Nuffnang Ad

Showing posts with label family activities. Show all posts
Showing posts with label family activities. Show all posts

Tuesday, 13 January 2015

KLIA lagi

Bulan lepas, 2 kali pergi menghantar Ibu dan Ayah ke KLIA untuk ke luar negara atas urusan kerja. For sure, pertama kali nak melawat negara sejuk so kenalah bershopping barangan winter like jacket, gloves semua. Tahap kesejukan memang melampau, tak mana macam winter di Adelaide dulu.


Monday, 27 October 2014

Weekend story

Hari weekend adalah hari berkemas rumah sambil dimonitor oleh Daddy Jack, sellau yang diambil kisah adalah di bilik mainan yang sering disusn atur, lap mana-mana habuk pada toys and sometimes kalau rajin basuh untuk elakkan kuman-kuman semua.

Adakala, lepas tu menyambung pula aktiviti membasuh kereta ataupun karpet di luar rumah.

While I akan mengemas baju-baju dalam almari, sesambil tu mulalah berjumpa barang-barang tinggalan atau apa-apa sahaja yang disimpan dulu. Ni pregnancy test masa Danish dulu. buat 2 kali untuk dapatkan kepastian. Masih elok lagi, project scrap book la jawabnya ni.

Malam minggu juga adalah malam bolasepak. Semua akn berlonggok depan TV untuk menontol EPL, ada tu kadangkala TV yang menengok penontonnya bila semuanya dah tertidur.

Sekarang ni mood rajin nak bercucuk tanam, dah ada beberapa pasu pokok cili, rosemary, mint, kunyit dan juga daun pandan serta daun kesum. Projek tanaman akan berjalan sikit demi sikit, senang la sikit tak perlulah nak keluar pergi kedai semata-mata nak beli daun kari yang harga sampai RM1.50. Mana yang boleh jimat tu, kita jimatkan lah kan. So lepas ni macam nak menanam pokok herba-herba eg thyme, dill, sweet basil dan beberapa herba yang lain. Semangat kenalah kuatkan, Insyallah.
 

Wednesday, 18 December 2013

Masak-masak Adelaide vs Malaysia

Adakalanya rindu sesi masak-masak di Adelaide, maklumlah tak bekerja so explore ajelah mana-mana resepi dikala kebosanan melanda.

Kadang tu bosan makan nasi, beli roti kat Afghan, makan panas-panas dengan Tikka Masala, sedap jugak.

Kalau rajin, singgang Kelantan menjadi pilihan, makan dengan nasi putih di kala winter, memang sedap

 Mee kari yang simple pun boleh jadi sedap time lapar bila winter di Adelaide

Kadang tu, bila tengahari dah masak macam-macam, bila malam terasa nak makan kuih cucur aje, so gigihkan juga mencucur di malam hari, then lepas tu layan MasterChef Australia juga. 

Bila balik Malaysia, mood nak memasak tu mcm nak kena tunggu datang aje. Tak macam di Adelaide, ada aje idea nak masak. Ni ada idea nak masak, tapi bila malas dah menguasai diri, mmg tak boleh la. Tapi nak makan luar selalu pun tak bagus juga, banyak pembaziran yang dibuat, makanan pun kualiti tak sama macam dulu lagi. Ada tu nampak kat menu sangat menyelerakan, bila order then sampai terus putus selera, tak pun harga makanan tak seimbang dengan portion. Nak berniaga tu biarlah ikhlas juga, jgn mengejar untung semata-mata. Now, dah start la masak, antaranya mee bandung

Kadang-kadang breakfast hanya makan croissant yang dibeli di Giant bakery aje, sambil baca magazine dan juga melayang the boys breakfast juga.

Kalau mood terlebih rajin di hujung minggu, masaklah nasi kabsah dan jemput Ayah dan Ibu datang makan dirumah.

