Nuffnang Ad

Showing posts with label Gina's work. Show all posts
Showing posts with label Gina's work. Show all posts

Friday, 13 October 2017

PSRA

Seminggu selepas habis UPSR, Danish kembali menduduki peperiksaan PSRA pula. Walaupun ada kawannya yang tak ambil tapi tak jadi masalah pun kalau ambil. Biarlah ambil pun, tak ada ruginya. 

Peperiksaan PSRA selama Isnin hingga Jumaat, paper petang dalam pukul 2:40 - 4:40 so sempat jugak la I jenguk masa rehat persiapan dan juga sesi beratur sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Bila balik, semua dah kelaparan aje. So singgah la beli burger Rosli berdekatan dengan rumah.

Kalau setiap hujung bulan, kerja sebagai cikgu adalah menutup buku kedatangan bagi setiap bulan. Walaupun dah berapa tahun jadi guru kelas, tapi masih lagi tak hafal cara kiraan.

Kebetulan pula bila Lady Boss belanja makan, tapi since I on diet, but I bawa bekal I sendiri, so makan ajelah bekal and sometimes bekalan I lagi sedap rupanya.

Tuesday, 25 July 2017

Jalinan Mesra Aidilfitri 2017

Seminggu selepas naik cuti persekolahan, busy pula dengan sambutan raya di tempat kerja. Persiapan hanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja, tolak dengan busy mengajar lagi. Mujurlah ada 2 students yang membantu menjayakan persiapan deco pentas untuk kali ini.

Tema kali ni hanya menggunakan kotak-kotak kadbod sahaja, untuk jimatkan duit. Lagipun macam trend sekarang ni kalau tengok mana-mana deco pun banyak gunakan deco yang ala-ala macam ni.

Contoh terdekat adalah fashionvalet yang menggunakan tema macam ni so kita ceduk la idea sana sikit tapi taklah tiru bulat-bulat, kan. Kita kena kreatif la sikit.

Beria betul my students mendeco all the props, semua siap dalam tempoh seminggu sahaja.

Jadilah konsep Keluarga Mak Minah, lebih kurang keluarga I aje ni.

Terhasillah deco pentas untuk sambutan raya yang simple, tak perlukan budget yang banyak dan juga bertepatan dengan konsep yang diminta oleg Program Director.

Makanan yang dibawa oleh students secara potluck juga meriah sangat. Sporting betul parents bekalkan makanan yang best-best.

Siap buat candy buffet style lagi. Nampak cantik dan meriah sangat.

Aduh, dessert bar ni membuat hati pun tertawan dengan kesedapan kek batik, muffin, brownies dan juga kuih muih raya.

Ada pertandingan stall tercantik dan we all menang stall terbaik untuk peringkat sekolah menengah.

Persembahan istimewa daripada Ismail Izzani, yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. I pun pernah jadi cikgu kelas aka Mentor kepada Ismail Izzani ni, until now masih contact and keep in tough with his mom, Datin Suliza Salam.

Bergambar bersama-sama rakan-rakan sekerja yang bertungkus lumus memastikan agar semua perjalanan majlis sambutan raya berjalan dengan lancar dan meriah.

Thursday, 8 June 2017

Potluck pejabat

Seminggu sebelum puasa, we all satu office pakat-pakat untuk buat potluck sebelum puasa. So banyak makanan yang dibawa oleh kawan-kawan office sampai penuh meja dengan pelbagai jenis juadah makanan.

Tengok, banyaknya makanan samada yang beli, tempah ataupun buat sendiri. Semoga murah rezeki officemate ku semua sekali.

Lepas solat Jumaat, mencuba kopi baru di Shell MRR2, Costa Coffee yang popular di UK.


Tiada barista macam di Starbucks, so self vending machine. Senang aje nak membuatnya

Boleh buat air panas dan juga sejuk. Rasa pun sedap juga. Kena tunggu lepas bulan puasa la nak cuba lagi cos kalau malam-malam minum kopi, takut tak boleh tidur pulak nanti.