Nuffnang Ad

Showing posts with label four season. Show all posts
Showing posts with label four season. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

Berendam dengan jeli



Malaysia tengah panas sekarang, after dah beberapa hari hujan beberapa minggu yang lepas. Di kala kepanasan melanda ni, teringat summer di Adelaide dulu. Ohhh sepanas-panas di Malaysia, tak tahan lagi panas di waktu summer sampaikan nak keluar pun takut cos sinar UVnya yang sangat tinggi. Even semua aktivity outdoor pun tak begitu digalakkan takut memudaratkan. Hah masa ni ramailah yang mengambil kesempatan untuk berendam lama-lama dalam bath tub tu.


Rumah di Adelaide dulu memang dah disediakan bath tub tu sukalah Danish and Ryan dapat berendam lama-lama bila summer. I pulak kadang-kadang tu terlebih rajin, mencari cara yang best nak bagi depa berendam tapi bukan dengan menggunakan air aje, pernah sekali mencuba membuat jelly bath sendiri.

Seronoklah semua bila ada kelainan dalam bath tub ni, sekejap-sekejap nak warna biru, merah dan sebagainya. Ryan as usual, takut-takut pada mulanya, tapi bila tengok Danish seronok aje hah masa tu barulah nak join sampai nak suruh keluar bilas badan pun payah sebab dah seronok main jelly.

Tuesday, 4 June 2013

A trip to Museum

Hai, baru terhegeh-hegeh nak update...masa cuti sekolah yang lepas, we all bawa the boys jalan-jalan ke City menaiki public bus. Ini first time we all bawa the boys naik bas, sebelum ni if pergi city, naik kereta aje. Parking selalunya di Upark then gi makan then ronda-ronda kejap di Rundle Mall tu. Tak lama mana pun pergi city, dalam 1- 1 1.2 jam aje. So first time bawa naik bas, semuanya jakun la juga. Dengar radio from the driver pun dikatakan suara robot.

Melawat museum buat pertama kalinya after 3 years berada di Adelaide. Kawan-kawan yang lain dah beberapa kali dah pergi sini dengan anak masing-masing while us baru nak berjinak-jinak pergi sini.

Kebetulan hari yang we all pergi museum tu pun cuti sekolah, so pergi pagi-pagi takut ramai pulak orang nanti. Ada Dinasour exhibition tu yang takut ramai orang.

 
Tak sempat lagi nak bawa the boys pergi Adelaide Zoo, so tengoklah haiwan yang dah dikeraskan dulu kat museum ni.

Danish suka sikit animal compare to Ryan, bila Daddy Jack terangkan pada die, haram die nak ambik pedulik, dok berlari sana-sini aje.

Dah puas pusing-pusing dalam ni, tengok all the exhibitions so we all pun start beredar, budak-budak pun dah makin ramai, ada yang datang bersama keluarga, ada juga yang datang secara group.

Lepak kejap di pathway tu sambil the boys berkejaran dengan sekumpulan burung-burung disitu. Lupa pulak bawa roti, kalau tak boleh aje bagi makan pada birds tu.

 As usual, being silly together.

Dah berjam-jam jalan, baru perut terasa lapar, singgah Knoodle kejap cos the boys tak mahu makan nasi, nak makan mee dulu sebelum makan nasi. Masing-masing nak makan Curry Mee, so order satu mangkuk but kena share cos portionnya sangat besar.

Punyalah suka dapat makan mee kari, habis semangkuk ni Ryan makan. Berselera  sungguh nampaknya.

Hai, kena juga membeli, ingatkan dah bawa jalan-jalan and makan luar taklah nak beli apa-apa. Daddy Jack pun melayan ajelah.

 Sempat singgah kejap untuk tengok Fairy Story Tell kejap.

Lepas tu masing-masing lapar balik, so singgah kedai favourite Danish, Swinging Bowl untuk tapau lauk aje bawa balik. Dalam bas untuk balik ke rumah, berdoa lah agar the boys tak tidur, satu hal pulak nak mengejutnya.