Bila hari panas, koktail menjadi pilihan kalau malas nak ke kedai membeli ABC ataupun cendol

Dah nak petang sikit, buatlah kuah durian untuk dimakan dengan roti jala, sambil mengadap keindahan alam di beranda rumah. Tearasa tenang la sikit bila melihat pokok-pokok yang menghijau tu. Ni pandangan depan, pandangan tepi mengadap KLCC, dah pikir nak pi sana pulak, sambil window shopping. 

Thursday, 18 April 2013

MyPSA (SA) Family Fun Day - Activities for all

Aktivity yang dapat merapatkan hubungan antara kawan-kawan, siblings serta anak dan juga aunties disini.

Tak ketinggalan juga aktiviti bersama pasangan suami isteri. Me and Daddy Jack mulanya nak ambil bahagian tapi disebabkan ramai pasangan yang nak turut serta so kami bagi peluang yang lain untuk terlibat sama.

Masing-masing semangat nak tunjukkan kehebatan serta semangat semangat kesukanan. You all memang sporting habis and I salute you all on this !.

Macam-macam aksi dan gaya ditunjukkan. Ada yang sambil berlari dahi kepit bola, tangan mengendong anak, sungguh multitasking. 

Mujurlah tiada aksi-aksi yang tak sepatutnya berlaku di depan anak-anak ini. Semuanya sporting !!

Di kala semuanya bergembira, ada saatnya berduka. Di majlis ini juga, pihak MyPSA (SA) ada juga membuat satu sessi memberikan cek derma kepada Makcik yang baru kehilangan suaminya Om. Derma kilat yang pihak MyPSA (SA) buat untuk Makcik sekeluarga. 

Tak cukup dengan acara sukaneka, ada juga acara lucky draw untuk semua. Hadiah yang ditawarkan bukan calang-calang hadiah, Corning menjadi rebutan. AJK berhempas pulak mencari Corning merata-rata di Adelaide ini untuk diberikan kepada pemenang cabutan bertuah.

Semua kanak-kanak gembira diakhir majlis bila semuanya mendapat hadiah, tak kira yang kalah atau yang menang. Semua dapat hadiah yang sama.

Selain dari meraikan keluarga yang baru sampai di Adelaide, pihak MyPSA(SA) juga meraikan Abang Syed kembali ke Malaysia bersama isterinya Kak Yat. Bila baliknya Abang Syed, dah tak ramailah orang-orang lama di Adelaide ni. By June aje bila Kak Has balik ke Malasyia, maka tinggallah orang-orang yang baru sampai aje.

Malam ku after family day itu hanya ditemankan ini sahaja. lenguh kaki tangan berlari sana sini.
 

Tuesday, 29 January 2013

Rezeki...rezeki

Setiap hari Sabtu, me and my family akan bangun awal and bersiap untuk ke garage sale, normally we all keluar dalam pukul 8am cos ada garage sale yang bermula seawal pukul 7 ataupun pukul 830am. Normally garage sale sampai pukul 12pm aje cos lepas tu we all balik rumah rehat and lunch ajelah. Tapi tak semua hari-hari yang we all ke garage sale tu mendapat hasil yang lumayan, ada tu just like pulang dengan tangan kosong aje. Then, on Sunday lagilah we all kena bangun awal cos nak ke Sunday Market pulak, pukul 630am dah bergerak ke Sunday Market. Adakalanya macam malas nak pergi tapi mlm Sabtu the boys dah tanya, nanti pergi Sunday Market tak? Nak tak nak kenalah pergi...hehehehee.

Ada masanya hasil ke garage sale adalah sangatlah lumayan. Like this mini prep from Cuisinart yang I dapat for only AUD10 sahaja. ikutkan harga asal lebih kurang dalam AUD100, so dah berapa banyak I untung, kan? Some of my new electrical appliances untuk dapur yang nak bawa balik ke Malaysia pun I beli from Cuisinart so tambahlah lagi my collection.


