Nuffnang Ad

Thursday 12 May 2016

Adventure di Skytrex Shah Alam

Sesekali beriadah dengan aktiviti lasak memang best. We all satu geng beriadah di Skytrex Shah Alam. Tak pernah ke sini tapi selalu tgk IG kawan-kawan maya yang dah pernah ke sini nampak macam best aje.


Sebelum tu kena training dulu untuk memahirkan diri dengan segala peralatan dan juga keselamatan. Semua tu akan dipraktikkan seorang diri kat dalam tu tanpa ada yang membantu.

Kalau tak dapat juga, kawan-kawan yang berada di belakang kita boleh membantu antara satu sama lain.


Dah nak sampai ke penghujungnya after beberapa obstacle yang telah ditempuhi. Mana yang kena memanjat, kena bergayut..macam-macam lagilah. 

Settle semuanya setelah berhempas pulas. Di pertengahan adventure memang rasa nak give up tapi dengan semangat yang diberikan oleh rakan-rakan akhirnya berjaya juga menghabiskan semuanya.

Balik rumah petang tu Ibu ajak dinner di Serai Pavillion. Perut memang dah lapar, so pelawaan Ibu tentulah ditunaikan. Siap semua, lepas Maghrib bertolak semua ke Pavillion. Dalam kereta dah terfikir nak makan burger dia yang sedap tu.

Kebetulan pula, Ibu membawa tetamu dari Indonesia berjalan-jalan so kita pun tumpang la sekali berjalan-jalan disini, melihat-lihat apa-apa yang berkenan dan terbelilah beberapa barangan. Terima kasih, Ibu belanja, lain kali belanja lagi ya.


No comments:

Post a Comment