Nuffnang Ad

Showing posts with label my point of view. Show all posts
Showing posts with label my point of view. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

Macam-macam cara dah guna

I tak nafikan dulu mmg I berisi sikit. Selalu kalau timbang tu dalam 60++ pun ada jugak, seram kalau naik penimbang tu. Bila mengandung lagilah, makan aje tak tentu masa sampaikan Dr pun selalu ingatkan I suruh control my food intake sebab takut baby besar, udahnya dua-dua keluar ikut tingkap.

I pernah cuba nak kurus dengan mengamalkan Teh Orang Kampung, fuhhh, die punya effect memang tak tahan. Bila minum petang, siaplah malam tu bertunggu tangga di toilet. Sampai letih duduk dalam bilik air. Masa belajar di Uitm [un still minum tapi bila petang after balik kelas ajelah, kalau pagi nak ke kelas, memang cari nahas la, kan. So, I stop sebab tak tahan penangan asyik ke toilet sahaja.

Lagi beberapa bulan nak kahwin, Ibu forced me untuk mencuba pakai Premium Beautiful nie pulak. Yer, I start pakai Beautiful nie tahun 2004 lagi...and now ramai pun yang dah pakai kan. Masyallah, terasa seksa juga nak memakainya especially bila pagi nak ke office. Mujurlah office dekat aje dengan rumah, so taklah kelam kabut sangat. Memang berkesan and terasa ringan badan I nie, tapi bila dah beranakkan Danish, terus stop pakai cos mcm leceh aje. Maybe akan pakai balik after balik Malaysia nanti.

Lepas tu I diperkenalkan pulak dengan Herbalife in 2007, masa tu after dah bersalinkan Danish so rasa badan macam bloated giler. So, I tried this product walaupun starter pack aje sampai beratus ringgit tapi demi nak kurus punya pasal, tak jadi masalah. Product nie memang berkesan, sebulan aje pengambilannya, I terus turun 4 kilo. Tapi memang kena pantang la bab-bab makan nie, terasa perit jugaklah kan bila keluar lunch tengok member-member makan sedap aje, kita cuma makan yang disarankan sahaja. Bila tengok sekarang nie ramai yang ambik Herbalife, thought of nak ambik juga product nie balik walaupun dekat RM300+ membeli untuk 3 brg sahaja.

Lepas bersalinkan Ryan, ada wakil from slimming centre datang melawat di Ampang Puteri so die bagi tryout kat Marie France. Tryout for about 5 sessions memang best. Kita dipampered and dibelai terasa best sangat. Habis tryout, ingatkan nak sambung tapi bila kemalasan itu datang, terus tak pergi lagi. Mujur tak bayar any downpayment, kalau tak, sure menyesal.

Then, awal tahun 2009, dapat package percuma dari London Weight Management pulak, so try juga. So, yang nie dapat 7x rawatan and after habis, Daddy Jack suruh sambung aje. Puhhh, bila disuruh sambung, laju ajelah depa tekan kita macam-macam cakap air lebih dalam badanlah, lemak tepulah dan macam-macam lagi udahnya kena bayar sampai beribu-ribu juga. I ambik treatment nie di Mid Valley. Sekali datang treatment sampai 2-3 jam so untuk menghilangkan kebosanan, Daddy Jack boleh ajelah berjalan-jalan di MidValley atau The Gardens sambil minum kopi atau tengok wayang. Treatment memang best, kita akan dilayan macam puteri, and segala macam rawatan tapi yang tak syok tu, lepas treatment, perut pun lapar. Mana tak palar kalau dah 2-3 jam asyik terbaring aje so udahnya sebelum balik rumah, makan Chilli's dulu, mana tak kena marah bila dtg untuk next treatment sebab badan tak turun..makin naik adalah...hehehehehehe.

