Nuffnang Ad

Showing posts with label mamak's. Show all posts
Showing posts with label mamak's. Show all posts

Monday, 12 June 2017

Berbuka with inlaws

Weekend lepas mendapat jemputan berbuka di rumah inlaws so pagi-pagi tu dah ke Pasar tani mencari apa sahaja yang boleh dimasak untuk dibawa bersama-sama. Pergi pasar tani pun dalam pukul 9am, so dah panas dah then banyak juga yang dah habis.

Sempat menyambar keropok timbang ni tapi banyak stok yang belum sampai lagi, mungkin nanti bila dah menjelang raya baru ada banyak pilihan.

Ternampak pula ada yang menjual batu seremban ni hah, nampak elok jahitannya. Bolehlah try main time berpuasa ni hah nanti.

Mencuba untuk menanam beberapa tumbuhan pokok bunga dan juga daun pandan. Dulu dah pernah tanam, pastu tak berjaga, so mati sebab tak siram aje.

Sementara menunggu I membuat persiapan, sempat jugaklah 3 beranak ni layan main games kat hall, suasana dah tentulah hiruk pikuk dibuatnya.

Terbau-bau durian di Giant, so belilah untuk dibuat pengat durian dengan cicah roti masa berbuka nanti.

Lepas berbuka, semua keluar bermain bunga api pulak.

Lepas main bunga api, sementara ada yang pergi terawih kita pun sambung makan lagilah jawabnya.

Tak cukup moreh di rumah, sambung pulak moreh di NZ. Ohh ketar oii selama seminggu tak jumpa mamak, dapat pekena teh ais, nikmat rasa tekak.

Makan roti canai aje dengan teh ais pun dah cukup rasa nikmat di bulan puasa.

Sunday, 13 November 2016

Kari kepala ikan glamer

Pagi Ahad biasalah traini macam biasa, tak boleh tak pergi tambahan pula dah habis exam ni. Pagi-pagi dah bangun semua, tanya pukul berapa nak pergi training. Semangat betul.

Lepas Ryan, sambung pula training for Danish. Kena la tunggu sampai pukul 10am kali ni. 

Sesambil menunggu tu, kenalah berlari beberapa pusingan, untuk kesihatan dan juga kuruskan badan.

Konon dah berlari hampir 3km udahnya kecundang dengan mamak NZ jua. Nasib ler, labu.

Perut dah kenyang, so balik tak perlu nak pikir hal masak lagi. Just lepak sambil tengok TV while the boys main LEGO and siapkan hal robotik.

Tengahari Ayah msg ajak pergi beli Kari Kepala Ikan Jalan Kampung Attap. Glamer katanya tempat ni, ramai yang datang makan kalau hari biasa esp kawan-kawan Ayah. I ikut ajelah, tapi selalu juga tengok di IG dan FB ramai yang kata tempat ni sedap.

Nampak merah kari tu memang sedap, bau pun dah menggugat keimanan. Nampak kelainan kari ikan ni rupanya letak tauhu kering tu, tak sabar nak makan dah ni.

Ni la rupanya kari ikan Jalan Kampung Attap tu. Set makanan dia memang best, ada bawang kicap pun dah best dah. Lain kali datang akan makan disini. Kali ni Ayah just take away aje, makan ramai-ramai di rumah. Kalau makan disini mesti berpeluh-peluh panas dan sedap.


Wednesday, 9 November 2016

Berjalan-jalan bertiga

Selain KLCC, One Utama juga menjadi tempat hujung minggu untuk hangout bersama-sama family. Tapi kalau nak ke sini kena keluar awal takut nanti jem bawah flyover nak masuk ke sini. Then parking pun senang juga kalau awal, tak perlu parking jauh-jauh dari main entrance.

Dah nak exam tetiba sibuk pulak nak cari game untuk anak-anak tapi I dah cakap, kena simpan sampai cuti sekolah nanti baru boleh main. Masa sekolah tak boleh main esp nak exam ni.

Baru beberapa minggu game ni terus disambarnya, inipun ada satu game lagi keluar dalam bulan November, tak pasti bila. Dah dapat apa yang dihajati, bukan main lagi ajak balik.

Sebelum balik, kita menyinggah makan di TGIF's Friday dululah. Orang pun belum ramai lagi so bolehlah nak melepak and sambil senang lenang makan.

We all share aje makanan, sebabnya tak lapar sangat so I hanya makan seafood platter sahaja dengn watermelon smoothies while Danish makan pizza aja.

Dah habis makan, teringin pulak nak makan dessert but just share ajelah bertiga, so makan la brownies with ice-cream.

Dah selesai makan, so kenalah bergerak kasi bakar kalori tu pulak so kita menyinggah la kejap Uniqlo untuk mencari baju-baju yang offer di bakul-bakul, manalah tahu ada yang berkenan.



Balik aje, masa bukak internet ternampak ni ada kawan share di FB, ehh macam kena aje gambar ni rupanya ada yang sudi juga kongsi gambar yang I ambil untuk diletak dalam web mereka. Mujur bagi kredit, kalau tak boleh saman tu..hehehehhehe.

Sabtu dan Ahad seperti biasalah kan dimana lagi kalau tidak di padang bola. Kadang tu sampai kena berpecah dua we all sekeluarga, normally I temankan Ryan di Melwati and Daddy Jack bawa Danish ke The Camp, One Utama.

