Nuffnang Ad

Showing posts with label COACH. Show all posts
Showing posts with label COACH. Show all posts

Friday, 25 July 2014

Selagi belum raya

Hmm, selagi belum raya selagi tu la tak habis-habis menyukat shopping mall ni. Minggu lepas ke KLCC lagi, tak tahulah apa lagi yang nak cari lagi.

Tak adalah nak membeli sangat pun, just nak menunggu waktu berbuka puasa cos minggu lepas we all satu family termasuk Ayah dan Ibu berbuka puasa di luar so keluar rumah lepas Asar, then singgah la berjalan-jalan ke KLCC. Sementara tak nak membeli tu, Daddy Jack udah terberkenan dengan something yang boleh dipakai ketika Raya nanti.

Hanya ini ja yang mampu I hadiahkan untuk Daddy Jack bila raya ni, dan jenama pilihan mestilah I pilih.

Lama lagi nak berbuka ni so kita singgah Kinokuniya sambil melihat-lihat buku-buku baru dan menikmati pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur ini.

Tepat pukul 630pm, we all dah sampai tempat favourite berbuka puasa kami setiap tahun since 2006 lagi, Cafe D'Istana Jalamas di Istana Budaya. Tapi since 3 1/2 tahun yang tak berbuka disini so kali ni tak sabar-sabar dah nak berbuka disini tapi sayangnya tahun ini adalah tahun terakhir syarikat catering ini beroperasi disini lepas ni maybe orang lain yang akan mengambil alih.

Dengan harga RM39.90 dan juga budak RM25 (3 tahun keatas) harga yang sangat berbaloi daripada hotel-hotel 5 bintang yang sampai mencecah RM100++ sehingga RM200+ untuk harga buffet ramadan mereka. Pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih, mee dan bermacam-macam lagilah ada disini.

Bahagian luar ni ada ABC, Yong Tau Foo, Mee Bandung, Laksa Johor, Rojak Singapore, Roti Jala serta ikan bakar disini.

Kuih yang pelbagai jenis dari uih manis, pedas bergoreng semuanya ada disini. Portion pun comel-comel aje, sebab kalau buat portion yang biasa, takut orang tak habis makan, sayang aje kan.

Lauk memang banyak jenis, ada yang berkuah, gorengan serta lauk kering macam ikan tenggiri masak sambal, serta sambal kentang.

Dah settle berbuka puasa, terasa pulak nak ke Pavillion sebab dapat info Parkson tutup pukul 11 malam so teruslah menuju ke sana.

Hah, kan betul..bukak sampai hari Ahad ni, so sesiapa yang nak bershopping lagi bolehlah ke Parkson Pavillion, lepas tu balik sahur terus.

Jenguk Dr Mart kejap. Aishhh, baru minggu lepas belikan boot the boys, alih-alih ada pulak yang baru sampai beebrapa hari sebelum we all datang ni. Daddy Jack of course la dah gundah gulana, nak tambah lagi ke tak.

Isnin lepas, Cik Posto hantar ni pulak untuk new collection, tapi azam tahun ni (harapnya tak terjebak) nak kurangkan membeli handbag cos ada yang masih dalam kotak, tak pakai lagi masa beli kat Melbourne. Itu satu jenama, yang jenama O tu pun sama jugak, masih duduk dalam kotak lagi. Entah bilalah nak pakainya tu.

Friday, 7 February 2014

Coach story

Me and handbag mmg tak boleh dipisahkan walaupun yang dibawa balik dari Adelaide masih belum digunakan sepenuhnya, ni tambah lagi dah duduk rumah, entah manalah nak dipakai handbag tu gamaknya.

As usual, COACH sentiasa menjadi pilihan, tak tahulah kenapa walaupun banyak lagi jenama yang lain. 

Tengah ada sale rupanya, maklumlah sejak bertukar no telefon ni tak dapatlah notification tengtang sale sana sini.

Tak pikir panjang, just dah nampak yang berkenan di hati, then teruslah terpaut dan terbeli

 Alhamdulillah, rezeki 2 sekali..kasut dan juga handbag

Dah beli handbag, haruslah isi perut yang tak berkeroncong dari tadi. bila masuk COACH lupa lah kejap lapar dari pagi, bila keluar terus datang balik penyakit lapar tu. Daddy Jack teringin pula nak makan Secret Recipe esp the Blueberry Cheesecake.

Mine pula, makan beef lasagne aje. Aishhh, bilalah nak start masak-masak ni, asyik la makan di luar. We all pun baru ja pindah rumah ni, so Insyallah minggu ni dah settle dah keadaan rumah tu then barulah boleh masak macam-macam.
 

Thursday, 2 January 2014

Persediaan ke sekolah

Ya, hari ini my boys memulakan alam persekolahan mereka buat pertama kalinya di Malaysia, tak tahulah macama gayanya, kena tunggu petanglah nak tahu apa yang mereka lakukan disekolah.  We all pun sama macam keluarga yang lain, sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Minggu lepas, berkesempatan keluar mencari beberapa keperluan mereka. So we all menuju ke Pavillion, dah lama tak ke sana.

We all mencari kasut sekolah untuk Danish yang perlu menggunakan kasut sekolah berwarna hitam, dah cari di KLCC tapi tak ada saiz so ada di Pavillion ataupun di The Gardens, tu yang pi Pavillion tu sebab dekat aje dengan rumah.

Yer la, we all ni terlupa la pulak sekolah di Malaysia ini hanya memerlukan satu jenis warna kasut saha, tak hitam ataupun putih. Kebetulan pua sekolah Danish memerlukan kasut hitam, tu yang sibuk cari tu. Kalau di Adelaide dulu, pakai kasut apa pun tak kisah, asalkan kasut yang sesuai untuk bersukan aje.

