Nuffnang Ad

Showing posts with label day trip. Show all posts
Showing posts with label day trip. Show all posts

Monday, 15 May 2017

Kenduri Nilai

Seronok betul bila weekend tiada sebarang extra class atau latihan bola, rasa bolehlah berjalan lama-lama sikit. Paling-paling pun pagi sure pekena roti canai dulu.

Kebetulan pula, makcik kat Nilai ada buat kenduri tahlil dan arwah, so sempat la berjalan ke Nilai. Plannya kalau sampai awal nak singgah la Nilai 3 dulu, tapi disebabkan jalan jem teruk, so terpaksa la melupakan hasrat tu. Sampai-sampai terus mencapai makanan sebab dah kelaparan.

Dah settle makan nasik, makan dessert la pulak. Kali ni dah tak larat nak makan di bawah khemah sebab panas sangat so masuk rumah, kena aircond pulak..nyamannnnn.

Lepas Asar we all pun beransur pulang la ke KL tapi menyinggah dulu ke Mitsui Sepang. First time jejakkan kaki ke sini, nak juga tahu hebat ke idak ke sini. Adakah sama hebat macam JPO ataupun Harbourtown di Adelaide.

So-so ajelah tempat ni, bukan musim sale. Sale pun agak suam-suam kuku ajelah, taklah meriah sangat. Mungkin belum tiba sale yang besar-besaran tu, selalunya time nak raya memang banyak sale. Tapi okaylah kan, janji dah jejak ke sini, jangan tidak la, kan.

Wednesday, 24 August 2016

One night only






Sesekali ikut Daddy Jack pergi kursus memang best. Dapat duduk hotel, sambil berehat-rehatkan minda. So kebetulan pula Daddy Jack ada kerja di KL so kita pun sama-samalah ikut sekali. Merasa jugalah we all duduk di Eastin Hotel, PJ ni.


Sampai aje semua mengadu kelaparan, kebetulan di bangunan sebelah Menara STAR ada deretan kedai so singgah la salah satu antaranya kedai mamak yang menjual putu mayam. Lama tak makan.

Dah petang masing-masing malas nak keluar so kita dine in ajelah di coffee house.

Makan yang sihat ajelah kita sebab nak menjaga badan, kan.

Pagi adalah waktu yang ditunggu-tunggu. I memang menunggu pagi sebab nak breakfast cos kalau breakfast kat hotel adalah yang paling best esp the omelette and American style breakfastnya.

First time nampak ada Detox Bar di hotel. Best and berulang kali top up air masak sampaikan minum kopi pun secawan aje. 

Fir
Dah settle breakfast apalagi, mencari swimming pool la masing-masing untuk mandi manda. Daddy sibuk meeting so kita main la sepuas-puasnya.

Tepat jam 12pm, kita pun nak check out dah so sebelum tu kita lunch dululah di coffee house cos Daddy nak jumpa kawan-kawan dulu. So kita ajelah yang makan dulu.

Lunch special, ada kari kepala ikan salmon. Sedapnya memang pure kari mamak punya. Tapi tak makan nasi la, makan dengan lauk pauk lain. Tengok Danish and Ryan makan nasi geram aje, tapi demi nak kurus punya pasal...sabar ajelah.


Thursday, 26 May 2016

Berjalan seketika

Kalau ada masa free, ikut Ibu pergi jalan-jalan sekitar Jalan TAR. Adakalanya menemankankan mencari jubahlah, tudung la, kain pasang dan macam-macam aktiviti lagi.

Kebetulan masa ikut tu, I berpusa so beli pau frozen buat buka puasa nanti ajelah. Sedap sungguh pau yang dibeli di area KWSP ni, lembut dan gebu aje.

Dah lama tak naik public transport. Sesekali naik esp bila pagi-pagi terasa kenangan masa bekerja di Shah Alam dulu.

KL Sentral dah banyak perubahan sekarang, banyak kedai-kedai yang dah dibuka. Tambah pula ada Nu Sentral, lagi happening dengan pelbagai tempat makan dan juga cafes.

You all pernah makan Puding Raja? I tak berapa reti nak makan sebab katanya manis ya ampun. Entah, sejak Ibu memperkenalkan makanan ni belum pernah rasa nak mencuba.

Di kala panas-panas ni, roti aiskrim menjadi pilihan. Tambah pula dengan chocolate sauce dan juga kadang, memang best. Makan 2 keping pun tak sedar diri.

Wednesday, 30 December 2015

Lawatan ke Shah ALam

Sepanjang cuti sekolah, selain bercuti ada juga la membawa bebudak ni melawat tempat di sekitar KL dan juga di Shah Alam. Pagi-pagi ikut Daddy Jack pergi kerja then dah plan nak pergi ke mana di sekitar Shah Alam tu.

Breakfast dulu di Restoran Gembira, salah satu tempat favourite untuk breakfast masa we all sama-sama kerja di SA dulu. Tapi roti canai tak begitu sedap berbanding dulu, rupanya tukang buat dah berpindah ke restoran yang lain, Restoran Ceria yang tidak jauh kedudukannya. Rival punya pasal, sampaikan nama restoran pun hampir sama aje.

Tempat pertama yang we all pergi adalah Muzium Shah Alam, cos Daddy Jack ada meeting di bangunan berhampiran so he just dropped us by kat situ ajelah. We all sampai awal so kena melepak dulu kejap sementara tunggu waktu dibuka.

