Puasa dan Raya dah habis dah tahun ini, so far kami menyambutnya secara bersederhana macam tahun-tahun yang lalu juga tapi tahun ni agak terasa lain sikit cos menyambutnya tanpa Ayah tercinta. Ibu nampak kuat menyambut puasa tapi masih dalam iddah so hanya menunaikan terawih di rumah sahaja. Mostly untuk Ramadan kali ini, I banyak memasak untuk berbuka cos balik kerja awal sejam, so ada banyak masa untuk masak for iftar.
Menu hari pertama adalah Nasi Ayam, menu pilihan Ryan
Sesekali teringin juga ke pasar juadah, tapi tak banyak membeli pun, sekadar murtabak dan juga pulut mangga aje.
Selalunya kena sediakan satu main dish dan juga kuih-muih. untuk kuih selalunya kena tanya dulu apa kuih yang nak dibuat. Kalau Danish, suka betul dengan kuih gulung ni, rasanya untuk puasa ni saja dah dekat 4 kali buat.
Kadang tu ada juga the boys nak makan nasi, tapi bukan nasi putih. Nak makan nasi tomato pulak
Balik kerja menyinggah Village Grocer tengok mangga sedapnya, beli la 2 biji, untuk dimakan dengan lebihan pulut yang masak untuk juadah berbuka tu.
Ada lebihan pulut buat kuih lopes ajelah, then share dengan jiran sekeliling juga.
Yassss, dapat makan pulut mangga dengan puasnya
Tangan dah tak kuat nak menguli doh, mujur ada breadmaker yang dibeli di garage sales masa di Adelaide dulu, senang keje.
Mendonut la pulak, untuk Ryan sekali lagi.
Kadang menu simple aje, Mee Bandung dengan buah-buahan.
Adakalanya tekak just nak makan kerabu maggi dan juga ikan masin, goreng panas-panas, perah limau..ya ampunnnn sedapnya.
Dah malam-malam teringat pula tudung Duck yang baru keluar time Ramadan, Doily Collection, berpinar mata nak membelinya.
Roti jala juga tersenarai juga dalam menu berbuka puasa.
Musim durian pula, so buat kuah durian, cicah dengan roti jala.
Sizzling mee
Adakalanya permintaan anak-anak nak makan donut, so kita pun mendonutlah lepas balik kerja
Soto dan juga mee kari pembuka selera waktu berbuka puasa.
Danish ada minta buatkan bubur jagung, dari hari ke hari nak buat, dalam bulan puasa juga yang sempat membuatnya.
Kalau tak nak buat kuih, normally we all hanya beli murtabak saha, dalam 2 keping Itupun tgk mood masing-masing, kalau okay boleh habiskan time berbuka, kalau tak bawa sampai ke sahur habiskannya.
Kuih gulung ni untuk ke 4 buat masa di bulan Ramadhan. Ada aje permintaan kalau buat potluck sampai rasa macam jemu jugaklah.
Ada kawan office bagi ubi kayu dari kebunnya. Tak tahu nak makan apa dengan ubi kayu so kita buat something yang kita suka makan.
Bingka Ubi Kayu Gula, pujaan hatiku
Kadang tu ambil kesempatan untuk berbuka di masjid di kawasan perumahan ni, mendekatkan diri dengan Allah dan juga berkenalan antara jiran tetangga di masjid.
Meriah juga berbuka di masjid ni rupanya. Patutlah ada kawan yang memang setiap hari akan pergi berbuka puasa di merata KL membawa keluarga dan juga anak-anak.
Kadang tu, lepas terawih zasss pergi mengopi. Nak lepak mamak segan dengan segala jubah semua so singgah Mccafe ajelah untuk kopi kopi session.
Sempat juga bawa makanan dari rumah sambil kita bermoreh di McCafe.
Permintaan anak bongsu bila minggu akhir ramadhan adalah kuih karipap kentang. Maklumlah dah cuti sekolah, kan so banyak masa dihabiskan di rumah sahaja.
Kadang tu mee goreng aje untuk berbuka
Bulan puasa juga, tetap setiap mengunjungi kubur arwah Ayah.
Projek kuih koci yang dah lama ditinggalkan sejak duduk Adelaide dulu
Jenuh jugaklah nak pikirkan menu berbuka untuk 30 hari ni, ada yang tak makan nasi, tak nak menu yang sama, so kadang tu pusing balik menu sama ajelah. Laksa ni Daddy Jack yang nak makan, tapi the boys nak makan lain. Mana tak pening dibuatnya.
Sebelum berbuka, jam 7 petang time bulan puasa rajin melayan drama di TV1, Isteri untuk Diiktiraf. Memula tak layan, tapi lama-lama macam syok pulak.
Kuah durian untuk moreh lepas terawih
Hujung puasa, terasa nak makan Nasi Tomato pulak, tak sempat dah nak tunggu Raya. Alhamdulillah, puasa dan raya pun dah habis. But mood memasak kena sentiasa ada, tak kira masa.
No comments:
Post a Comment