Bila datang Adelaide, berat badan turun sikit, maybe sebab sini kena masak and jarang dapat nak merasa makan diluar. Satu lagi, kena buat semua kerja rumah eg mengemas, laundry, jaga anak and semua hal-hal rumah..huhuhu. selama nie semua maid yang uruskan so badan pun turunlah sikit.

Yer, kalaulah I tahu buat kerja rumah boleh membuatkan I kurus, tak perlulah membazirkan duit pergi slimming centre semua tapi masa tu Ryan masih kecik lagi, so semua urusannya dapi pagi sampai I balik kerja, maid yang uruskan so I cuma tengok die fully on weekend aje. Tapi bila dah 2 tahun nie, he's getting bigger, makin bertambahlah perangainya.

Kejadian semalam...makan yoghurt tanpa sudu padahal I dah bagi sudu tapi still guna jari juga. While I tengah busy nak masak for lunch diam-diam die dah main sama itu yoghurt. Adoii la my kerinting nie. Tak pasal-pasal, kena mandi sekali lagi, baju kena salin..then paling tak tahan kena mop satu rumah sebab lantai dah melekit kena yoghurt. So, kesimpulannya...I dah cuba macam-macam cara nak kurus, tapi sebenarnya caranya ada didepan mata sahaja..hehehehe. Anyway, I taklah kata, membesarkan anak-anak satu beban, its a privilege , tak ramai yang ada privilege mcm nie..like me, I enjoy this moment for another 1 year aje, after that akan kembali menjadi pekerja semula. Masa tu akan mengenang 3 tahun menguruskan anak-anak dan juga rumahtangga.

Thursday, 19 January 2012

Terkenang jua

Biasalah kan, bila dah balik Adelaide nie, mcm-mcm yang ada di Malaysia terkenang aje, antaranya Burger King nie. Di Adelaide pun ada juga Burger King, tapi since apa-apa nama yang related to Queen and King diharamkan penggunaannya sebab melibatkan Raja mereka, so ditukar namanya menjadi Hungry Jack aje. Kalau nampak iklan psl Whooper di Adelaide, mulalalh terliur..tak apa, sabar ajelah..setahun aje lagi.

Di kala pagi, kalau bosan nak breakfast di rumah, laju aje ajak Daddy Jack pi breakfast kat NZ, bukan tosai atau roti canai menjadi pilihan..memadailah dengan mee goreng and telur mata serta segelas teh tarik, cukup membuatkan I rasa bahagia.

Tak dinafikan, Malaysia memang panas tapi taklah sepanas di Adelaide. Kalau panas di Malaysia, masih lagi boleh keluar untuk membeli ice cream daripada vendor nie tapi kalau di Adelaide bila panas, nak keluar pun kulit terasa sakitnya.

Aduh !!!! rindunya bershopping barang dapur disini. tak perlu risau pasal halal atau brg yang tak boleh dimakan, semuanya boleh aje cuma sediakan aje RM yang banyak.

Makanan yang dimasak dari dapur rumah my kakak ipar yang simple tapi ditambah sedap bila menggunakan pinggan Portmeirion yang mahalnya ya ampun kalau di Malaysia. My sister in laws baru balik from UK, so dia beli from UK, and way much cheaper. I pun ada mimpi juga nak pakai Portmeirion nie, mujurlah ada contact di sana, hopefully bolehlah beli nanti.

Inilah yang I nanti-nantikan setiap petang, I panggil die Babu Roti. Setiap pukul 4 petang, mesti dia akan membunyikan hon die yang special tu and I tahu yang die dah datang. Nerlari nie dari dapur ke depan, dan keluar nak membeli roti esp roti kelapa and kacang merah yang super duper sedap tu. Gosh !!!! I miss Malaysia, really really miss my hometown and my land.....

Wednesday, 1 June 2011

Zoo Negara Invaders Part 2

Sebelah kandang giraffe, ada tempat gajah pulak, masih tak berubah tempatnya. Masih sama.

Masing-masing agak jakun dapat tengok gajah, semuanya terlopong.

