Dah selesai dah semua urusan peperiksaan UPSR dan juga PSRA Danish. Result pun Alhamdulillah, flying colours semuanya. Result PSRA keluar seminggu awal dari UPSR, so debaran tu sangat ketara. I yang temankan Danish di dewan masa ambil result cos Daddy Jack busy sikit ada outstation.
Alhamdulillah, keputusan PSRA mendapat Mumtaz iaitu Cemerlang.
Ustaz Zul, yang mengajar subjek Jawi, Khat dan juga Imlak. Baik orangnya, pandai mengambil hati para pelajar untuk memupuk minat para pelajar di dalam subjeknya.
Tahniah buat semua Ustazah dan juga Ustaz yang banyak membantu Danish di dalam sesi pembelajaran bagi subjek JAIS ni. We all balik from Australia pun tak banyak yang Danish belajar, just a basic thing aje so we all masukkan ke Sekolah Rendah Setiabudi, disinilah Danish belajar semua subjek-subjek agama selama 3 tahun. Kegigihan semua ustazah dan juga ustaz mengajar tanpa jemu membuahkan hasilnya.
Sehari sebelum peperiksaan UPSR diumumkan, semuanya maintain lagilah petang tu. Tapi bila malam menjelang, semuanya jadi tak keruan. Naik turun tangga, makan pun mcm tak lalu aje tapi gagah jugaklah habiskan then nak tidur pun mcm tak selesa.
Minggu terakhir persekolahan, 23 November tarikh UPSR diumumkan di seluruh Malaysia. Sekolah Danish umumkan dalam pukul 11 pagi so boleh access thru sms pada jam 10am. Tapi nak tunggu pukul 10am tu kan perasaan rasa macam nak beranak pun ada juga. I baca Yasin bagi hilangkan gemuruh tapi tersekat-sekat sebab rasa sebak sangat.
I dah tahu keputusan Danish thru sms and I bersyukur sangat-sangat atas keputusan peperiksaannya itu. Tak sangka sebenarnya keputusan yang begitu cemerlang. Tahun ini, kerajaan memutuskan tiada pengumuman pelajar yang cemerlang, just a simple ceremony sahaja.
We all menunggu daddy Jack untuk sama-sama ambik result Danish so nampak sangat kecut perut danish nak tgk result dia. Tambahan pulak kawan-kawan sekeliling dah bagitahu berapa result mereka so memang nampak nerveous betul mukanya.
Kami antara orang last yang datang ke meja kelas Danish. Tr English, Tr Najat minta duduk pun dah start nangis dah. Semua cikgu macam panik jugaklah bila tengoknya sampai ada yang berkata, selama ni nampak macho aje, mcm tough aje tgk....hiihihihi
Cikgu suruh buka file untuk tengok result pun entah berapa kali geleng kepala, tak sanggup katanya. I pujuk untuk tengok pun memula dia tak nak, tapi cakap tengok ajelah Danish dapat berapa, kita berserah aje ya. Perlahan-lahan dia tengok and terus usap muka yang dah basah dengan air mata.
Dah selesai semua, barulah nampak dia mula nak tengok result exam tu, seperti I juga hampir tak percaya apa yang keputusa itu diberikan. Bukan I tak yakin dengan kemampuan anak sendiri tapinya sebelum peperiksaan sebenar, gerak gempur, test after test markahnya tidak begitu konsisten, ada masa okay, ada masa tidak.
Cikgu-cikgu yang banyak membantu, especially Cikgu Syuhada yang bertudung pink yang duduk sebelah Danish tu. Beliau lebih kurang macam mak di sekolah yang banyak bagi semangat pada Danish untuk belajar dan juga bahagikan masa antara sukan juga. Sebenarnya semua cikgu-cikgu ingatkan Danish menangis sebab tak dapat 6A tapi hakikatnya dia nangis sebab tak sangka markah cemerlang macam tu 5A 1B cos untuk UPSR ni dia target dia hanya dapat 3A 3B sahaja sebab katanya dia macam give up dah last minute sebelum minggu UPSR tu.
Tahniah kepada semua anak-anak Gemilang 2017, cemerlang atau tidak kena terukan juga perjuangan di peringkat menengah nanti.
Tak jemu-jemu mendoakan kejayaan Danish dan juga Ryan. Lepas ni nak kena usaha lebih lagi, masuk peringkat menengah lagi banyak cabarannya.
Malam kembali beraksi training bola, kali ni nampak bersemangat sedikit cos dah lepas dah segala beban peperiksaan.
tahniah Danish
ReplyDelete