Nuffnang Ad

Showing posts with label soccer school. Show all posts
Showing posts with label soccer school. Show all posts

Wednesday, 31 May 2017

KL Cup '17

Habis aje hari sukan sekolah, bergegas pula ke KLFA untuk KL Cup 2017. Game pertama dah lepas so masa Danish sampai dah mula game kedua.

Cuaca pun tak lah sepanas terik masa di padang masa sukan tu, takut hujan aje

Dengan perlawanan yang agak sengit, team FCKL U12 mara ke peringkat seterusnya, so perlawanan akan bersambung esoknya.


Esok paginya, perlawanan bermula dalam pukul 12pm, so sempatlah pergi beakfast dulu.

Perlawanan agak sengit juga sebab team yang kuat-kuat bertarung pada hari teakhir ini.

Banyak peluang yang we all dapat untuk jaringkan goal, tapi tak kesampaian

Dengan 2 tendangan penalti, we all mara ke peringkat akhir tapi kecundang di tempat ketiga.

Apapun, semua parents pun happy and bangga dengan semua pemain yang bertungkus lumus untuk memastikan membawa balik pingat walaupun hanyalah pingat gangsa.

Terima kasih team FCKL U12

Thursday, 11 May 2017

Travelling kits

Tahun ni team bola Danish di FCKL U12 begitu bersemangat dalam apa jua segi pun, dari menyediakan makanan, support dan juga tahun ini we all siap buat tshirt team sendiri lagi. We all pun buat extra tshirt semata-mata support Danish.

So, setiap kali ada tournament, we all akan pakai Tshirt ni la, bagi moral support pada Danish dan juga teammates yang lain.

Ingatkan dah habis game dah, rupanya ada lagi, knock out stage pula yang akan dibuat selepas our tournament di Singapore. Haishhhh, berpanas lagi di padang la jawabnya.

Lepas habis game, we all berparty la tepi swimming pool. Walaupun panas ya ampun tapi diharung jua. Bagi la bebudak ni swimming and fooling around selepas habis game.

Makanan pun simple aje, beli KFC then some parents bawa potluck masing-masing then makan sama-sama sambil bersembang.

Satomi as a host for this event yang dibuat di rumahnya area Mont Kiara. So dia prepared macam-macam untuk we all semua.

Selain dari just get together moments for us, we all parents ni adalah buat some token for the players. We all collect duit from each parents, then kita buatkan satu travelling kits untuk mereka ni. So, bila pergi away game, pakai la baju yang sama semua satu team, nampak la seragam semua kan.

Juliana as a spokeperson for FCKL U12 team merangkap Presiden Persatuan Ibubapa juga memberikan kata-kata semangat untuk the players semua.

The coach, Coach Azizi juga memberikan semangat dan kata-kata kepada ibubapa diatas support yang kuat dan juga komitmen para pemain untuk terus bermain sehabis yang baik.


We are The Class of 2017 FCKL U12

Sunday, 26 March 2017

Lot 10

Hari Sabtu adalah hari taining bola. Dah berada di padang seawal jam 830am walhal training start pukul 9am. Kalau ada aktiviti di sekolah memang tak pergilah tapi since cuti sekolah ni so bolehlah pergi.

Dah lama tak pergi Lot 10, last pergi tahun lepas, itupun masa I ada company dinner di Parkroyal Hotel so sementara menanti malam, sempat la berjalan-jalan di Lot 10. Jauh beza betul Lot 10 dulu dengan sekarang. Daddy Jack dengan the boys suka sangat la dapat ke sini sebab ada satu level tu kedai sukan semua.

Daddy Jack as usual la, kalau ke Lot 10, sure menyinggah Zara Men mencari baju kerja. Untunglah badan maintain aje, senang nak cari saiz baju yang memang ngam aje.

Now, semua outlet Nike or Adidas dah stop penjualan boot bola. Now TFC yang ambil alih, tapi still boot bola untuk youth size tak dibawa masuk Malaysia, kenalah order from oversea juga. Walaupun Al-Ikhsan ada jual, tapi selalunya dah off season.

Since I buat workout, kenalah juga ambil something untuk jaga my muscle daripada tegangan ataupun menguatkan muscle sikit sebab dah bersenam ni.

