Nuffnang Ad

Showing posts with label garage sale. Show all posts
Showing posts with label garage sale. Show all posts

Saturday, 4 January 2014

2 kotak terus

Duduk Adelaide dulu bila Sabtu aje gatal sungguh la tapak kaki ni nak pi pusing satu Campbelltown mencari garage sale . Kalau mood Daddy Jack nak melayan, sanggup la travel jauh sikit then terus pergi lunch. Antara yang dikumpul tak lain tak bukan Corningware dan sewaktu dengannya. Ada rezeki dapatlah 2-3 biji tapi kalau rezeki tergolek dapatlah 2 kotak macam ni.

Rezeki yang dapat from deceased estate, barang-barang maknya yang dah tua dijual oleh anaknya. Penuh bonet kereta mengangkut 2 kotak harta karun ini. Satu pengalaman bila buat hunting macam ni, itu belum lagi yang dijumpai di Sunday Market setiap Ahad. Bila pikir-pikir balik, angkut banyak-banyak muat ke almari rumah di Malaysia ni? Hmmmmm

Saturday, 9 November 2013

Rindunya bergarage sale


Setiap hari Sabtu ketika berada di Adelaide merupakan hari untuk bergarage sale.  Tahun pertama sampai dulu rajin la setiap hari Sabtu, dlm pull 630am dah ke Foodland depan rumah beli newspaper, then siap tandakan Kawasaki mana yang nak pergi, ikut turutan lagi. Tapi bila lama-lama dah malas dahlah, main redah aje. Nampak aje sign kat tepi jalan, singgah terus.

 Beg Kim Kardashian yang baru I jumpa di garage sale, hanya AUD15 sahaja


Dah lama idamkan kerusi garden mcm ni, dapat free aje kat GS. Tapi kerusi ni I tak bawa balik, bagi kat kawan sini ajelah.

Kadang tu on the way mencari GS, singgah jugaklah di OP shop like Salvos. Adakalanya jumpa jugaklah beberapa benda yang menarik mcm rehal ni.

Koleksi CD lagu-lagu rock tahun 90an, antara barang brharga yang dijumpai di GS


Daddy Jack pulak sibuk mengumpul LP sejak beberapa bulan sebelum balik so bila ke GS atau Sunday Market, mmg mencari LP la

Peek a boo, entah apalah yang difirkan oleh Daddy Jack masa nak beli ni, I pun tak pasti apa projeknya.

Monday, 29 July 2013

Stroller

Sejak duduk Adelaide ni, I tengok mat salleh dok angkut mcm-mcm jensi stroller untuk anak-anak mereka. Ada yang jenis three wheeler mahupun buggy. Satu ketika dulu, I memang suka sangat dengan 3 wheeler, pengaruh David Beckham. Gigihlah beli 3 wheeler yang harganya dekat 1K di Mothercare sampaikan kena tukar kereta cos tak buat bonet nak masuk stroller yang bagak tu. Then masa Ryan, still guna 3 wheeler, but  Quinny. Udahnya bila dah besar semua pakai Mclaren aje.

Adik I sibuklah suruh cari Quicksmart stroller sebab di Malaysia agak mahal. Katanya stroller ni ringan and senang nak bawak dengan anaknya yang guna 2 stroller. Tak sangka la pulak jumpa this brand new Quicksmart kat garage sale for only $20 which is RM60 sahaja. 

Memang nampak elok and baru cos baru guna a few times. Hadiah dari nenek untuk cucunya tapi cucunya tak sukakan warna ni so kenalah jual untuk beli yang lain pulak. Untung cucu dapat nenek macam tu. I pun untung jugak dapat brand new stroller dengan harga yang murah.

Friday, 12 July 2013

Gadget from garage sale

Setiap Sabtu adalah hari untuk bergarage sale...dululah sekarang ni dah jarang dah bergarage sale sebab mengemas barang yang nak bawa balik dah. Kang tambah macam-macam rasa membazir pulak nak bawa balik. Sometimes ada hari yang memang best, adakalanya pulang dengan hampa. First time jumpa barang Wilton, cake turn table dan juga funnel. Lepass tu terus suka all the stuffs from Wilton especially baking stuffs dia.

