Nuffnang Ad

Showing posts with label KK Stories. Show all posts
Showing posts with label KK Stories. Show all posts

Tuesday, 17 January 2012

KK Stories- Moh kita balik

Okay, its time to balik ke tempat asal semula. Our flight at 530pm so dalam pukul 330pm semua orang dah bergerak ke airport. The boys memang I tak kasi tidur, biar die main puas-puas so dalam flight nanti boleh tidur.

Although its international airport, tak lah besar mana pun kedai-kedai yang ada disini. Yang ada cuma kedai jual coklat perfumes and also souvenir. Kalau nak lepak best pun adalah McD. I ada tengok dalam website airport nie ada Starbucks, tapi tak jumpa pulak.

Tapi satu kedai yang tak tahan I nak tengok adalah kedai nie...mulanya ingatkan kedai jual ubat atau jual ice cream..rupa-rupanya.....

Kedai menjual frozen seafood,. Memang bagus kedai nie ada disini sebabnya we all memang tak sempat nak membeli apa-apa seafood like udang ataupun oyster. Ayah ada kawan di Sabah nie tapi kebetulan pulak, die outstation so tak dapat nak minta tolong belikan. Dah alang-alang ada kat airport and they all boeh packed sekali, so angkut disini ajelah.

Dulu, masa I bertunang dulu, Ibu yang masak semua untuk hidangan tetamu so ikan merah nie diimport dari Sabah untuk dijamu kepada tetamu. I pun suka makan ikan nie especially kalau masak taucu, memang sedap.

Mainlah puas-puas Ryan, berlari sana sini..melompat sampaikan malas nak kejar, biarkan aje.

Time for boarding, bagi Ipad and PSPGo, so masing-masing duduk diam layan main games semua, tapi tak lama manapun..sekejap aje.

Sempat juga membeli neck cushion tu, walaupun tahu bukannya akan guna pun tapi disebabkan nak jugak beli, ambik ajelah.

Okay, dah nak balik dah, tak sabar nak tengok KL pulak

Ehh, nampak macam kita akan naik flight baru nie...lebih kurang macam masa nak balik Malaysia from Adelaide hari tu aje.

Ehh, betullah, berbeze sungguh dengan flight yang we all naik masa datang hari tu, siap ada TV touch screen lagi.

Memang best, mcm-mcm cerita ada, so bolehlah layan sepanjang 2 1/2 jam perjalanan nie tapi sayangnya bole tengok gambar sahaja, audio tak boleh dengar cos headphone hanya diberikan kepada flight yang took more than 3 hours journey, less than that tengok gambar and try baca lip sync ajelah.

5 minit after take off, semuanya tumbang. I have to sit in the middle cos masing-masing tak nak beralah langsung.

Si kerinting nie dapat nak sangat duduk tepi tingkap, yer la..sepanjang balik Adelaide mana pernah merasa duduk tepi tingkap.

Sempatlah juga I merasa maka nasi with briyani chicken tapi for the boys, tapau ajelah nampaknya.

Sampai KLIA around pukul 7 lebih, so tak sempatlah nak tengok Victoria Secret cos mcm dah letih sangat rasanya, pikir balik and nak tidur ajelah.

Tu dia aiiiiihhh, barang kami yang berkotak-kotak tu. Dalam kotak tu ada makanan kering dan juga makanan basah. Tak apa, nak pi Sabah bukan selalu, entah bilalah lagi akan merasa ke sana yer.

Monday, 16 January 2012

KK Stories-Room service

After balik from Manukan Island, semuanya kelaparan snd semua malas nak pi makan di Coffee House cos nak packing untuk balik at 5pm nanti. Udahnya we all decided to buat room service ajelah.

Danish nak makan di bilik Ibu so tinggallah me, Ryan and Daddy Jack aje yang makan sama.

Untuk room service nie tak banyak pilhan makanan die, ada a fews yang menarik. After a few ding dong sana sini membuat pilihan, so we end up makan mee goreng mamak yang sedap jugak.

Kononnya nak cuba makan Banana Split, sampai aje kat bilik dah cair, so bedal jugaklah.

I pulak, teringin nak makan nasi goreng kampung, rasanya so so ajelah, nak kata sedap pun tak, tak sedap pun tak jugak.

Teh tarik is a must, walaupun dah agak suam sikit tapi sedap.

As for Ryan, we all orderkan chicken burger sahaja. Makan pun tak habis, sebab dah kenyang dok mintak mee and nasi sikit-sikit, lama-lama kenyang. We all tak berapa nak menghayati sangat our lunch tu sebab sambil makan, sambil dok berkemas nak balik.

Sunday, 15 January 2012

KK Stories-Gaya Market

Opssss, terlepas pulak cerita nie..sebelum kami ke Manukan Island, kami pi Sunday Market di Gaya Street. Daddy Jack nak tahu apa lah ada dijual disini sebab kalau tengok dalam places of interest di pamplet atau di internet, ini salah satu tempat yang harus dikunjungi.

Datang dah agak lewat sikit, so orang dah mula ramai.

Gaya Street Market nie hanya ada di hari Ahad sahaja, bermula pukul 630 lagi hingga 1pm. Konsepnya lebih kurang sama macam pasar malam, macam-macam ada dijual disini.

Aksesori wanita pun ada jugak, tapi ketulenan pearl die tu mcm tak boleh nak kenalpasti, tiruan atau original.

Pokok-pokok bunga pun ada dijual disini

Pokok hutan juga ada, mcm periuk kera dan beberapa jenis yang I tak tahu namanya.

