dah setahun balik and dah masuk sekolah so kenalah membeli untuk guru kelas dan juga kawan sekolah sebagai tanda ingatan.

Alat muzik tradisional kaum Abo yang dikenali sebagai didgeridoo

Of course la, trademark kalau ke Australia ni boomerang menjadi salah satu barangan souvenir.

Lama menunggu Kerinting memilih untuk cikgu-cikgu dia, ada siap nak bagi cikgu kelas sebelah lagi. Fridge magnet adalah yang paling senang sekali untuk diberikan tanda cenderamata.

Banyak jenis souvenir dijual disini tapi since we all hanya datang sebagai pelancong so tak banyak yang boleh dibawa balik.

If kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Melbourne, belilah souvenir disini, banyak pilihan and bermacam jenis barangan ada dijual disini, dari key chain, fridge magnet, pencil case, tissue holder and jam meja pun ada. Harga pun murah and affordable. Jangan lupa siapkan list dulu sebelum nak beli cos nanti kesian, ada pulak yang tak dapat.

Tuesday, 21 April 2015

Melbourne story

We all dah biasa dah di Melbourne, berapa kali pun pergi tetap tak jemu. So, seperti biasa parking kereta di Harbourtown, then naik City Circle untuk pusing-pusing sekitar Melbourne. Cuaca pun just nice aje, panas terik lagi tapi angin sejuk and nyaman.

 Menyinggah sebentar di kedai hip hop ni mencari barang pesanan


 Pelbagai koleksi kasut ada disini, mengikut trend semasa



 Dah selesai, membeli, so jalan kaki pulak menuju ke destinasi seterusnya.

Disebabkan menunggu City Circle yang agak lambat, so kita berjalan kaki menuju ke DFO Southwharf. Mujurlah agak sejuk sikit, kalau masa Summer ajak berjalan kaki, ohhh tak mampu la jawabnya.


Sepanjang perjalanan, banyak jumpa art monuments, so adalah photographer yang tidak berbayar ditugaskan untuk mengambil gambar.

 Grafitti pun cantik-cantik juga

I suka melihat ruang depan cafe atau restoran disini, nampak exclusive betul dengan pelbagai decor even basikal diletakkan di luar kedai pun nampak menarik.

 Cantiknya bandar Melbourne ni, panorama yang sangat mempersonakan.

Sampai DFO Southwharf, semuanya kelaparan serta kehausan after berjalan kaki so menuju ke foodcourt mencari makanan dulu. Sesekali Daddy Jack pusing dulu mana-mana kedai yang ingin dilawatinya and me and the boys melayan mac and cheese serta sushi dululah.

Sesekali me-rewardkan diri dengan koleksi Doc Mart yang harganya jauh lebih murah disini.


Dah beberapa jam di Southwharf, so kembali semula ke Harbourtown sambil melihat-lihat kedai-kedai distu. Then terasa lapar kembali so kali ni kita makan nasi pulak di Chilli Padi.

Tak sempat nak naik The Eye of Melbourne ni, sebab hujan sekejap so tak berani la semuanya.


Then bertolak pula ke DFO Essendon, dalam pukul 545pm sampai. Nampak parking lot macam lengang aje, so terasa kehairanan disitu. Rupanya dah nak tutup so tak dapatlah nak ronda-ronda dalam tu sambil melihat-lihat corelle dan juga corningware. Sempat mencapai selipar Polo ni ajelah sebab kaki pun dah terasa sakit memakai boot sepanjang masa sampaikan susah nak merenggangkan kaki dalam kereta. Bila dapat pakai selipar, terasa nikmat yang tidak dapat dinyatakan.

Petang tu juga we all bertolak balik ke Adelaide, singgah sebentar di tepi highway ni untuk membeli kebab buat bekalan makanan nanti walaupun ada nasi bungkus, manalah tahu perjalanan dahlah lama kang nak mencari makan tengah-tengah malam tak ada pulak.

Entah bila lagilah akan menjejakkan kaki ke Melbourne ni....

Subhanallah, cantiknya

Menikmati keindahan matahari terbenam di sepanjang perjalanan yang sangat mendamaikan.

Dah hampir beberapa km nak sampai Adelaide, Daddy Jack singgah petrol station nak power nap sekejap. Tak larat menahan mengantuk so tidur sebentar.


