Nuffnang Ad

Showing posts with label kids stuffs. Show all posts
Showing posts with label kids stuffs. Show all posts

Monday, 29 July 2013

Stroller

Sejak duduk Adelaide ni, I tengok mat salleh dok angkut mcm-mcm jensi stroller untuk anak-anak mereka. Ada yang jenis three wheeler mahupun buggy. Satu ketika dulu, I memang suka sangat dengan 3 wheeler, pengaruh David Beckham. Gigihlah beli 3 wheeler yang harganya dekat 1K di Mothercare sampaikan kena tukar kereta cos tak buat bonet nak masuk stroller yang bagak tu. Then masa Ryan, still guna 3 wheeler, but  Quinny. Udahnya bila dah besar semua pakai Mclaren aje.

Adik I sibuklah suruh cari Quicksmart stroller sebab di Malaysia agak mahal. Katanya stroller ni ringan and senang nak bawak dengan anaknya yang guna 2 stroller. Tak sangka la pulak jumpa this brand new Quicksmart kat garage sale for only $20 which is RM60 sahaja. 

Memang nampak elok and baru cos baru guna a few times. Hadiah dari nenek untuk cucunya tapi cucunya tak sukakan warna ni so kenalah jual untuk beli yang lain pulak. Untung cucu dapat nenek macam tu. I pun untung jugak dapat brand new stroller dengan harga yang murah.

Saturday, 22 June 2013

Singing tooth brush

Wah, nak berus gigi sekarang ni pun boleh sambil menyanyi yer. I terjumpa this kinda of cool toothbrush kat farmasi. One is Justine Bieber and the other one is One Direction.

I tak minat sangat Justin Bieber, cuma One Direction punya lagu tu kadang-kadang jadi jingle atau background music for some show kat Adelaide ni so rsa syok pulak dengar. So I pun dengan tak rasa malu belilah satu untuk simpanan, nak guna tak lah. Just buat collection aje.
 

Tuesday, 9 April 2013

KURA bed




We all kan mmg pencinta IKEA, so banyak barang dalam rumah ni beli di IKEA, ada yang nak dibawa balik and ada juga yang macam nak dijual sebelum balik nanti. Antara yang kami beli adalah this KURA bed. Its so unique, boleh jadi 2-1. Boleh jadi single bend and boleh jadi bunk bend juga.


Tahu ajelah barang IKEA ni semuanya kena pasang sendiri. Berjenuh jugaklah nak memasangnya. Katil ni antara yang akan kami bawa balik nanti. If ada rezeki, nak kena beli lagi satu untuk Ryan pulak.


So ni katil tu masa mula-mula we all beli, tak tambah any accessories lagi. Maklumlah harga katil aje sampai terjojol bijik mata, masa tu just beli bed frame and tilam aje dulu.

Bila ke IKEA lagi sekali, beli pulak the tent, looks cute juga.
 

And now, dah beli satu lagi tilam yang lain so bolehlah jadikan bunk bed pulak. Ryan tidur di bawah while Danish on top. Nak beli satu lagi untuk Ryan pulak sebab nanti bila balik Malaysia kat bawah tu nak buat tempat they all letak their own toys or other stuffs pulak.
 

Thursday, 26 July 2012

Satu kemestian

Dah jadi satu kemestian pulak, bila balik Malaysia aje Ayah sure suruh Danish and Ryan beli kasut. Selama we all dah balik Malaysia beberapa kali nie, rasanya dah berkotak-kotak kasut yang masih belum dipakai di Adelaide tu. Mana taknya, sekali beli sorang sampai 2 pasang, itu baru kasut belum pakaian lagi. tak beli sendiri siap hantar pos lagi.

Bila nak beli belah, Ayah tak ada ke tempat lain, KLCC aje senang..serba serbinya ada. Even food court pun makanan nampak sedap. Tapi we all tak makan disini, sanggup pi Hadramawt nak makan nasi Arab.

Masing-masing dapat 2 pasang kasut. Not only Danish and Ryan but for all the cucus. Even but bola yang latest edition pun turut dibeli oleh Ayah.

Then, nak balik tu pulak, Ayah tersinggah la pulak di Guess Kids nie. Plannya nak belikan baju untuk cucu prempuan tapi tersangkut jugak sepasang sorang untuk cucu lelakinya pulak.

Me and Daddy Jack belum merasa nak pakaikan the boys ni Guess clothing range sebab pada I Guess Kids nie macam sesuai untuk girls aje tapi we all suka sangat dengan GAP and Polo Ralph Lauren and even ZARA Kids pun not bad. Dulu ada butik Levis Kids di The Gardens now dah tak ada rasanya so payah sikit nak jumpa Levis for Kids sekarang nie di KL.

Daddy Jack tak bagi nak angkut balik Adelaide baanyak-banyak baju katanya takut tak buat beg, udahnya bila Ayah angkut baju untuk cucu-cucunya so kenalah muatkan beg jugak yer.

Okay, persiapan dah settle separuh, nanti sambung di Adelaide pulak yer

Monday, 31 January 2011

Bershopping dengan Ayah

Minta maaf sangat-sangat sebab I dah lama tak update..it just that Im so busy dengan majlis perkahwinan adik I, Didi yang telahpun selamat dilangsungkan semalam..nie pun cerita masa balik Malaysia pun tak habis lagi...pelahan-lahan la yer.

Ayah kan dah 10 bulan tak jumpa Danish and Ryan, so diangkutnya ke KLCC and dibelinya kasut 3 pasang seorang yer..hmmm...I pun tak cakap apa dah..tapi Daddy Jack ada cakap, masa sampai kat airport tu, Ayah ada cakap kat Ryan..kenapa kasut dah tak muat? Hmmm, nanti ayah belikan...