Kadang makan breakfast di McD aje kalau tak sempat nak ke mamak

Kalau sempat and Danish punya game agak lambat, bolehlah menyinggah kejap tengok Danish main pula.

Kalau dah balik tengahri memang masak pun ala kadar ajelah. Makan ajelah apa yang sempat dimasak. Adakalanya sempat juga siapkan sebelum pergi bola semua so balik just panaskan apa yang patut aje.

Bila dah petang tu kalau terasa lapar lagi, so bermamak la kita, sebab dah seharian tak ke mamak kan, mana boleh. Sure rindukan penangan mamak juga sesekali.

Sunday, 2 October 2016

Shopping spree

Hujung minggu adalah hari berjalan ke sana sini menghiburkan hati after bekerja since Isnin hingga Jumaat. Nak bercuti panjang, tak boleh cos ada tournament bola so kita jalan-jalan dalam KL ajelah menyukat mana-mana shopping mall yang ada.

Last beli sandal Danish time raya baru nu, ni nampak macam dah tak muat dah, so kenalah cari yang lain pulak. Cepatnya anak sulung ni membesar, rasa macam baru minggu lepas aje beranakkannya. Ni tahun depan nak UPSR, nanti dah masuk peringkat menengah pulak.

Sesekali belanja Daddy Jack perfume pilihan hatinya tak salah. Adalah bertolak ansur sikit, takkan kita aje nak minta belikan barang, sesekali kita belikan juga barang untuk anak-anak dan juga suami.

Dah berjalan sampai ke malam, mana nak balik masaknya so kita menyinggah la makan di Am Restoran berdekatan dengan rumah aje, malas nak singgah NZ memalam minggu ni cos ramai orang nak tgk bola kat situ.

Sesiapa yang berdekatan dengan Melawati, haruslah singgah di Am Bistro di Gaya Apartmen, area Hero Supermarket and mencuba Mee Goreng Telur Mata dia, layan jugak oiii makannya. Dulu NZ sedap mee gorengnya, sekarang dah kureng sikit gaya gorengnya.

Saturday, 17 September 2016

Bola dan bola

Beginilah aktiviti we all sekluarga tetiap minggu samada cuti atau tak cuti sekolah training akan berjalan seperti biasa. Bagus juga kan at least the boys taklah terperap duduk dalam rumah ni seharian tanpa aktiviti.

Bila anak-anak training bola, I ambil kesempatan la berjogging sekitar padang bola, at least adalah keluar peluh-peluh sikit kan.

Kadang-kadang melayan Ryan main bola if geng bolanya tak datang, mak aii semput juga nak berlari sambil mengejar bola.

Kalau Danish trainingnya setiap Isnin dan Rabu manakala Ryan training hari Sabtu dan Ahad, so KLFA tu dah macam tempat melepak aje dah. 

Biasanya lepas training Ryan, kita orang akan breakfast ke mana lagi kalau tak NZ. Kemana pergi pun NZ tetap dihati dan dicari. Tak kiralah cuti sekolah ke, bulan puaa ke..mana-mana musim pun NZ jugak.

Selalu lepas balik training masing-masing kemas semua boots and barang bola masing-masing kemudian basuh mana yang patut. Lepas lunch and solat masing-masing kena ada aktivti lain selain tengok TV and main games. Ikut aktiviti Mummy, buat kerja seni aje senang, more fun and boleh boost their creativity juga, sesekali apa salahnya kan.

Sunday, 24 July 2016

Kisah Iftar

Orang lain sibuk beraya dan menghadiri rumah terbuka, while kita berthrow back ajelah kisah-kisah iftar kita yang ada dalam draft box ini. Tahun ni pertama kali bibikless, so agak huru-hara sedikit persiapan untuk berbuka puasa. Mostly kali ni ada yang beli di bazar ataupun pergi rumah Ibu untuk berbuka puasa, senang citer.

Pepagi nak bersahur agak stress juga nak mngejutkan yang kecik ni, aduh kadang-kadang sampai kena berdukung nak bawa turun untuk bersahur.

Kalau mood terlebih rajin untuk masak berbuka jadilah menu sebegini, kalau idak jadilah menu seperti gambar dibawah ini.

Ni pun tak ingat tempat mana berbuka puasa, somewhere di AEON Big Wangsa Maju, rasanya.

Minggu kedua berpuasa ada pulak hari Report Card Day untuk mid term exam. Result anak-anak pun taklah teruk sangat, tapi kenalah usahalah lebih sikit untuk final exam nanti.

Bukan aje restoran, di mamak NZ pun jadi juga untuk berbuka puasa. If tak silap pengiraan 3 kali rasanya berbuka puasa di NZ ni.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, layan dulu citer-citer siri lama di TV3, Diari Ramadhan Rafique ataupun Rumah Kedai. Kalau bosan sangat, mainlah LEGO Soccer set ni.

Antara salah satu tempat berbuka di Restoran My Mom's Chicken Rice owned by Linda Onn.

Menu pun dah makin banyak, so kita pilih yang biasa makan aje. Nak mencuba time berbuka puasa ni takut tak kena dengan selera and then kita pun rasa rugi aje order so better dont la.

Tak cukup di katil nak mngejutkan, sambung pulak lelap di meja makan. Alhamdulillah, penuh berpuasa Ryan kali ini walaupun macam ada-ada nak terbatal puasa, tapi dapat diselamatkan.