Okay, masing-masing dah dapat kasut, Ryan pun masih boleh menggunakan kasut apa-apa pun asalkan kasut sukan aje.

 
Then nak mencari beg sekolah pula di sini, tapi sayangnya hanya ada satu sahaja. Mana boleh nak beli satu aje, kena belikan untuk Ryan sekali so end up hanya beli water bottle sahaja disini.

Tapi diam-diam Daddy Jack suruh juga I bawa Danish masuk kedai Nike balik untuk belikan beg yang Danish nak tu, so nanti Ryan pilih beg yang lain lah.

Dah settle hal kasut dan beg sekolah so we all alas perut kejap di Starbucks cos Ryan suka sangat makan croissant kat sini, kedai croissant sedap katanya.

Dah settle hal anak-anak, Mummy pun nak kenalah juga berbeg baru untuk ke sekolah..hahahha, macam lah kerja lagi sibuk jugak nak pakai beg baru.

Sesekali nak lah juga merasa pakai hangbag gedabak mcm gini tapi since dah tak kerja so abaikan ajelah impian itu, kan. Kalau beli and masih kerja bolehlah letak dokumen ataupun laptop dalamnya.

While I berpusing-pusing dalam ni, budak-budak ni tak boleh duduk diam, main belon. Mujurlah ada bilik khas untuk menunggu so SA ajak main dalam tu puas-puas sambil dilayan mesra.

Opsss, terbeli pulak. Tak sangka ada orang nak offer belikan walaupun tak kerja, tak tahulah mana nak pakai even yang beli kat Melbourne dulu pun masih tersimpan di dalam kotak dan masih belum digunakan.
 

Saturday, 6 July 2013

DFO Essendon

So, lepas breakfast then sementara menunggu pukul 10am we all pusing-pusing la sekitar tengok design rumah orang Aussie yang cantik-cantik tu. Bila dah pukul 10am, bergegas la ke DFO Essendon untuk menjamu mata la pulak disana sebelum pulang ke Adelaide.

Last year masa I datang dengan my BIL and SIL Oroton tengah under renovation, than bila balik Adelaide, kawan kat Melbourne dok cakap COACH ada bukak di DFO Essendon..die punya stress, jgn cakap la. So ini kali..tak boleh jadi. Masuk-masuk main entrance...hah ko...dua-dua pojaan hati ada di depan mata..susah pulak nak membuat pilihan nih !!!

Kenalah ikut turutan abjad, so C masuk dulu the baru masuk yang O pulak. Memang tengah sale pulak sekarang tu, baik yang dah lama punya pattern ataupun yang baru semua nampak cantik-cantik semuanya.

Masuk COACH macam kanak-kanak masuk kedai gula-gula..mata melilau, tangan membelek dan jantung berdebar.

Menggilakan colour block collection...rambang mata, semuanya cantik-cantik belaka

Hari tu dah beli puff jacket from Esprit tak pasal-pasal cos tak tahan sejuk, nampak trench coat COACH membuatkan nak menambah satu lagi. Harapnya bolehlah jalan-jalan bila time winter tahun depan pulak kut.

3 tahun okay tak berkasut tinggi. Dulu rajin la bila Vincci sale aje, gigih beli high heels bawak pi mengajar, lepas kelas aje terus sarung selipar sebab sakit tumit naik tangga pakai high heels. Bila dah datang Adelaide, mana nak berkasut tinggi ni dok mai sarung sports shoes atau ballerina flat ajelah. Kalau rajin, barulah pakai boots, if not during summer sandal aje cukup.

Dah tahu dah perangai Mummy dia bila masuk kedai handbag sure lama, so masing-masing duduk mengadap main game di Ipad sambil tunggu Mummy dia yang tengah pening nak buat pilihan.


Its a wrap...cukup-cukup sudah

Kalau datang ke DFO, tak sahlah kalau tak ke World Kitchen, kedai yang sentiasa dipenuhi dengan orang Malaysia, tak kiralah Cina, India ataupun Melayu yang mengumpul Corelle, Corning ataupun Vision.

Setelah mendapat C yang lain, masuk kedai ni tertutup rasa nak membeli anything dalam ni. Pusing dua tiga kali bila Daddy Jack tanya ada nak beli lagi tak, terus niat nak beli itu rasa...cukuplak bab pinggan mangkuk, yang dah beli dulu pun dah ada, yang jumpa di garage sale atau sunday market pun berlambak sampai nak jemu membalut dengan bubble wrap dan juga masuk kotak.

Ibu ajelah yang banyak membeli, I memberikan pandangan aje mana yang elok

Pyrex pun dah start mengeluarkan their utensils dapur, ada yang macam berkenan dihati tapi tak mulalah lagi membuat koleksi. Tengoklah nanti.

Set pisau pun ada from Pyrex tapi I ni nak beli knives set mcm kena pilih betul-betul. Tak berapa suka sangat if the block tu dah ada steak knives sebab kita makan steak tak selalu kalau dirumah, nak makan steak pergilah mana-mana steak house yang banyak di KL tu, senang.

Hahahah, sekali lagi mereka berdua ni duduk diam di luar kedai, layan Ipad juga. As a treat cos behave sangat so belanja makan ice cream and makan kebab disini. 

Lebih kurang dalam pukul 2pm, we all bersiap-siap bertolak balik ke Adelaide after dah makan and tapau makanan di DFO tu so pulanglah kami ke tempat asal. Perjalanan yang panjang namun indah bila menyaksikan sunset di jalan, terasa sangat indah. Sampai Adelaide dalam pukul 11am, terus masuk rumah, tak angkat pun all the barang-barang semuanya terus masuk tidur sebab masing-masing kepenatan yang teramat.