Nuffnang Ad

Showing posts with label condolences and sympathy. Show all posts
Showing posts with label condolences and sympathy. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

Perginya Tok Abah kesayangan saya

Petang semalam, kira-kira dalam pukul 6 petang di Adelaide, I menerima satu perkhabaran sedih. Tok Abah kesayangan saya telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital. Inilah datuk yang paling rapat dengan I. Tok Abah ni ayah Ibu, so Ibu dah kehilangan kedua-duanya sekali.  Banyak kenangan saya bersama Tok Abah ini. Antara yang paling I tak boleh lupakan..kenangan mengajar mengaji bersama Tok Abah. Dulu Tok Abah merupakan imam dan juga ketua kampung di Kampung Bumi Hijau, Setapak. Selalu mengajar mengaji budak-budak di sekitar kampung tiap-tiap petang. Tak kiralah cucu atau tidak, bila kena marah tetap kena marah. My adik, Kak Nyah ada ceritakanserba sedikit jasa dan kenangan bersama Tok Abah.
ini Tok Abah Saya...

Anta saya naik Basikal Tua pergi Tadika Kemas Kampung Bumi Hijau. Balik Tadika,Tok Abah jemput saya.Tengahari saya tolong sikat kelimumur rambut dan cabut uban dia. Dapatlah upah 0.50sen.Petang pergi mengaji kat surau sbb Tok Abah saya Ustat.Saya pernah sekali kene rotan dalam surau sbb bergaduh dengan budak lelaki (ini kes kat sekolah lagi dah carik pasal).Sebelum maghrib saya ikut Tok Abah saya isi minyak generator sebab kitorang takde bekalan elektrik masa tu,maklumla setinggarden...Mandi petang kat perigi sebelum adanya kolah air kt dalam rumah. Kadang-kadang ada org datang rumah carik ustat sebab anak dorang degil,nangis malam,malas blaja,demam mintak Tok Abah buat air penawar.

Malam,tak cukup api generator,Tok Abah saya pam Lampu Gasoline. Kalau malam banyak kelekatu,Tok Abah Saya nyalakan lilin pastu mak letak lilin dalam talam takung air. Kalau saya kene gigit nyamuk,Tok Abah Saya sapu abu rokok kat tempat kene gigit,takmau bg rasa gatal.

Tok Abah Saya pandai bertukang. Frame Sijil Tadika saya Tok Abah yang buat,tapi frame tu dah tiada hangus masa rumah Ibu saya terbakar. Bila Tok Abah saya ketam papan,saya leka tengok dia buat kerja.Tok Abah Saya suka tunjuk cara sembelihan ayam,bile ada org mintak tolong,nanti saya kejar ayam tu sampai la tak bernyawa lagi.

Murah rezeki Tok Abah saya sebab dapat bukak kedai runcit. Apalagi Jajan,Asam dan Air Gas sentiasa saya kebas. Saya tahu Tok Abah Saya tahu saya ambil.Memang seronok bagai nak gila bile dengar pembekal-pembekal "regular" tok abah datang,masa ni la nak ngececk stok.Ah Chai & Babu adalah muka biasa yang selalu kene paw. Saya lupa nama orang yg supply ice. Tok Abah Saya ajar saya macamana nak kira duit jualan dengan cepat,bia senang nk pulangkan duit pembeli.

Tok Abah Saya suka bercerita,kalau cerita Zaman Jepun tak pernah lekang dia ingatkan saya. Dia angkat senapang lawan jepun dia juga sendiri lihat kawan dia kene pancung kepala dengan askar Jepun dalam kebun getah.Dia selalu ingatkan saya hidup kita susah masa zaman itu,awak sekarang dah senang..tapi itu semua jangan lupa (ye saya ingat abah.)

Al-Fatihah..
Menurut Ibu, Tok Abah dah seminggu tak nak makan dan minum. Dah nampak lemah sangat. Minggu lepas, Kak Cik pergi temankan Tok Abah di hospital. Ini gambarnya di hospital. Bila I tengokkan gambar ini, rasa sayu sangat sebab nampak sangat Tok Abah sedang sakit dan terlalu kurus.

Melihatkan gambar yang dihantar oleh sepupu I, Kak Teh membuatkan saya bertambah sedih. Bila wayar-wayar drip itu diletakkan sama, macam gambar arwah mak dulu.

Nurse terpaksa mengikat tangan Tok Abah di tepi katil sebab Tok Abah akan meronta untuk membuka drip tu. 