Ada sessi bagi makan tebu kat gajah dengan hanya RM3 sahaja, semua ambik peluang nak bagi gajah makan. Danish as always, mula-mula takut, lama-lama dah berani.

Kalau waktu petang, selalu nampak burung-burung terbang berlegar-legar di atas flyover di MRR2.

Kalau bab-bab burung nie, Ryan la yang paling excited sekali. Tapi as I mentioned before, pihak pengurusan Zoo kena do something la. Dulu tasik nie bersih sangat, sampaikan boleh berdayung di tasik nie, sekarang I tengok tasik nie airnya gelap semacam aje, takkanlah tak ada dana untuk menceriakan zoo nie.

Haiwan-haiwan pun banyak yang macam dah tak ada, I think kena buat sesuatu. Bayaran pun dah mahal, lepas tu facilities agak kurang. Keadaan zoo agak kelam dan suram walaupun pengunjung agak ramai.

Kandang rusa nie betul-betul di belakang rumah orang, nampak tak ada bumbung rumah tu ? Kena do something jugak...dulu ada ura-ura nak pindahkan Zoo nie ke Ulu Yam, tapi mendapat banyak bantahan sebab takut haiwan-haiwan tu dah selesa dengan habitatnya di Ulu Klang nie but at least pihak yang bertanggungjawab kenalah do something about this.

Even the signage pun mcm tak begitu menarik di mata pengunjung, kalau di mata budak graphic design macam I nie lagi lah, nak terus buat rebranding aje.

Dengan cuaca yang agak panas sedikit, semua haiwan pun macam malas aje, nak tidur aje macam singa nie.


Ryan suka sangat dapat makan ice cream sampai dua kali, hai harap-harap jgnlah batuk, kang kena marah pulak dengan Daddy Jack.



Singgah ke kedai cenderamata untuk membeli fridge magnet, macamlah tak akan datang lagi, padahal rumah dekat aje..yer, tapi tak tahulah bilanya nak datang lagi. Entah-entah, bila Ryan dah umur berbelas tahun gamaknya barulah nak datang lagi. Tapi barang-barang dalam nie agak mahal la, nasib baiklah fikir nak beli fridge magnet aje, benda-benda lain tak menarik perhatian sangat pun.

Monday, 23 May 2011

Alamak !!!!!

Sabtu lepas, Kak Nyah tagged this pic to me via FB...hahahah ? Apakah ini ? Padahal, Selasa lepas baru aje pi IKEA, makan dengan Ibu. I cuma makan Fish and Chips sahaja while Ibu makan the meatballs yang dikatakan menggunakan daripada babi. Macamana boleh jadi macam tu sekali ?

Setakat ini, dah 2 kali restoran IKEA ditutup untuk tujuan penyamakan. Pertama kali dulu pada tahun 2005, kononnya pihak JAKIM telah menyerbu satu kilang di Kepong, dan terjumpa sarung sausages yang menggunakan perut babi dan salah satu yang menggunakannya adalah IKEA. At that time, I memang gile makan sausage di IKEA, sebab masa tu mengandungkan Danish, bila dapat tahu, mcm nak muntah. And now, the meatballs pulak jadi sasaran.

Thursday, 28 October 2010

Khas buat Ika

Salam Ika...walaupun Ika tak boleh membaca entry nie tapi Kakak rasa nak tulis jugak, untuk kepuasan diri sendiri.

Masih terbayang-bayang di mata Kakak bila kali pertama menjemput Ika di agensi, kira-kira setahun yang lepas. Ika hanya datang dengan satu beg galas, memakai skirt labuh yang meleret-leret, T-shirt dan juga tudung Indon yang beropol-ropol. Memang dah tahu, itu mmg trademark Indon. Masa Cik Puan Agen memberikan kata-kata amanatnya, masih terngiang-ngiang di telinga Kakak, suara Ika yang sayup-sayup mengatakan tak ada saudara mara di sini, and datang kerja untuk menyara keluarga di kampung dan macam-macam lagi ler.