Boleh tahan juga la artifak di dalam ini, banyak bahan-bahan sejarah berkenaan dengan negeri Selangor yang dipamerkan disini.


Replika bangunan-bangunan bersejarah di Selangor pun banyak, sungguh teliti pembikinannya.



Memang jauh bezalah Muzium Negara yang dilawati pertengahan tahun lalu dengan muzium negeri ini. Tapi fungsinya masih sama, mempamerkan hasil tinggalan sejarah di negeri yang ada yang tiada di Muzium Negara.

Sempat juga bermain dengan beberapa alat permainan tradisional yang dipamerkan.

Replika keretapi

 Bermain congkak

Sementara menunggu Daddy Jack untuk membawa we all ke destinasi seterusnya.

Mengunjungi Perpustakaan Negeri di tempat yang baru. Ingatkan sebelah aje rupanya baru tahu dah dipindahkan. Lepak kejap dalam ni sementara menunggu Daddy Jack menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri.

Terjumpa pula buku Cik Peppa ni, favourite Ryan ni. Leka dia membaca dan melihat ilustrasi Cik Peppa. Balik from library, terus buka youtube mencari siri cerita Cik Peppa ni.

Tuesday, 2 December 2014

Report card day and wedding

Kadang-kadang tu bila weekend aje terkejar ke sana sini, ingatkan bila tak ada soccer training bolehlah rehat duduk rumah..tapi tak juga. Ada satu Sabtu tu penuh jadual dari pagi sampai petang dibuatnya. Pagi kena hadir untuk collect Danish punya Report Card. Alhamdulillah, cemerlang juga keputusannya. I update later ya.

Then, lepas ke sekolah, bergegas balik rumah nak salin baju untuk ke kenduri kahwin pula di Seremban. Pukul 12 tghari baru keluar rumah, stucked dalam traffic jem punyalah lama sampailah perut pun dah pedih kelaparan.

Adoiii, banyaknya perubahan di bandar Seremban ni, jalan pun dah banyak jadi highway.


Pukul 2 baru sampai rumah pengantin, orang yang bukak kaunter apam balik pun dah kemas-kemas barangnya dah. Pengantin pun dah makan dimeja so we all datang terus la serbu makan dulu cos perut yang teramat lapar.

Kerinting ni tak habis-habis berulang alik ke tempat doorgift, sambil ambil coklat aje kerjanya. Tengoklah muka menakal dia tu.

Entah berapa bekas coklat yang diambilnya, dan dah berapa banyak la yang masuk dalam perut.

Kebetulan pula ada mak sedara yang mengusahakan perniagaan mee siput di Muar. Dah lama tak jumpa Mak Andak, bila time kenduri ja jumpa. Alhamdulillah, business pun makin maju. Bulan 5 tahun depan nanti nak buat kenduri kahwin so bolehlah kita jalan-jalan ke Muar pula.

Dah beberapa minggu dah bila petang aje, KL akan hujan lebat dengan petir sabung menyabung semua. Dah berapa kali dah air pun naik. So we all yang duduk KL ni memang bersyukur sangat la kalau hujan so air empangan taklah kering. Seksa ooooo bila air kena catu dulu, semua hal tak menjadi.
 

Tuesday, 27 August 2013

Jom jalan ke City, pulak

Lepas dah settle urusan open house, the next day semua bergerak pergi City untuk melawat the famous Rundle Mall. We all bergerak awal untuk dapatkan parking di South Terrace then senang naik tram aje, kang kalau parking kat UPark mahal pulak sebab tahu sure lama punya lepak kat City ni.

Alhamdulillah, tak susah mencari parking untuk 2 kereta, so tak mau lengahkan masa cos during the weekend City tutup pukul 5, benci sungguh.


We all tak ada apa-apa pun nak cari ke City ni, just bawa Ayah Ibu dan juga the whole family jalan-jalan sini aje. Lagipun we all duduk sini, if ada benda nak beli boleh aje datang bila-bila, kan.

As usual, bila weekend sure ada performance kat Rundle Mall ni. Selalunya ada buskers aje and some performance yang lain juga.

My rockstar yang bergaya habis dengan leather jacket dan juga kasut converse

My kerinting ni takut mulanya tengok orang setinggi tu, so hanya memandang dari jauh ajelah. Pastu dah lama sikit baru memberanikan diri untuk pergi dekat sikit.

Hannan la yang pujuk Danish suruh beli kasut AirJordan ni, Danish dah beli on malam raya tu cumanya tak terpikir pulak nak belikan untuk Ryan juga.

Mujurlah ada saiznya dan juga yang sama design dengan Danish punya, bersabarlah dengan budak-budak yang memakai kasut berwarna putih ni, takut kotor aje.

My champs...bergaya habis masing-masing dengan baju raya yang di bawa dari Malaysia.

Bila dah tengahari, masing-masing dah lapar so tempat utama yang serbu adalah di Swinging Bowl la, senang makan nasi terus aje. Danish and Ryan sukalah makan tempat favourite. Mujur tak ramai orang, sebab kami sekeluarga ajepun dah cukup kecoh.

Tak cukup dengan kasut untuk berjalan, sempat juga nak beli boot bola dengan duit raya yang diberikan. Aishhh, ingatkan nak bawa balik Malaysia kasut ni rupanya nak pakai bila ada game kat sini. Bertambahlah tugas Mummy nak kena basuh lagi 2 extra boots ni. Sigh !!