Al-fatihah buat Tok Abah kesayangan saya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, 27 April 2012

Kau pergi tak disangka


Seminggu dah I tak menulis apa-apa disini, seminggu yang cukup menyedihkan. Jumaat lepas, dapat berita yang paling mengejutkan bila adik sepupu I telah pulang ke rahmatullah secara tidak dijangka. Jumaat pagi kira-kira pukul 6pg (waktu Adelaide) I bangun untuk Subuh, sebelum tu sempat tengok handphone dulu. Tengok ada sms dari Ayah yang beritahu sidang Parlimen tamat pukul 3.21 pg (waktu Malaysia), satu rekod dalam sejarah Malaysia. Then tengok Kak Nyah and Abby ada hantar Whatsapp..masing-masing tanya samada I dah tido atau dah bangun. I pun tak pikir apalah, maybe mereka ada benda nak cerita. Then I buka FB, tengok my adik-adik, and my cousin dok post psl my late sepupu nie. I mulanya rasa macam bermimpi so call rumah Malaysia, Ayah yang angkat so I tanya Ayah, Ayah cakap, mmg betul but Ayah tak tahu details sangat sebab Ayah baru balik, so kena tanya Ibu but Ibu still tido lagi. After letak phone tu, still rasa tak puashati, so I pun called my Ucik tanyakan berita itu. Belum cakap apa-apa lagi, masing-masing dah menangis sebab terlalu sedih mendengar berita itu.

Arwah meninggal akibat kemalangan jalanraya di Sungai Buluh. I pun tak tahu details macama kejadiannya tapi lebih kurang like kereta langgar belakang motornya then kereta dari depan seret Arwah sehingga 100m. Arwah nak balik ke Nilai waktu tu. Ya Allah, rasa sebak sangat bila kakaknya bercerita pada I semuanya. Masa jenazah samapi ke rumah, I nak sangat tengok wajah jenazah, nak suruh adik I ambik gambar, then MMS ataupun buat video call aje tapi separuh hati I tak sanggup nak lakukan. I bertanyakan Ibu samada Ucik and Cik Din okay cos Ayah Arwah ada sakit jantung but Ibu kata so far okay aje, cos masa jenazah sampai orang ramai lagi. But, I tahu, Ucik macamana...sure sedih yang teramat sangat. Anak bongsunya, tambah pulak dulu pernah kehilangan adik bongsu yang juga meninggal didalam kemalangan motor juga.



Oktober tahun lepas, Arwah sempat datang ke Adelaide bersama Ibu dan Hannan. I jaga makan dan minumnya selama 2 minggu, bawa pergi jalan-jalan sekitar Adelaide. So, masa I dapat berita on Friday tu, air mata memang tak berhenti menangis. Buka FB tengok gambar dan ucapan takziah dari kawan-kawan rasa pilu sangat-sangat. Maybe orang akan cakap ala, cousin yang meninggal so tak payahlah emosi sangat..ni bukan sebarang cousin, cousin yang paling rapat diantara kami.



Al-Fatihah buat Ahmad Azlan bin Jamaluddin (6 Jun 1992 - 19 April 2012). Semoga Adik tenang disana. Yong akan sentiasa mendoakan agar Adik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Thursday, 17 February 2011

KepadaNya Mak kembali

Sabtu lepas, kami sekeluarga diselubungi dengan kesedihan dimana nenda tercinta telah pergi menyahut seruan Ilahi. Pemergiannya diratapi oleh anak-anak, menantu, cucu, cicit serta saudara mara yang datang dari jauh dan dekat. Tak ketinggalan juga jiran tetangga yang sudi memberikan penghormatan terakhir kepada Mak.

I will tell about Mak in my next entry. So far, kami sekeluarga telahpun menyempurnakan 3 hari tahlil untuk Arwah Mak. Insyallah, kami akan membuat tahlil sempena 7 hari pemergian mak di Nilai.

I was so sad on that day, sebab I tak dapat pergi ke kubur kerana keadaan yang tidak mengizinkan untuk pergi. Tapi I bersyukur sangat sebab dapat memandikan Arwah Mak buat kali terakhir.

Allahyarhamah Hajjah Fatimah binti Pilus
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat serta keampunan ke atas rohnya serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin
Al-Fatihah


We miss you, Mak

Monday, 6 September 2010

Berita mengejutkan

Al-Fatihah to my aunty, Arwah Haniza Haril yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Satu kehilangan besar kepada keluarga Pah Yang dan pemergiannya aman mengejutkan kami semua.

Kematiannya tak tahu kenapa, some say mcm internel bleeding cos mengandung luar rahim, apa-apa pun kena tunggu post mortem dulu. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..................

Wednesday, 4 August 2010

Terkejut sangat

I didnt have chance to surf the net, dah malam sikit baru layan, so bila Lin mesej memberitahu satu berita yang agak mengejutkan, I'm shocked and stunned..my officemate, Azian's dad passed away and it all over the news. Baca here, and some another major Malaysian newspaper.

pic from Azian's FB page

Azian's father, Allahyarham Dato' Abdul Aziz Mohd Noh is a very nice man. Even arwah and my Ayah saling mengenali sesama mereka thru politics. Azian will always talk about his dad. I remember masa Azian tengah nak menyiapkan her assignment for her Master, her dad siap temankan die, bagi pendapat and even bacakan some of the books for her. They were closed, and so does Azian's son, Iman.

To Azian and family....I was deeply saddened to hear of your loss. My thoughts are with you, hold tight to memories for comfort. I will call her, maybe ina few weeks time, nak bagi Azian berehat-rehat and tenang dahulu. Im so sorry, I cant be there with you, dear so I will sedekahkan Al-fatihah to arwah Dato' Abdul Aziz Mohd Noh.....Al-Fatihah