Sempat beli bola basketball di City, tu yang Daddy Jack layan aje. Kalau beli benda lain, mmg tak layan la. Daddy Jack berhasrat nak bawa balik Malaysia tiang basketball tu, so sementara nak beli practice dulu kat sekolah.

A beautiful sunset during early autumn. I will miss this kind of weather, not too hot and not too cold. Just suam-suam kuku aje, bak kata orang Melayu.

Wednesday, 29 May 2013

Autumn in Mount Lofty

Lepas berpicking strawberry, we all decided untuk berpicnic pulak di Mount Lofty Botanical Garden untuk menikmati pemandangan yang cantik di sana. I pun tak pernah sampai lagi disini tapi some of my geng cakap bila autumn memang cantik pemandangan disini.

We all melepak di tepi bukit ni, sebab senang anak-anak nak main guling-gling dari atas turun ke bawah sambil mak pak duduk dibawah bersembang dan juga makan.

Sebelum main, perut kena isi dulu dengan pelbagai jenis makanan yang masing-masing bawa dari rumah. Bentang tikar, pasang kerusi memang terbaiklah makan walaupun cuaca agak sejuk.

Picnic versi orang Melayu di Adelaide, siap angkut esky, makanan pulak bukan sikit-sikit. Siap ada nasi goreng, rendang ayam, ketupat palas, ayam bbq, nasi putih, kari daging. Kalau tengok mat salleh punya picnic, just bawa sebuku roti, tuna dalan tin aje.

Masing-masing muka penuh ceria bila dah power up energy dengan pelbagai makanan. Haish, ini baru beberapa famili aje yang join, belum lagi beramai-ramai. Kalau tak, sure lagi banyak makanan yang ada.

Hah, now boleh berguling-guling main after makan. Mujurlah tak ada yang termuntah pulak sebab golek-golek perut dah penuh.

We all nak ke satu tempat lain pulak, so tak boleh nak lepak lama-lama sebabnya tempat tu tutup pukul 5 then lagipun takut gelap pulak. So we kemas-kemas, solat then menuju ke destinasi seterusnya.

I will miss this secenery next year, this is my last Autumn in Adelaide. If ada rezeki boleh berkunjung lagi ke sini. Insyallah.

My last autumn in Adelaide......
 

Tuesday, 12 March 2013

Santos Down Under

 Ni cerita dah basi...since awal bulan January...layan dululah yer....

Since school holiday tak ada pergi mana-mana, duduk rumah menahan kepanasan aje so satu hari tu ajak the boys pergi library. Daddy Jack tak ada so kita berjalan kaki sambil menikmati pemandangan yang cantik tu kan.
 
Terlupa yang hari we all pergi library tu, ada pulak Santos Tour Down Under di Campbelltown area ni. Ni macam ala-ala Tour De Langkawi la tu.

Patutlah banyak tengok orang berjalan kaki aje, rupanya semua menuju ke sini. Sempat tengok lagilah newscaster buat live coverage kat sini.

Masa ni the cyclist belum sampai, masih berada di Adelaide Hills but ada screen besar yang disediakan so tunggu beberapa jam lagi untuk mereka sampai. Hari pun dah semakin panas terik dah ni.

Sebelum masuk library, duduk kejaplah, lepak sambil tengok orang ramai yang datang untuk menyaksikan event ni.
 
Mujurlah library buka walaupun kat depan tu ada event and orang pun ramai, so jom kita masuk and tumpang aircond kejap.

Danish dan Ryan dah pernah pergi library ni, masing-masing dah tahu mana nak cari buku yang mereka suka. Orang pun tak ramai kat dalam ni, maybe ada yang pergi bercuti bersama keluarga, maklumlah cuti sekolah yang panjang.

Danish suka sangat dengan Diary of Wimpy Kids collection. Hari tu pernah nampak the collection at Target tapi tak sempat nak beli. Nanti kita beli lah yer Danish.

Satu buku yang membuatkan I tertarik untuk membacanya. Buku ni dijumpa di Children's section. Sejak kecil diajar untuk tidak menjadi copycat, satu buku yang baik sekiranya dijadikan rujukan untuk budak-budak universiti juga.

