Nuffnang Ad

Sunday 9 October 2016

Hujung minggu

Hujung minggu adalah hari untuk berjalan-jalan bersama keluarga, tak kisahlah ke mana janji keluar berjalan. Selalunya we all melepak di shopping mall ajelah, mana lagi nak perginya dengan cuaca yang panas terik. Kali ini kita ke One Utama, saja berjalan-jalan sambil tinjau-tinjau kedai. Pokemon menjadi kegilaan sekarang ni. I ada juga apps ni tapi main bila perlu ajelah, tak taksub mana sangat pun.

Sampai aje terus mencari tempat makan, Madam Kwans la apa lagi. Char Kuay Teaw dia sedap sangat, makan dengan cili potong terangkat.

Sebagai hidangan penutup, dessert Banana Fritters with ice cream tak pernah dilupakan. 

Tak lama lagi nak menyertai my first marathon, so kenalah mencari kasut yang sesuai.

Dah petang balik rumah, lapar balik so menyinggah pulak NZ pekena tandoori ayam untuk makan malam.

Dan pagi ini, aktiviti di padang berjalan seperti biasa. Kali ni ramai yang tak datang sebab terlibat dengan aktiviti sukan sekolah masing-masing.

Dah siap dah hidangan untuk lunch hari ini, Ayam Masak Bali. So marilah kita bergembira di hujung minggu.

No comments:

Post a Comment