 Satu lagi yang I suka on gadget dapur ni from OXO, banyak gadgets nya yang memudahkan kerja didapur

Lepas ni nak buat pajeri, jem tart nenas atau potong nenas tak jadi masalah sebab ada benda ni. I memang tak berapa nak suka potong nenas, especially bila nak buang mata tu, nangis !

Satu lagi barang Wilton yang dijumpai, mini cake pan, belum pernah cuba disini, sayang la pulak nak guna so terus simpan dalam kotak aje.

Ni pun macam syok jumpa, mini burger presser. Senanglah if nak buat birthday party budak-budak, tak payah susah nak guna patties yang besar tu, just buat yang kecik-kecik aje, senang nak masuk mulut budak-budak.


 Pemerah limau versi Tefal

Chocolate fondue set

Automatik jar opener yang dibeli dari Kak Has, banyak berjasanya benda ni especially bila nak membuka balang yang ketat tapi entah macamana benda ni dah rosak pulak, so kena cari ganti yang lain.

Sebekas tupperware pelbagai jenis saiz yang dijumpai, semuanya masih elok lagi.

Tuesday, 29 January 2013

Rezeki...rezeki

Setiap hari Sabtu, me and my family akan bangun awal and bersiap untuk ke garage sale, normally we all keluar dalam pukul 8am cos ada garage sale yang bermula seawal pukul 7 ataupun pukul 830am. Normally garage sale sampai pukul 12pm aje cos lepas tu we all balik rumah rehat and lunch ajelah. Tapi tak semua hari-hari yang we all ke garage sale tu mendapat hasil yang lumayan, ada tu just like pulang dengan tangan kosong aje. Then, on Sunday lagilah we all kena bangun awal cos nak ke Sunday Market pulak, pukul 630am dah bergerak ke Sunday Market. Adakalanya macam malas nak pergi tapi mlm Sabtu the boys dah tanya, nanti pergi Sunday Market tak? Nak tak nak kenalah pergi...hehehehee.

Ada masanya hasil ke garage sale adalah sangatlah lumayan. Like this mini prep from Cuisinart yang I dapat for only AUD10 sahaja. ikutkan harga asal lebih kurang dalam AUD100, so dah berapa banyak I untung, kan? Some of my new electrical appliances untuk dapur yang nak bawa balik ke Malaysia pun I beli from Cuisinart so tambahlah lagi my collection.


Tak ingat berapa harga food processor yang masih baru I dapat di garage sale. The owner dapat as a wedding gift tapi malas nak guna so better jualkan aje. I think I dapat dalam AUD15 rasanya. I pun tak guna, terus bungkus masuk aje dalam kotak, bawa balik Malaysia terus.
 


This winter jacket is hasil from Sunday Market, its from GAP and beli agak mahal sikit tapi still new. I beli dapat dalam AUD30 and since I tak ada special winter jacket like this, so beli ajelah. Bila balik, I kemas seluk-seluk poket sekali terjumpa duit AUD200 kat dalam poket tu. Agaknya the owner lupa die ada selitkan duit dalam poket tu, then terus jual aje pada I. 2 weeks later, I ada pergi cari the owner tapi tak jumpa. I pun tak berani nak gunakan duit tu so I sedekahkan pada kelab-kelab yang mengadakan majlis ilmu di Adelaide ni.
   Ada sekali tu, tengok ada duit AUD50 tercicir, tak tahulah siapa pulak yang tercicir duit sebanyak itu. So rezeki...rezeki.