Ika pernah bekerja untuk satu keluarga si Kuantan sampailah Januari 2009, dan balik ke kampung Ika semula. Setelah 2 bulan berasa di kampung, Ika tak betah duduk kampung, lalu ingin kembali bekerja di Malaysia tetapi dengan majikan yang lain pula. Kakak pula diperkenalkan dengan agen oleh sepupu kakak yang telahpun mengambil maid dari agen yang sama...so far, maidnya kerja dengan baik, dan itu membuatkan Kakak merasakan agen ini seorang yang berpengalaman. Setelak Kakak memberikan segala requirements kepada agen, akhirnya beberapa senarai pendek telahpun diberikan kepada Kakak. Entah kenapa, Kakak macam dah suka dengan profil Ika..even agen pun kata Ika nie bagus, tak ada masalah dengan previous majikan. Kakak pun called majikan lama, and they all cakap, mereka sayang sangat dengan Ika..sedih bila Ika nak balik. So, after berbincang dengan Daddy Jack, maka Ika menjadi pilhan kami. Ingatkan proses pengambilan Ika berjalan dengan lancar, tapi rupanya tidak....ianya terlalu rumit.

Pihak agen tak perasan pekeliling yang dikeluarkan oleh Imigresen bahawasanya pembantu rumah yang telah pulang, tidak boleh memasuki Malaysia selama 6 bulan..and Ika baru 3 bulan sahaja...and Kakak pun menggunakan apa juga cara untuk proses ini berjalan dengan lancar. Kakak sanggup gunakan pa acara sekalipun termasuklah menggunakan kawan Ayah untuk mempercepatkan proses kemasukan Ika nie. Akhirnya, Ika berjaya dibawa masuk dengan cara yang betul pada 30 April 2009.

Sepanjang Ika dengan Kakak, tak pernah pun Ika didera dari segi fizikal dan juga mental. Ika dilayan lebih kurang macam saudara sendiri, apa yang kami makan, Ika pun makan sama, malahan kalau makan diluar, Ika order lebih dari apa yang kami order eg Kakak order Iced Lemon Tea. Ika order Soursop Iced Blended, Kakak makan Mee Hailam, Ika makan Mixed Grilled,,tapi Kakak tak kisah, Kakak fkir, Ika penat tolong tgkkan the boys, so makan lebih dari majikan pun tak kisah, or maybe nak cuba merasa, kan.

Daddy Jack pulak tak begitu berkenan dengan cara pemakaian Ika, lalu diajaknya Ika pi beli baju-baju yang baru. Kakak masih ingat lagi, waktu mula-mula sampai, Kakak bawak Ika pi JJ AU2...bila sampai aje kat Women's Dept, Kakak pun cakap kat Ika..Ika pi la pilih baju untuk Ika..lama jugak Ika pilih..Kakak and Bapak duk melayan the boys kat bahagian toys, udahnya Ika datang kat we all dengan selonggok baju yang macam-macam fesyen...sekali bayar..nak hambik ko...RM400++++..Ada kami kesah..no !!!!! just bayar aje. Begitu juga dengan time raya, kami tak lupakan persiapan raya untuk Ika. Kakak pun, kalau pi mana-mana sure akan membeli something untuk Ika juga, bila memikirkan Ika melayan kami dengan baik.

Ika cakap dengan agen, Ika tak ada saudara mara di sini, tetiba Ika cakap dengan Kakak, nak pi tgk kakak Ika sebab mak Ika suruh..Kakak pun bagi ler..Daddy Jack pun okay. Agen cakap no handphone at all, tapi kami kesiankan Ika nak called kampung, kami bagi senyap-senyap tanpa pengetahuan agen, tapi rupanya kebaikan kami itu, Ika salahgunakan. Ika ambik kesempatan atas segala kebaikan kami.

