Hari weekend adalah hari berkemas rumah sambil dimonitor oleh Daddy Jack, sellau yang diambil kisah adalah di bilik mainan yang sering disusn atur, lap mana-mana habuk pada toys and sometimes kalau rajin basuh untuk elakkan kuman-kuman semua.
Adakala, lepas tu menyambung pula aktiviti membasuh kereta ataupun karpet di luar rumah.
While I akan mengemas baju-baju dalam almari, sesambil tu mulalah berjumpa barang-barang tinggalan atau apa-apa sahaja yang disimpan dulu. Ni pregnancy test masa Danish dulu. buat 2 kali untuk dapatkan kepastian. Masih elok lagi, project scrap book la jawabnya ni.
Malam minggu juga adalah malam bolasepak. Semua akn berlonggok depan TV untuk menontol EPL, ada tu kadangkala TV yang menengok penontonnya bila semuanya dah tertidur.
Sekarang ni mood rajin nak bercucuk tanam, dah ada beberapa pasu pokok cili, rosemary, mint, kunyit dan juga daun pandan serta daun kesum. Projek tanaman akan berjalan sikit demi sikit, senang la sikit tak perlulah nak keluar pergi kedai semata-mata nak beli daun kari yang harga sampai RM1.50. Mana yang boleh jimat tu, kita jimatkan lah kan. So lepas ni macam nak menanam pokok herba-herba eg thyme, dill, sweet basil dan beberapa herba yang lain. Semangat kenalah kuatkan, Insyallah.