Nuffnang Ad

Thursday, 9 February 2017

The Legoland Hotel - The activity

Lama betul nak habiskan marathon Legoland ni ya...sorry ya, banyak yang perlu dibuat so blog pun terabai. Okay ini last entry psl Legoland. Hari terakhir di Legoland dah pun.

Sebelum tu, kita berendam dulu di pool. Mujur pool sebelah bilik aje, so tak perlu nak turun naik lif semua.

Last view from the room, lepas ni we all datang balik ya, Insyallah

Explore dulu mana yang patut di sekitar Lobby. Memang berbaloi bayar untuk holiday disini. Semua orang berpuas hati.


Dah check out, ada pula activity for kids yang disediakan. So kita lepak dululah sebelum balik kat sini.

Tak ramai pun nak join, so peluang nak menang tu macam ada jer...hihihiihi

Sementara the kids buat their activity, Daddy jack masih tak habis-habis menerokai setiap patung-patung di sekitar Lobby yang menggunakan bricks semata-mata.

Wehuuuu, Danish dapat 1st place, so dapatlah small token from pihak hotel.

Ryan mendapat tempat kedua, so tak dapat hadiah just dapat certificate aje for participation. Tak kisahlah, janji ada, kan. 

Wednesday, 8 February 2017

The Legoland Theme Park - Part Three

Akhirnya dapat juga we all masuk mini gallery Star Wars ni, walaupun we all bukanlah peminat cerita Star Wars pun, tapi disebabkan LEGO, we all masuk la juga.

Dalam pukul 6 we all bergerak ke taman mini pula, melihatkan Bangunan Istana Bukit Serene ni cantik sangat hasil menggunakan blok LEGO sahaja.

Ada pula Stadium Larkin, salah satu tarikan baru. Siap ada chant pasukan JDT lagi kat sini, serius memang hebat la.

Tengok KLCC, rindulah KL 

Masa untuk bershopping LEGO. Masing-masing dah ada pilihan sendiri cuma katanya tak banyak pilihan macam di KLCC


Orang ramai dah makin kurang, maklumlah tak ramai yang bersemangat nak habiskan waktu melawat macam we all, hanya kami aje yang buat keje giler ni.

Tepat jam 8 pm we all pun nak keluar dah, staff Legoland tolong ambilkan gambar kami sekeluarga ni tanda we all semua yang paling akhir sekali keluar dari taman tema ni.

Janji dikotakan untuk masuk seawal pagi and keluar sampai dah nak tutup. Berbaloi la beli tiket mahal-mahal so tak terasalah sangat.

Muka dah letih, berlengas tapi masing-masing tetap happy malah sempat lagi nak posing tu

Badan letih, otak pun tak begitu nak berfikir so makan lagi sekalilah disini. Makan pun macam dah berapa lama tak jumpa makanan sebab sedar-tak sedar hanya makan tengahari sahaja, so kat sini makan macam dah kelaparan tahap dewa dah.

Sunday, 5 February 2017

The Legoland Theme Park - Ninjago

Ninjago ni baru dibuka bulan November lepas, tu yang Daddy Jack beria-ia mengajak pergi ke Legoland.

Seronok juga naik ride baru ni, terjerit-jerit semuanya nak menghabiskan task yang diberikan. 

Dari kecil lagi the boys dah layan kartun Ninjago, dari episod 1 sampai la sekarang, character yang jahat pun dah bertukar ganti. We all even pernah buat birthday party bertemakan Ninjago.

Daddy Jack as always la, stuck dulu kat sini. Tengok-tengok mana yang belum ada dalam koleksi lagi.

Datang Ninjago punya tempat ni seronok tengok all the characters yang dibuat dengan menggunakan 100% bricks from LEGO and menjadikan sumber inspirasi Daddy Jack untuk membuatnya di rumah, katanya.


Then ada persembahan pula disini, terlepas show pertama, tunggu show yang kedua pula.

Seronok melihatkan kesungguhan para aktor melakonkan babak-babak dari siri Ninjago. Kalau ada rezeki, we all akan kembali lagi.

Hmm, masuk tempat Ninjago ni aje untuk lawatan kali ni dekat 3 kali keluar masuk. Masing-masing macam tak puas nak main ride dia tu. As for Daddy Jack, setiap sudut ada sahaja yang diambilnya gambar, sure adalah idea dia tu.

Ni entry kali ketiga, masing-masing berlari aje nak masuk dalam

Bergambar bersama Khai, salah satu character favourite keluarga juga ni. Ada rezeki, nanti kita akan datang lagi, Insyallah.

Thursday, 2 February 2017

The Legoland Theme Park - Part Two

Semua nak merasa naik roller coaster Dragon's Apprentice ni, lepas naik pastu semua mintak ampun tak nak naik dah sebab kecut perut dah masing-masing. Janji dah cuba, kan.


Then cuba pulak Beetle Bound ni. Yang ni I tak join la, takut termuntah pulak

Nak merasa basah di Dino World ni tapi tak ada siapa pun nak layan I nak naik ni, sebab masing-masing malas nak basahkan baju.

Then, kita explore pulak di Imagination World, nak juga tengok apa yang baru disini

Mencuba juga naik Merlin's Challenge ni, berpusing-pusing sampai pening

Nak masuk di Miniland Star Wars ni tapi tak dapat cos tak ada elektrik, kena tangguh dulu

I dah tak mampu dah nak naik Technic Twister ni, mana dengan pening naik roller coaster pun tak habis lagi, maunya muntah kat situ jugak.

Lepak kejap di Cool Hut, mencari makanan untuk dimakan cos dah lapar balik dah 


Simple aje makanan kali ini, beef lasagna dan juga chicken sandwich aje pun dah kenyang dah sementara nak tunggu makan malam.

Cakes and sweet treats pun ada disini, nampak sedap-sedap semuanya

Main lagi bot di Boating School ni, sebab tengok tak ramai yang beratur panjang

Dah letih jalan and main all the attraction, so nak cuba untuk naik train pulak. Badan pun dah berminyak and ketibas semua ada dah.

Muka masing-masing pun dah lemau aje tapi demi Legoland, semua nampak bertenaga aje lagi


Nampak ramai orang beli botol minuman yang pa njang-panjang, rupanya beli di beberapa kiosk yang ada di sekitar then boleh refill lagi. Best betul.

Dia sorang ajelah conquer air tu, letak pulak Iced Lemon Tea, lagilah seronok

Mencuba beberapa aktiviti di Imagination.

Inilah tempat yang Daddy Jack nak sangat pergi, his favourite Lego character...NINJAGO