Perjalanan yang agak lama sebab beberapa kali berhenti untuk melelapkan mata, tambahan pula melalui jalan yang gelap gulita so kena sentiasa berjaga-jaga takut ada kanggaru yang melintas jalan, satu hal pula bila terlanggar. Alhamdulillah, sampai Adelaide dalam pukul 2:30am and then terus masuk rumah, then tidur and barang-barang esoknya baru keluarkan, tak larat nak bukak mata punya pasal.

Saturday, 6 July 2013

DFO Essendon

So, lepas breakfast then sementara menunggu pukul 10am we all pusing-pusing la sekitar tengok design rumah orang Aussie yang cantik-cantik tu. Bila dah pukul 10am, bergegas la ke DFO Essendon untuk menjamu mata la pulak disana sebelum pulang ke Adelaide.

Last year masa I datang dengan my BIL and SIL Oroton tengah under renovation, than bila balik Adelaide, kawan kat Melbourne dok cakap COACH ada bukak di DFO Essendon..die punya stress, jgn cakap la. So ini kali..tak boleh jadi. Masuk-masuk main entrance...hah ko...dua-dua pojaan hati ada di depan mata..susah pulak nak membuat pilihan nih !!!

Kenalah ikut turutan abjad, so C masuk dulu the baru masuk yang O pulak. Memang tengah sale pulak sekarang tu, baik yang dah lama punya pattern ataupun yang baru semua nampak cantik-cantik semuanya.

Masuk COACH macam kanak-kanak masuk kedai gula-gula..mata melilau, tangan membelek dan jantung berdebar.

Menggilakan colour block collection...rambang mata, semuanya cantik-cantik belaka

Hari tu dah beli puff jacket from Esprit tak pasal-pasal cos tak tahan sejuk, nampak trench coat COACH membuatkan nak menambah satu lagi. Harapnya bolehlah jalan-jalan bila time winter tahun depan pulak kut.

3 tahun okay tak berkasut tinggi. Dulu rajin la bila Vincci sale aje, gigih beli high heels bawak pi mengajar, lepas kelas aje terus sarung selipar sebab sakit tumit naik tangga pakai high heels. Bila dah datang Adelaide, mana nak berkasut tinggi ni dok mai sarung sports shoes atau ballerina flat ajelah. Kalau rajin, barulah pakai boots, if not during summer sandal aje cukup.

Dah tahu dah perangai Mummy dia bila masuk kedai handbag sure lama, so masing-masing duduk mengadap main game di Ipad sambil tunggu Mummy dia yang tengah pening nak buat pilihan.


Its a wrap...cukup-cukup sudah

Kalau datang ke DFO, tak sahlah kalau tak ke World Kitchen, kedai yang sentiasa dipenuhi dengan orang Malaysia, tak kiralah Cina, India ataupun Melayu yang mengumpul Corelle, Corning ataupun Vision.

Setelah mendapat C yang lain, masuk kedai ni tertutup rasa nak membeli anything dalam ni. Pusing dua tiga kali bila Daddy Jack tanya ada nak beli lagi tak, terus niat nak beli itu rasa...cukuplak bab pinggan mangkuk, yang dah beli dulu pun dah ada, yang jumpa di garage sale atau sunday market pun berlambak sampai nak jemu membalut dengan bubble wrap dan juga masuk kotak.

Ibu ajelah yang banyak membeli, I memberikan pandangan aje mana yang elok

Pyrex pun dah start mengeluarkan their utensils dapur, ada yang macam berkenan dihati tapi tak mulalah lagi membuat koleksi. Tengoklah nanti.

Set pisau pun ada from Pyrex tapi I ni nak beli knives set mcm kena pilih betul-betul. Tak berapa suka sangat if the block tu dah ada steak knives sebab kita makan steak tak selalu kalau dirumah, nak makan steak pergilah mana-mana steak house yang banyak di KL tu, senang.

Hahahah, sekali lagi mereka berdua ni duduk diam di luar kedai, layan Ipad juga. As a treat cos behave sangat so belanja makan ice cream and makan kebab disini. 

Lebih kurang dalam pukul 2pm, we all bersiap-siap bertolak balik ke Adelaide after dah makan and tapau makanan di DFO tu so pulanglah kami ke tempat asal. Perjalanan yang panjang namun indah bila menyaksikan sunset di jalan, terasa sangat indah. Sampai Adelaide dalam pukul 11am, terus masuk rumah, tak angkat pun all the barang-barang semuanya terus masuk tidur sebab masing-masing kepenatan yang teramat.