Iftar yang sungguh mengerunkan
Lepas Traders Hotel, Ayah ajak berbuka di Seri Pacific pulak. Ingatkan tak ramai, rumanya sampai penuih dewan ballroom tu dengan orang. Untuk malam tu sahaja, sampai 600 px sahaja. Makanan pun punyalah banyak, sampai kena buat satu pusingan besar untuk pilih makanan. Dessert bar sahaja dah penuh kuih muih yang menyelerakan.
Rasanya trend buffet kat hotel sekarang nie kena ada kambing golek, baru ramai orang nak datang. Tapi memang ya la, gerai kambing tetap menjadi pujaan ramai.
Nie section untuk goreng-goreng, antaranya....
Keledek, keladi, pisang, dan juga cempedak goreng. Berbeza dengan Traders Hotel, kat sini ada sambal kicap..best, best
Ada section yong tau foo
Bahagian mee and kuay teow goreng. I ambilkan untuk Ryan dulu, sedap mee goreng mamaknya tapi bila I bangun untuk ambil for my food pulak, terus tak sedap. Agaknya die dah penat, masak banyak kali so rasa pun dah so-so ajelah.
Terbaik !!!! siap ada section sup gear box, dan juga mee and bihun sup. tak sempat nak merasa makan sup sebab dah banyak sangat makanan masuk dalam perut.
Gerai Johor, antaranya ada nasi beriani dan juga laksa Johor.
Masakan Jepun pun ada jugak, antaranya Teppanyaki
Penang section, mee rebus and laksa Penang
Untuk dessert, ada ABC dan juga cendol
Air minuman yang pelbagai jenis, ada air tebu, bandung, teh bunga serta tak lupa minuman panas..kopi dan teh.
Section buah-buahan, sedapnya dapat cicah dengan kicap pedas dan juga asam boi.
Satay tak dilupakan. I tengok ada yang ambil sepinggan penuh..boleh habiskan ker?
Section western food pun ada juga, antaranya this kebab and wraps
Pasta section
Apam balik pun ada juga
Warung ayam penyet
Grill section, ada ikan bakar, kerang dan juga ayam
Roti jala and roti canai section
Tak cukup outdoor, indoor pun ada juga beberapa section makanan antaranya pecal, sambal colek dan juga ulam-ulaman.
Aneka jenis kerabu pun ada disediakan.
Hidangan nasi dan juga lauk pauk yang menyelerakan
Sebelum berbuka, bagi my boys makan dulu, kalau tak nanti huru hara jadinya. Alhamdulillah, my boys makan dengan penuh selera, maybe sebab ada banyak pilihan makanan yang mereka suka macam pasta and also satay.
My first pinggan untuk berbuka puasa, didahulukan dengan kuih manis dulu. Sedap serimukanya, lebut pulut dan juga bahaguan atasnya.
Lepas tu mencuba untuk makan nasi pulak..lauk pauk semuanya sedap, tambah sedap bila ada sambal belacan, tempoyak, budu sikita and cencalok. Campur semua, memang sedap.
Then, cuba ambil mee mamak yang agak kurang sikit rasanya dan satay.
Ikan bakar, kerang dan juga ayam bakar dicicah dengan air asam
Last sekali makan bubur kacang and also pengat pisang. Bila makan pengat pisang, rasa macam satu pengalaman yang indah..heheheh, maklumlah dah lama tak makan pengat, pisang, cekodok pisang masa di Adelaide sebab pisang tersangatlah mahal. Kalau nak beli pun, sbb the boys nak makan, kalau nak buat kuih muih ni mmg taklah.
Masa nak balik, tengok orang tengah beratur panjang sambil pegang pinggan, ehhh ??? ada benda yang we all lupa makan ker ? Bila pergi rupa-rupanya....
Ada buffet makan durian pulak. Patutlah orang beratur panjang. Ada bebrapa bakul penuh dengan durian untuk dijamu kepada para tatmu. Siapa taknak makan durian free, kan.
Ryan dok ralit tengok the kirchen crew mengopek durian. Kena tunggu dalam 10 minit jugaklah sebelum die nak bangun dari situ. Apa-apa pun kami pulang dengan perut yang tersangatlah kenyang. Sometimes, I wonder jugak, kalau buffet banyak makanan macam nie, larat ker orang nak makan. Sayang aje bila tengok ambik banyak-banyak tapi makanan tak habis dibuang macam tu sahaja.
No comments:
Post a Comment