Tapi kenapa Ika buat kami macam nie..Ika tipu and bohong kami...Ika balik Indon kata bapak sakit, dah nak mati dan Ika akan balik after sebulan di sana, dah beli tiket balik Malaysia...tapi rupanya tidak !!! Ika balik bukannya sebab bapak sakit, tapi Ika balik untuk kahwin dengan pacar Ika yang Ika jumpa di sini..Puas Ibu tunggu Ika balik pada tarikh yang sepatutnya Ika balik, semua orang risau sebabnya takut apa-apa yang terjadi pada Ika. Ika tak hantar khabar berita pun pada kami mengatakan Ika dah selamat tiba di Indon. Bila Ika tak balik, kakak pun risau juga sebabnya Ika masih di bawah nama Kakak, so taknak la ada apa-apa yang buruk berlaku, kakak pun telefon agen tanyakan contact no Ika di kampung. Bila agen tahu Ika balik tanpa pengetahuan agen, Kakak kena marah psl tak inform agen..Kakak cakaplah Ika balik sebab bapak sakit mcm nak mati sangat dah. So, agen bagi la contact no Ika di kampung and Kakak dan juga keluarga di Malaysia called bagai nak rak, tapi tak berjawab..udahnya bila agen called, barulah we all tahu kisah sebenarnya. Pelik, kan..bila kami called tak angkat, tapi agen called laju aje bagi feedback.

Dari agen kami tahu perkara sebenarnya bila agen cakap Ika mmg nak balik, tapi Kakak kena belikan tiket balik and bagi Ika cuti..kakak tanya agen, bukan ker Ika memang beli tiket pergi balik, and nak cuti apa pulak...masa tu barulah tahu yang Ika nie dah kahwin. Ika nak cuti sebabnya nak cuti untuk bersama suami yang bekerja di Malaysia. Mulanya kami macam nak bagi peluang kat Ika balik, sebabnya kami tak tahu perkara sebenarnya, maybe pikir, keluarga Ika dah erancang psl perkahwinan Ika and buat cerita bapak sakit, suruh Ika balik, tapi bila kami dapat cakap dengan Ika sendiri, baru tahu yang selama ini Ika bohong kami..Ayah Ika tak sakit..Ika tak beli tiket pergi balik...sampai hati Ika..semoga Allah SWT akan membalas segala perbuatan Ika.

Bila kakak dapat tahu, sedih bila Ika buat macam nie..sampaikan Kakak macam berdoa, Ika tipu kata bapak sakit, kakak doakan bapak Ika betul-betul sakit..sampai mcm tu sekali. Tapi Kakak redha dan bersyukur sangat-sangat..kejadian ini berlaku waktu Kakak menjaga the Boys, kalaulah kejadian ini berlaku waktu Kakak di Malaysia, mmg haru biru dibuatnya..lebur RM8,000 harga untuk mengambil Ika dan juga RM500 untuk memperbaharui permit pekerjaan Ika..dan udahnya, majikan pulak yang kena membayar RM250 bila mengisi borang maid lari di Imigresen.

Bilalah penderitaan majikan yang mengambil maid Indon ini akan berakhir yer..banyak kali kes bohong, tipu, berpura-pura, mencuri, dan macam-macam kes lagi, tapi kita masih akur dengan mereka.


Wednesday, 20 October 2010

Spring Cleaning

Sekarang di Adelaide tengah musim spring and berpadanan dengan itu majlis perbandaran sini mengadakan satu kutipan sampah yang besar we called it hard rubbish collection. selama 1 minggu so, boleh buang apa sahaja like perabut, carpet dll., nanti ada lori datang ambik and bawa ke tempat pelupusan. I pun tak pernah nak tahu kat mana nak buang barang-barang yang macam perabut nie semua. Kalau I nak buang barang normally hantar aje kat Salvos.