Danish pun rambang matalah nak memilih kasut yang diminati...punyalah pilih pilih..sampai beli kasut futsal, tak tahulah bila masa nak pi main futsalnya. Ajak Hannan nanti yer.

Ryan pun sibuk jugak nak memilih kasut, tapi kat Adidas tak banyak saiznya, so nak kena pergi NIKE pulak.

Kat Nike, bukan sahaja Ryan, Danish and Hannan pun tumpang sekaki. Danish beli jersey MU and Hannan sambar jersey and futsal shoes jugak.

Muka happy, dapat macam-macam from Ayah Nan die

Tak cukup Adidas and Nike, masuk pulak dalam Parkson and kat sini pun dapat lagi..tak tahulah dapat kasut banyak-banyak, masa bila nak pakainya.

Ingatkan kasut aje, masuk ISETAN pulak, nak tersangkut dekat toys section, apa lagi terkena jugak..tapi Ayah Nan okay aje....

Hmmm...tetiba Ayah Nan dah jadi Santa Clause pulak yer

Ehhhh !!! Daddy Jack, you buat apa kat sini? Nak belikan untuk I ker? I dengan rela hati menerimanya....

Friday, 7 January 2011

Ryan & Thomas

Ni macam hobi turun temurun, first Daddy Jack, after that Danish and now Ryan the Lion pulak. Semuanya obsessed dengan Thomas and Friends. Daddy Jack ? Hmmmm, kononnya die nak belikan untuk Danish masa Danish kecik dulu, udahnya die pun melekat sama. Nasib baiklah Ryan pun mempunyai minat yang sama, so semuanya boleh dikongsi bersama.

Tapi Ryan punya Thomas berbeza sikit from Danish punya version. Danish punya is motor operation while Ryan punya just a wooden toys. Kalau balik Malaysia nanti, nak tunjuk kat Ryan, Danish punya collection pulak.

Ryan akan leka bila mengadap Thomas nie..he even can assemble the rail and also the trains acccording to pasangannya.





Selain main dengan Thomas, satu lagi kegilaannya adalah menonton Thomas kat TV. Dengar aje the theme song, berlari pergi kat TV. Anything all about Thomas. Kebetulan pulak, kat sinim, banyak pulak Thomas merchandise, and murah pulak tu. Lagilah menggila Daddy Jack membelikan untuk anak-anaknya.

Friday, 19 November 2010

Botol susu punya hal

Geram tak? Gerammmmm sangat. Mana tak geramnya, minum susu punyalah banyak, pastu the teat selalu digigitnya sampaikan nak putus. Lepas tu, menimbulkan satu masalah yang besar. Apa masalahnya tu ?

Ryan the Lion tak mahu minum susu dalam botol yang lain, die nak jugak minum susu from his usual botol, yang dibeli from Mothercare. Mana lah nak cari Mothercare sini, nak oiii..I dah check kat Melbourne and Sydney, botol susu tu dah out of stock, so nak tak nak terpaksalah kirimkan dari Malaysia.

Before this, pernah cuba nak suruh Ryan the Lion minum susu dalam botol yang we all belikan untuk Danish nie. Danish pulak, bila dah dtg ke Adelaide nie, terus stop minum susu, so udahnya botol susu masih baru dan belum pakai pun, tapi Ryan tak suka, I cuba suruh jugak and sometimes paksa minum dalam tu, die menolak. Maybe sebab the teats for Dr Brown nie macam panjang sikit..so tak feel agaknya.

And the extra accecories pun masih banyak yang belum digunakan. I promised my sister, yang I akan bagikan ajelah semua nie untuk anak die. Malas nak menyimpannya.

Monday, 29 March 2010

Last Minutes

Before we all ke KLIA, still have to do the last minutes things like tagging untuk bag. Since both me and Daddy Jack org Art & Design, so tagging pun nak lain dari yang lain. Siap ada design, then kena print kat kedai terus laminate.

We have to bawak kotak. At first Daddy Jack cakap tak payah sebab die nak masukkan buku dalam beg tapi itu semuanya dusta. Mana boleh nak nak masuk dalam beg sebab buku-buku die tambah dengan file lagi sangatlah berat. So kena pegi masukkan dalam kotak, suruh ada moving company pack kan untuk we all.

Mula tu ingat nak masukkan semua dalam satu kotak, tapi budak tu kata tak boleh sebab buku berat, takut terbarai pulak kat airport nanti. Pastu, they all siapkan plastic wrap sekali untuk keselamatan kotak tu.

Malam sebelum berangkat, rushed kejap kat KLCC untuk beli barang-barang yang kurang. Antaranya my skincare, Clinique. Memula tu ingatkan nak pki Olay aje tapi Daddy Jack paksa jugak pki product yang sama.

I dah pakai Clinique nie since sekolah lagi, itupun Ibu yang belikan. So far, my skin tak ada masalah dengan this product.

This product dapatlah dalam RM300++ and a few goodies like travel bag.

Thought of nak belikan nail clipper untuk the boys since yang sedia ada mcm dah tumpul. Lepas beli Clinique tu, dapat voucher dalam RM30 so nak belilah a few things for the kids like botol air dsbnya.

I just grabbed whatever yang I nak tanpa tgk the price. Sekali tu entah mcmana, dengan kuasa Allah, tertengoklah price nail clipper tu....MAK AIIIII !!!!!! sampai RM40 tu hanya untuk nail clipper budak-budak aje. Terus tinggalkan kat kaunter, kalau tak sure kena bebel ngan Daddy Jack.