Dulu jarang nak pergi Pasar Malam Melawati, tapi sekarang ni kerap juga pergi at least seminggu sekali pergi beli buah ataupun makanan kalau malas nak masak. Pasar Malam Melawati buka 3 hari seminggu, Selasa, Khamis dan juga Sabtu. We all selalu pergi on Saturday la cos hari lain memang tak sempat dah.
Makcik favourite kalau ke pasar malam ni, beli apam balik dan kuih lepat pisang dia. Lepat pisang dia sebijik macam arwah mak buat time we all kecik-kecik dulu, memang sedap.
Kalau ke pasar malam ni, suka sangat memborong buah dalam bekas ni, harga memang murah especially buah naga ni. Selonggok dalam 4 biji for RM10. Beli 2 bekas and makan setiap hari, sejuk-sejuk letak dalam fridge, nyamannnnn.
Kadang anak-anak suka makan laksa ataupun mee sup, tapi kali ni I try makan laksam la pulak. Balik rumah, potong buah and makan sama-sama.
Kalau tak ke pasar malan, kadang-kadang the boys dah lapar sangat singgah la gerai-gerai tepi jalan untuk beli makanan, antaranya apam balik ni tapi memang tak dapat tandingi apam balik makcik pasar malam tu la, rasa dia lain sikit. Mungkin tangan orang tua kan, campak aje bahan jadi sedaplah.
No comments:
Post a Comment