Ingatkan nak pinjam buku apa, balik-balik pinjam buku sports jugak my kerinting ni.
 
Selain buku, kat library ni pun boleh juga meminjam DVD, CD even Blu Ray juga tapi basically cerita nya pun taklah menarik sangat. Ada tu cerita yang lama-lama. So the boys pun taklah eager nak meminjam pun.

Hahahha, ternampak lah pulak CD one of my favourite sitcom masa dulu, la ni jenuh la tengok kat Youtube aje, tak payah susah pun.

Library cards for each one of us. Kat sini pun ada Toys Library, so kita boleh pinjam any toys untuk dibawa balik. tak berani lah i nak bawa masuk the boys kat situ, kang mcm-mcm nak dipinjam. Kat rumah pun toys dah banyak from garage sale, sunday market, even yang beli baru. Itu belum kira lagi yang dalam garage yang masih elok dalam kotak, belum dibuka lagi. Adoiiii !!! pening pikir bila bab toys ni.

Di parking lot depan library tu ada dibuka gerai-gerai mcm art and crafts, foods and macam-macam lagilah. Dengan hari yang panas ini, we all pun mencarilah air yang sejuk untuk diminum, apalagi Iced Tea la.

 Wish adalah orang kita yang menjual karipap atau nasi lemak kat sini...heheheheh

Ada 2 hours before the cyclist nak menamatkan acara mereka ini.. So, ada a few entertainers yang membuat persembahan, clowns pun ada juga.

Dengan cuaca yang agak panas sini, ada penganjur yang menyediakan beberapa cenderamata untuk gree giveaways kepada para pengunjung. We all dapat this cute hat from Skoda.

Tak ketinggalan juga ada yang menjual cyclist punya apparel. Daddy Jack berminat sungguh dengan baju-baju mcm ni tapi tak ada pulak yang team UNISA punya.

Bila we all berjalan-jalan lagi rupanya banyak lagi free giveaways yang diberikan kepada pengunjung. Kat sini aje we all dapat clappers, another free hats, even water bottles. Itu belum kita lagi goodies yang diberi from others sponsors. Bukan aje from sponsor, from unit keselamatan like bomba, polis dan juga kelab haiwan. That's one reason yang I suka sangat bila ada big event kat Adelaide ni, banyak sangat free stuffs.
 

Monday, 14 January 2013

Refreshing in hot summer day

Minggu lepas memang tersangatlah panas di Adelaide ni, suhu adakalanya sampai up till 45 degree. Memang berbahang la duduk dalam rumah, serba serbinya tak kena. Masak pun main campak-campak aje sebab nak cepat, tak mahu duduk lama-lama didapur. Sesekali keluar juga, since nak kena beli groceries kan and then pekena kopi ke sedap jugak sesekali.

Lepak di Michel's di Firle Plaza sambil pekena Iced Chocolate and Iced Coffee adalah sangat best dikala cuaca panas-panas itu. Terasa sejuk aje bila masuk ke tekak ni.

I sangat suka makan scone di Michel's ni especially sekali dengan fresh cream and also strawberry jam. Ohh sedapnya. Walaupun cuaca agak panas, tapi scones tetap sedap.

Masa Boxing Day lepas, Daddy Jack ada belikan Ice Crusher, katanya nak gunakan waktu summer ni untuk buat ice-blended. So dah janji nak buat, time nilah nak guna, nanti dalam bulan 4 dah kena simpan masuk kotak cos dah winter, masa tu siapa yang nak minum ice sejuk-sejuk tu.

Dek kerana dah seronok membuat ice blended so setiap hari kejenya dok membuat ice blended ajelah. Ada masanya guna aje susu Pura Chocolate kalau malas, and datanglah rajinnya buatlah slushies guna watermelon and sambil makan laksa. Terasa la juga kenikmatan macam makan di tepi pantai di Penang tu sekali sekala.

My watermelon slushies with mint. sedapnya. Nanti nak cuba pelbagaikan resepi pulak with Mango and Strawberry yang tengah bermusim sekarang ini.