Tapi rupanya konsep kat sini, kalau kiter nak buang barang, just letakkan kat tepi jalan, and akan ada org yang akan mengutipnya dan orang tu bukanlah dari majlis perbandaran, tapi orang public, mana-mana yang berminat. Tengok nie, sampaikan ada yang buang dapur gas tu.

TV, printer, tilam jangan cakaplah, memang banyak orang tinggalkan tepi jalan. Kepada sesiapa yang berminat tu, ambik ajelah. Kiranya kalau yang dah letakkan di tepi jalan tu, memang boleh ambik tanpa beritahu tuan rumah.

Tengok la nie, siap terpaksa pakai treler lagi untuk mengutip segala mak nenek barang. Tapi I rasa orang nie kutip sebabnya maybe die nak jual kar scrap kut. Sini botol and tin boleh dijual, besi-besi buruk pun boleh jual, but not paper. Patutlah suratkhabar atau paper material orang tak pandang kat sini. Bila mcm nie, teringat suasana di Malaysia...esp bab-bab besi nie, siap kena curi lagi, tak kiralah apa jenis besi sampaikam mesin tutup longkang pun orang curi jugak. itu belum kes rumah tinggal pergi bercuti, silap-silap pagar rumah pun hilang. Rumah abang Daddy Jack masa raya hari tu pun kena kebas kompressor aircond rumah..dah kena beli set aircond baru. Even rumah Ibu pun pernah kena curi periuk after we all buat kenduri, then tinggalkan kat belakang rumah, esoknya tgk, dah lesap. Dahlah mencuri, pastu makan duit haram pulak..sini asal dibuang tepi jalan, kira halal la. Malaysia pulak, anak pun dibuang tepi jalan, sedih bila baca cerita kes buang anak tepi jalan, longkang, bawah jambatan dll..nyawa manusa macam tak ada harga..kesian anak yang tak berdosa.

Sunday, 29 August 2010

Menderma kepada yang memerlukan

Dah beberapa hari, we all mengemas rumah, and ketepikan barang-barang yang nak buang ke tong sampah ataupun mcm yang nak didermakan. Antaranya, carseat, buku-buku tinggalan penghuni lama, some baju and a fews bric-and-bracs.

We all tak tahu kat mana nak simpan sebabnya dah terlampau semak sangat dah rumah kami yang sekangkang kera nie...so udahnya we decided untuk mendermakan aje ker The Salvation Army aka Salvos. The Salvation Army nie adalah satu organisasi Kristian terbesar di dunia. Mereka nie memang salah satu badan yang telah berada semala 130 tahun di Aussie nie. Mereka bertanggungjawab untuk bab-bab kebajikan homeless people. Untuk winter baru nie, they all menyediakan makanan dan jugak meminta derma selimut kepada yang memerlukan.

Konsep kedai Salvos nie, kepada orang yang menderma barang-barang, nanti pihak berkenaan akan memilih, yang bersesuaian dn yng elok, pastu dijual balik kepada public. Yes !!! itu konsepnya...menderma secara percuma barang-barang, kemudian depa jualkan balik. Duit tu la yang digunakan untuk membeli segala barang keperluan homeless peoples. Mana barang-barang yang kita nak dermakan tu, just letak aje kat depan kedai Salvos nie, tak kira masa. Tapi baru-baru nie, ada jugak isu mencuri barang-barang derma nie oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. I thought all peoples here jujur, but ada jugak yang tak makan saman.

And tetiba I was thinking, ada tak konsep mcm nie kat Malaysia...I think Malaysian people masih tak dapat nak tak dapat nak terima pakai barang-barang 2nd hand nie. Maybe sebab kita rasa, kita masih mampu membeli yang baru. Here, 2nd hands goods mcm elok kualitinya. I think, kalau konsep kedai nie dibawa ke Malaysia, no more dalam suratkhabar, orang susah meraih simpati dengan meminta derma atau tiada lagi rancangan BersamaMu TV3.