Sunday, 11 November 2012

Sunday Market

Teringat pula aktiviti Ahad di Adelaide. Selalunya bila Ahad pagi, we all bangun seawal pukul 530 pagi untuk bersiap-siap ke Sunday Market atau carboot kata the boys. Rasanya my Adelaide's gang yang lain jarang nak pergi sini cos ada yang duduk jauh, then nak angkut anak-anak pagi-pagi tu rasa mcm agak payah sikit. Bila dah masuk Spring, dah makin meriahlah sunday market. Kebanyakannya menjual apa jua barangan yang boleh dijual untuk mendapatkan sedikit wang sebab Krismas tak lama lagi kan.

Ummi ada pesan nak ikut we all ke Sunday Market, kadang tu we all bukannya tak nak ajak myb Adelaide's gang tapi kami ni jenis yang suka keluar awal, so takut ada yang rasa tak selesa pulak nak keluar awal pagi. Tapi, Ummi cakap, die nak juga ikut so sangguplah bangun pagi.
 
Dah puas pusing, and dah dapat habuan masing-masing dah malas nak ikut pusing lagi so me and Daddy Jack take turn. Bila Daddy Jack pusing, I tunggu the kids sambil berkelah di tepi padang tu. Bila turn I, Daddy Jack pulak.
 
Kadang tu, jumpa jugaklah my Adelaide's gang yang antara yang rajin ke Sunday Market ni adalah Kak Has. Bila datang sunday market ni, mata kenalah tajam and tangan kena cepat, takut lambat dah ada yang ambil dulu dari kita. Macam Daddy Jack, if ke sunday market mencari toys or barang-barang untuk the most while me mencari kitchenware atau apa sahaja yang menarik di mata ini.
 

Friday, 10 August 2012

Ada rezeki juga

Tak semestinya kalau I pergi Garage Sale mencari Corning aje, well kadang tu bermacam-macam jenis barang jumpa like Tupperware, Noritake dan sesekali terjumpa jugaklah Pyrex. Kalau nasib baik, terjumpalah Portmeirion sekecil ini pun jadilah untuk letak duit syiling atas fridge.

Kalau datang angin Corning tu, hah ko sampai sekotak penuh dengan Corning aje. Ni pencapaian terbaik tahun lepas, siap dapat set Corning 5 beradik terus. Dapat aje, terus bungkus guna bubble wrap and masuk duduk diam-diam dalam kotak, nak shipping terus bila nak balik nanti.

Kadang-kadang rasa orang Aussie ni suka membazir atau hati mereka baik suka bersedekah. Bayangkan yer, periuk nasi TEFAL nie I dapat FOC sebab jiran di rumah lama tu letak tepi jalan untuk bagi kat orang yang lalu lalang aje. Kebetulan masa tu, I pi jenguk letterbox sekali tengok makcik tu tgh nak letak kotak, then die panggil I tanya nak tak periuk nasi. I pun pi la tengok and sekali terbeliak la mata bila nampak Cik TEFAL ni. I tanyalah die kenapa nak bagi org, manalah tahu kut-kut rosak ke tapi katanya die dah ada yang baru so yang nie baru beli 2 bulan lepas so nak bagi org aje. Mak aii, beli periuk nasi dalam masa 2 bulan? Hebat !!! So I pun dengan tak malunya cakaplah I nak, and Im willing to pay..(ceh!!! padahal dah tahu die nak bagi free aje) tapi die senyum and ckp..It for you, dear, Take it !!! So, till now masih pakai periuk nasi TEFAL nie and still in good conditions lagi. Nanti I cerita apa lagi barang yang I jumpa di Garage sale atau di Sunday Market yang adakalanya tak masuk dek akal yer.

Tuesday, 29 May 2012

Garage sale kawan-kawan

Bila ada my Adelaide's gang yang nak balik terus, sure mereka akan membuat garage sale, nak let go barang-barang rumah yang tak mahu dibawa pulang ke Malaysia. So, bila ada geng yang war-warkan nak membuat GS, so we all pun pergi la menjenguk, nak juga tengok kut-kut la ada yang berkenan.

Kali nie turn Sof and Lynn yang membuat Mega Garage Sales. Maisng-masing akan balik tahun nie juga, Insyallah. Banyak juga barang yang dijual secara online thru FB ataupun di rumah mereka.