Tak ingat berapa harga food processor yang masih baru I dapat di garage sale. The owner dapat as a wedding gift tapi malas nak guna so better jualkan aje. I think I dapat dalam AUD15 rasanya. I pun tak guna, terus bungkus masuk aje dalam kotak, bawa balik Malaysia terus.
 


This winter jacket is hasil from Sunday Market, its from GAP and beli agak mahal sikit tapi still new. I beli dapat dalam AUD30 and since I tak ada special winter jacket like this, so beli ajelah. Bila balik, I kemas seluk-seluk poket sekali terjumpa duit AUD200 kat dalam poket tu. Agaknya the owner lupa die ada selitkan duit dalam poket tu, then terus jual aje pada I. 2 weeks later, I ada pergi cari the owner tapi tak jumpa. I pun tak berani nak gunakan duit tu so I sedekahkan pada kelab-kelab yang mengadakan majlis ilmu di Adelaide ni.
   Ada sekali tu, tengok ada duit AUD50 tercicir, tak tahulah siapa pulak yang tercicir duit sebanyak itu. So rezeki...rezeki.

Monday, 14 January 2013

Terima kasih, Dr Kamarul

2 minggu lepas (maafkan saya diatas entry terperam ini) pulanglah Dr Kamarul dan juga isterinya Kak Nana ke Malaysia setelah menghabiskan pengajian di Adelaide ini. Dr Kamarul antara orang yang pertama memberikan berbagai info masa we all nak datang ke Adelaide pada tahun 2010. Banyak info yang diberikan and pertolongan buat kami sekeluarga dari mula kami sampai sehinggalah sekarang.

Kak Azie dan Abang Azul pun banyak berjasa dengan kami sekeluarga, mereka pun dah balik ke Malaysia Sabtu lepas. Nanti kita cerita yer.

Terima kasih buat Dr Kamarul diatas segala pertolongan dan juga tunjuk ajar kepada kami sekeluarga, buat Kak Nana, thanks sebab selalu sharing info-info hal-hal pinggan mangkuk, periuk belanga, electrical appliances, share resepi and macam-macam lagilah. Kak Nana di antara Masterchef yang hebat dikalangan suri rumahtangga di Adelaide ni. I paling suka sekali kuih bakar yang Kak Nana buat, sangat sedap. Mujurlah Dr Kamarul and Kak Nana ni tinggal di Kuantan, berdekatan dengan rumah Ayah, so nanti bila balik Kuantan bolehlah singgah jalan-jalan dirumah mereka sambil makan kuih bakar.

On that day masa Dr Kamarul nak balik tu, tak disangka-sangka flight delayed pulak. Delayednya bukan 30 minit tapi dekat 6 jam pulak tu. First time flight MAS from Adelaide to KL delayed selama ini, selalunya like 30 minit aje. Rupanya flight yang supposed fly on Jumaat mlm belum bertolak lagi, baru bertolak pagi Sabtu ke Adelaide. Tak pastilah apa puncanya. So, terpaksalah Kak Nana and Dr Kamarul berpatah balik lepas rumah Abang Syed yang berhampiran dengan airport.

Since hari masih lagi terang benderang, maka my family and family Kak Azie pun bersepakat nak lepak beach aje. We all pergi beach yang terdekat dengan airport, Henley Beach. Cuaca memang agak panas terik tapi tengok The Aussies selamba aje berjemur dibawah cahaya matahari tu. Kami yang tak tahan panas ni, just duduk bawah jambatan ajelah untuk berteduh from kepanasan matahari. The kids tak mandi pun, just doing some splish sploosh and main pasir aje.

Di waktu summer ni, memang ramai Aussies suka lepak di beach, ada yang berjemur, just strolling along or maybe bawa their dog untuk bermain-main air laut and even do the exercise like this. Betul-betul depan we all and tgk this dude pasang his own gear, then do the workout.