Now, we all dah ada port baru kalau nak makan Nasi Arab, di Saba' Restoran, Jelatik. Daddy Jack yang gemar makan nasi arab, I tak berapa sangat makan tapi boleh la juga makan. Bukan tak makan langsung.

Tuesday, 13 December 2016

Jogging and walking

Aduh, dah lama tak bersenam ni. Dulu paling-paling pun sementara temankan Danish main bola, boleh jugalah layan Ryan main bola di padang futsal tapi bila dah cuti sekolah ni agak terhad sikit masa untuk bersenamnya.

Seronok dapat berjogging keliling padang dari pukul 630pm - 8 pm. Then break kejap untuk Maghrib pastu sambung balik. Dapatlah dalam 3-4 kilometer sekali pusing padang tu.

Dapatlah jumpa my jogging partner ni setiap Isnin dan Rabu, weekend jumpa masa tournament anak-anak ajelah.

Oh my, I idamkan sangat slip on Adidas ni, dah nampak a few yang pakai dah samada warna hitam atau warna putih. I suka sangat, entah bila berkesempatan nak membelinya.

Kalau rajin berlari, kalau malas just jalan-jalan ajelah..dapat 2 km pun dah cukup baik dah.

Selalu kalau sampai awal, buat stretching dulu sikit-sikit, takut cramp nanti.

Memang seronok juga bila kita sama-sama keluarkan peluh, balik rasa ringan aje badan. Nak tidur pun senang aje, pukul 10pm dah masuk tidur dah semua.

Tapi ni season bola dah habis dah semalam, akan disambung balik in January 2017 nanti. In the mean time, kenalah berjogging di sekitar rumah ajelah dulu. Pusing padang depan rumah tu, janji dapat keluarkan peluh.

Saturday, 3 December 2016

Bola, bola dan bola lagi

Minggu ni dan minggu depan adalah minggu akhir berarak ke hulu hilir ke padang. Minggu depan ada tournament di Singapore pulak. Lepas tu baru boleh tengok persiapan untuk ke sekolah.

As for Danish, kadang ada minggu yang ada ujian kecerdasan. Sesekali buat fitness test, memang semput nampaknya.

Isnin dan Rabu memang bertunggu tangga di KLFA sampai pukul 8, masa tu semua dah melencun peluh dah.

Ahad adalah hari game, paling awal game start pukul 8am, paling lewat pukul 11 baru start.

Tahun ni tak begitu menyerlah semua team. Terdapat beberapa pertukaran di kalangan team member, ada yang quit, ada yang baru masuk so masih belum ada keserasian diantara team lama dan juga team yang baru. Insyallah, tahun depan kita cuba lagi ya.



Thursday, 29 September 2016

Semua pasal bola

Biasalah kan, waktu hujung minggu dipenuhi masa di padang bola sahaja. Ini pun league dah bermula even hujung minggu cuti yang panjang ni pun ada game, tak dapatlah nak gerak ke mana-mana. So, weekend ni kita duduk relaks ajelah kat rumah.

Isnin dan Rabu memang dah kena bertunggu tangga di padang KLFA, Danish ada weekly training disini. Tapi selalunya Isnin semua berada disini tapi Rabu, Daddy Jack yang tunggu cos Ryan ada tuition, so I kena hantar.


Sementara tunggu Danish habiskan training, I akan berjogging sekeliling padang bola. dari duduk aje bersembang, bolehlah kuruskan padang, kan.


Kalau rajin, Daddy Jack akan bawalah the boys pergi tengok bola. Ada sekali tu, ada game di Stadium UiTM antara JDT dan juga team UiTM. Dapatlah bergambar dengan Aidil Zafuan, 


Kadang, ada game yang tertentu, dapatlah souvenir dari pemain antara yang selalu dapat adalah jersey.

Tak cukup bermain bola di padang, sambung pulak bermain game di rumah. Tapi game pun taklah sampai petang, cukuplah 1 jam sekali aje main game.


Selalunya kalau dah habis tournament, we all singgah dulu makan di kedai. Tak larat lah nak masak sebabnya dah berpanas di padang. Selalunya bila habis game, Danish or Ryan memang akan lapar ya amat, semua menggelupur cari makanan, that's why dalam kereta memang dah siapkan roti-roti untuk lapik perut sebelum pergi makan di kedai.