Memang mega sungguh jualan ini kerana melibatkan 2 buah keluarga. Antara yang dijual barangan kelengkapan baby yang masih elok dan baik conditionnya, peralatan memasak serta barangan elektrik.

Sebelum they all buat GS dirumah, they all dah buka page siap-siap kat FB..so mana-mana kawan-kawan atau budak undergrads yang tengok dah booking awal-awal. Rupanya banyak sungguh barang mereka selama nie, dah masih elok lagi. Jadi syok pulak sessi membooking tu sampaikan tak jadi kerja dibuatnya.

Thursday, 17 May 2012

Aktiviti Mingguan


Setiap hari Sabtu dan Ahad, aktiviti mingguan I adalah pergi garage sale ataupun ke Sunday Market. Kalau pergi Garage Sale dan Sunday Market, Daddy Jack suka keluar seawal pagi. Katanya nak dapat barang elok kenalah keluar awal. Dulu memang membantah sebab malas nak bangun awal, tapi ada betulnya juga kata Daddy Jack tu. Dek kerana bila berkumpul dengan my Adelaide's gang yang asyik dok bercerita aje pasal Corning nie, so keinginan untuk mencarinya di Garage sale ataupun Sunday Market semakin membuak-buaklah walaupun adakalanya Daddy Jack kata pattern tu macam zaman mak die dulu tapi disebabkan nilainya itu yang murah giler, so tersangkutlah juga kegilaan mengumpulnya ini. Like this Spices 5L ni, I dapat hanya AUD10 sahaja.

Kalau ada rezeki dan hari yang elok, dapatlah mengangkut sekotak Corningware di Sunday Market.

Corningware tu I dapat hanya AUD15 untuk tiga-tiga, manakala Tupperware dan juga Pyrex tu hanya AUD1 sahaja. Tak percaya...well, kenalah percaya yer.

Kalau ke Garage Sale pulak, mata terpandangkan teko 6 cups ni di atas meja, terus pi pegang cepat-cepat takut nnt ada orang lain yang cop dulu pulak. Kalau tak silap, I dapat teko nie dalam AUD4 sahaja.

Pencapaian terbaik I,,,hahahaha siap ada pencapaian, kan teko Spices nie jarang sekali jumpa 10cups hanya AUD6 sahaja.

Dulu, I selalu mengeluh dengan my Adelaide's gang, asyik dapat Corning aje, jarangnya nak jumpa Corelle so pi Garage Sale, merasalah jumpa Corelle banyak nie tapi bila balik rumah, banyak yang kena buang sebab sumbing.

Sabtu lepas, pi Garage Sale selang sebuah dari rumah I nie, masuk dalam garage rumahnya, tengok bawah meja adalah sebiji Corning 5L nie. I dah ada bunga nie, 5L juga tapi ada one of my Adelaide's gang nak buat sistem barter so okay ajelah kan.

Dapat pinggan Arcopal nie, 19 pieces hanya 20sen sebiji. Okaylah nak jamu my Adelaide's gang datang rumah makan jenis yang berkuah macam mee bandung atau mee sup, kan.

Kesian Uncle nie, dahlah baru buka meja kat Sunday Market bila I nampak Corning kat sini, terus beli. Tak dan nak set up meja die pun. Tak apalah, murah rezeki Uncle, ni kan sebab I first customer die.

Cantik lagi Corning nie, masih ada kotaknya lagi. Ramai my Adelaide's gang tak suka yang putih sebabnya mcm tak ada pattern. I belasah aje sebab janji Corning, kan. Kalau rasa tak cantik, boleh ajelah lanting kat sesiapa yang berminat.

4 pieces koleksi French White yang hanya dapat dengan harga AUD20 sahaja. A good bargain.

Udahnya, Uncle tu bagi 3 biji pinggan Corelle yang patternnya tak diketahui ni free aje. Bila tanya lagi, itu aje yang tinggal..hahahaha. Dah dibagi free tu banyak songeh pulak yer.