Lepas balik from beach, balik rumah kejap then petang tu dalam pukul 6 sambung pulak aktiviti di belakang rumah Surah, sessi main bola dan juga mini picnic.

Memang sukalah the boys and anak-anak Kak Azie, Aqil and Yaya bertunggu tangga di rumah Surah ni. Dapat main bola di backyard rumahnya yang sangat luas. Tapi ianya hanya sementara waktu sahaja dapat bermain ramai-ramai macam ni bila salah seorang pemain bolanya dah balik ke Malaysia.

Bila tengok gambar from one of my Adelaide's gang FB yang menghantar Kak Nana and Dr Kamarul balik at 7pm. Namun ada diantara mereka ini pun yang akan kembali ke tanahair Malaysia somewhere in June, hmm dah tak ramai dah my Adelaide's gang nanti.

Bagusnya Adelaide Airport ni, taklah besar sangat so kita boleh tunggu kawan-kawan yang nak balik tu sampailah mereka masuk ke kapal terbang. Sambil tu boleh lagilah berbabai-babai and bergambar walaupun ada cermin sebagai halangan. Namun, perpisahan itu memanglah perit tapi nak buat macamana, kan..semua yang datang ke Adelaide ini bukannya saja datang suka-suka tapi ada tanggungjawab yang lebih besar, datang Adelaide untuk mendapatkan segulung kertas PHD, dan setelah complete, kenalah pulang untuk bekerja di uni masing-masing.

Friday, 23 November 2012

Ayuh kita ke pasar tani

Tak pernah nak bawa the boys ke pasar tani atau pasar malam. So kali ni, disebabkan masing-masing dah bangun awal and Daddy Jack pun ajak ke pasar tani untuk cari breakfast so jomlah kita buat lawatan sambil belajar dengan the boys ke pasar tani.

Macam-macam barang basah yang dijual di pasar tani, kan. Ada yang menjual ayam, daging dan ikan. Nampak orang jual umbut terasa nak makan masak lemak umbut kelapa and paling tak tahan tengok petai yang gemuk-gemuk..sedapnya buat cicah ngan sambal tempoyak. Gulp !

Tak ketinggalan yang menjual sayur-sayur, especially sayur sayur kampung..sedapnya buat ulam. Dahlah lama tak makan ulam-ulaman kampung ni, di Adelaide hanya timun and salad pengganti ulam. Tapi bila di pasar tani nampak pegaga, pucuk gajus and daun selom rasa seronok sangat. Dah lama juga mulut ni tak mengunyah-ngunyah kerepek. Yang best tu siap ada tester lagi. Dengan 3 bungkus RM10, dapatlah beli kerepek pedas, kerepek pisang dan juga tempeyek.
 
Ryan yang agak pelik tengok suasana di pasar tani. Becok mulutnya bertanya sana sini. Nampak orang jual nasi lemak, siap menari-nari lagi. Ada kes nasi lemak ni dengan Ryan since dari Adelaide lagi. nanti lah I ceritakan. Nampak orang jual lemang pun melopong kejap.

Kuih muih and makanan jangan cakaplah, banyak sangat dijual di pasar tani ni dari yang dah masak, frozen sampailah pes and rempah masakan pun ada juga. Ada gerai budak-budak muda yang menjual berjenis-jenis cucur like cucur udang, ikan bilis, labu, pisang, keledek and durian serta pelbagai jenis cucur lagilah. Sedap, 14 biji hanya RM2. Ingatkan nak breakfast denga n nasi dagang, tapi beratur punyalah panjang, maybe some other time la kan.

Okay, breakfast minggu pertama ke pasar tani. Penuh meja sampaikan tengahari pun dok mengulang makan yang sama juga. Daddy Jack dok teringin lama nak makan yong tau foo, while me dengan putu piringnya and the boys nasi lemak and ayam goreng aje pun cukup dah.