Nuffnang Ad

Showing posts with label coffee culture. Show all posts
Showing posts with label coffee culture. Show all posts

Thursday, 8 June 2017

Potluck pejabat

Seminggu sebelum puasa, we all satu office pakat-pakat untuk buat potluck sebelum puasa. So banyak makanan yang dibawa oleh kawan-kawan office sampai penuh meja dengan pelbagai jenis juadah makanan.

Tengok, banyaknya makanan samada yang beli, tempah ataupun buat sendiri. Semoga murah rezeki officemate ku semua sekali.

Lepas solat Jumaat, mencuba kopi baru di Shell MRR2, Costa Coffee yang popular di UK.


Tiada barista macam di Starbucks, so self vending machine. Senang aje nak membuatnya

Boleh buat air panas dan juga sejuk. Rasa pun sedap juga. Kena tunggu lepas bulan puasa la nak cuba lagi cos kalau malam-malam minum kopi, takut tak boleh tidur pulak nanti.

Sunday, 23 November 2014

Teatime at Tim's Teapot Terrace

Dah beberapa kali dah we all minum petang di Tim's Teapot Terrace cafe ni, bila ambil anak-anak balik sekolah kalau ada waktu sure akan singgah disini menikmati cake serta teh berperisa yang sedap-sedap tu.

Kadang-kadang mencuba benda lain pulak, macam waffle with ice cream and maple syrup ni..mak aii sedap tak terkata.

Makanan pun masih belum banyak lagi, just some savory and sweets aje, okaylah tu kan. Itupun dah sedap-sedap dah.

Facade kedai yang comel, memang mengundang untuk mengunjunginya beberapa kali tanpa rasa jemu.

The most favourite katanya, Nutella Chocolate Cake, but for me mmg amat manis so just makan sikit and, lain share sesama yang lain.
 
  
Mana tak gemuk kalau asyik ambik yang sugar aje, so kena kurangkan sikitlah benda-benda manis ni.
 
So cosy bila lepak dalam ni, dengan hiasan ala-ala English serta deco teapots yang didapati dari pelbagai tempat di dunia ni.

Malas nak ke gym, so kita berlari dengan apa sahaja kelengkapan yang adalah. Jangan nak mengelat, badan pun dah terasa over weight dah ni.
 

Sunday, 24 August 2014

New lepak place

Tempat melepak baru di area Wangsa Maju, disebelah Burger King depan NZ. So jumpa sini pun cos baru perasan ada outlet kar sebelah BK ni. So masuk, happening juga tempat ni. Kebetulan perut pun dah kenyang, so kita makan yang light ajelah.

Churros, Bruschetta dan Latte menjadi pilihan. Ada juga menu pasta tapi tak larat nak cuba, lain kali ajelah datang lagi.

Wednesday, 6 November 2013

McCafe is here !!!

Kadang-kadang bila pagi tak sempat nak breakfast kat Mamak, just makan breakkie wrap kat McD aje, the coffee still sedap macam dulu jugak.

Kadang tu, kalau balik rumah, on the way singgah dulu kejap kat McD di area Damansara, belilah meal then makan dalam kereta, kalau takpun makan chocolate sundae di kala panas.

Whoaaa !!! Now Malaysia dah ada McCafe, barulah best nak lepak berbanding kat Starbucks yang macam rasa kat Kopitiam aje dah.

Nearly a perfect latte, not so bad after all. Now the latte at Starbucks dah cair, tak mcm dulu-dulu. Nowdays melepak di Starbucks dah tak macam dulu lagi, terlalu komersil sangat, penuh dengan orang-orang yang bersembang mengenai business mereka yang berjuta-juta, then students yang datang buat assignments, siap bawa extension cables  lagi untuk charge laptop dan juga handphone. Ada beberapa kawan yang mencadangkan beberapa coffee place yang sedang naik di KL ni tapi entah bilalah dapat nak melepak kat sana.

Dah jadi ketagih pulak nak mendapatkan my Hazelnut latte di McCafe, tak kiralah waktu pagi atau lunch hour.
 
Okay, jom teman I mengopi petang ni, sesejuk lepas hujan ni best jugak dapat minum Caramel Latte with Lava cake, kan...see ya at McCafe !!