Sedapnya pisang kalau dibuat cekodok, kan

Homemade roti






Pasar nie agak panjang and bersesak sikit, so kalau sesiapa yang rimas bersesak-sesak..tak payah la pergi. Boleh tension dibuatnya. We all just pusing halfway aje sebab rasa macam tak ada benda nak beli. Semuanya dah dibeli di Filipino Market.

Menanti Ibu dan the rest of the family di tengah-tengah pasar tu untuk senang nak berjumpa.

Masa tengah menunggu Ibu tu, teringat nak call, korek-korek handbag cari HP tak jumpa..ahhh sudah, mana pulak hp I nie, kena curik ker masa sesak-sesak tu...OMG and I dah mula cuak sikit la. Lagi cuak bila Daddy Jack tanya..apalah I nak jawab nie. I suruh die called my number, ada ringing tapi tak berangkat. Bila my family datang, semua dok try called my number..I pun dah tak ada mood, dalam kepaal dok pikir, manalah perginya my HP nie. Daddy Jack dok bising cakap I careless, lagilah I tension dibuatnya. But my instict kata that my hp tercicir dalam teksi yang we all naik from the hotel tadi, and Im so sure about it. So dok pikir-pikir, baik balik hotel sahaja and cari driver teksi tu, manalah tahu die simpankan phone I tu. Perkara pertama yang I buat, matikan sim card tu. Mujurlah ada adik yang kerja Maxis so senang sikit nak buat. After sampai di hotel, the management managed to dapatkan balik pemandu teksi tu and YES !!!!! my hp tertinggal dalam teksi tu. Mujurlah taxi yang tu hanya untuk digunakan oleh tetamu hotel sahaja, so tak pergi jauh-jauh...so berterima kasihlah kepada Uncle Taxi tu sebab simpankan my HP...and after dah dapat balik my HP, Daddy Jack selamba sound I..."Tak merasalah you pakai IPhone 4S.."

Saturday, 14 January 2012

KK Stories-Manukan Island

Hari terakhir kami di KK, dipenuhi dengan aktiviti melawat pulau dan merasa naik bot. Di Sutera Mangellan nie semuanya ada, even bowling and cinema pun ada juga. Tapi since kami tak lama duduk sini, so banyak yang tak dapat dicuba. Kami ambik package di hotel ini sahaja, satu orang RM50 and selama satu hari sahaja. Masing-masing seronok giler, kononnya nak snorkeling.

Sebelum pergi, the kids kena pakai life saver dulu, kat atas bot tak ada saiz budak, so kena cari dulu sebelum naik bot.

Dah puas di darat dan udara, so nak merasa pulak di laut. Seronok bukan main yer.

Danish dah 2 kali naik bot, masa di Sarawak dulu pun dah merasa juga tapi bot kecik aje, taklah sampai kena pakai life jacket semua.

Masa bot dah bergerask, mulut masih bising, pok pet pok pet, ada aja yang nak ditanyanya.

Bila bot dah semakin laju dan kami terhuyung hayang dipukul bila bot dipukul ombak, barulah nampak diam sikit.

Semakin lama gegarannya, so terus memangis nak dengan I, and terus peluk sekuat-kuatnya tanpa membuka mata. Pejam mata ketakutan sampailah tiba di jeti.

Tiba di jeti, ramailah manusia yang baru sampai dan juga nak balik ke hotel masing-masing. Jeti tu sampaikan sesak dibuatnya.

Masing-masing semangat nak snorkeling and main di tepi laut

Hmm, rasanya kami dah tertipu disini. Ikutkan kena bayar seorang RM10 rasanya untuk entry tapi sewaktu I bayar untuk kami semua, nampak aje ada orang yang masuk aje tanpa bayar apa-apa pun. Kami pun tanyalah kaunter tu, kenapa ada yang masuk tak bayar, dengan selambanya die kata, dah ramai sangat so keadaan tak terkawal...senang yer..tak apalah, anggaplah ianya Halal aje..kira sedekah sudah.

Dan yang paling tertipu..ingatkan pantainya bersih, cantik dan juga jernih..hmm lebih kurang sama dengan PD aje. Cehhhh !!!!!!

Pulau nie bukannya mcm Pulau Kapas atau Perhentian. Sana lagi cantik, sini dah kotor. Lagi satu, dalam dasar bawahnya penuh dengan batu-batu tajam so tak berapa seronok nak berjalan dalam air.

Set google kalau tak bawa atau tinggal, tak payah sibuk nak beli baru, disini ada disediakan sewa goggle untuk dewasa dan juga kanak-kanak.

Ryan takut sikit bila bab-bab air nie especially air laut ka. Kalau pool, boleha je berendam lama-lama.

I paksa juga Daddy Jack bawa die masuk dalam air, takkanlah taknak merasa mandi laut, kan?

Tak payahlah sibuk Danish nak menyelam semua..dah tentunya tak nampak pasal air pun keruh semacam aje.

Tak lama pun kami disini, dalam pukul 12 dah balik sebab pukul 2 nak check out dah, then balik KL semula.


Okay, balik pun sama juga..Ryan masih takut dan kuat sungguh pelukannya itu sampaikan tertidur kepenatan.

Masing-masing dah kepenatan, so tak mahu buang masa, kami order room service ajelah, since maalas nak makan di restoran hotel. Lagipun ada Brunch and takut juga nak makan banyak-banyak sebab nak balik, kang sakit perut satu hal pulak.