Nuffnang Ad

Monday, 25 April 2011

Mood:Cuti sekejap

Sekarang nie I berada di JB bersama-sama family, take a break sekejap. Ikut Ayah sebab Ayah ada event di sini. We all sampai semalam, dalam pukul 8 mlm. Sepanjang perjalanan KL-JB, hujan agak lebat and we all menyaksikan mat rempit menyabung nyawa di atas jalan. Seram tengok. I nak ambik gambar, tapi Daddy Jack tak bagi takut kena diapa-apakan oleh geng-geng merempit nie.

Sunday, 24 April 2011

Harmony Day

A week before balik Malaysia, sekolah Danish organised one event untuk the whole school, Harmony Day. Para pelajar yang luar dari Aussie diminta berpakaian tradisional negara masing-masing, kalau takpun pakai baju warna oren. Danish nie manalah ada baju warna oren, so mulanya die taknak pakai baju melayu tapi last-last die setuju jugak.

I and Ryan tak ikut sekali ke majlis ini sebab Ryan kan baru baik demam so taknak demamnya datang balik, walaupun Ryan dah sihat. We all kan nak balik Malaysia si taknak demamnya berpanjangan pulak. Daddy Jack aje yang pi sekolah, lagipun kali nie acara die dibuat waktu pagi.

Rupanya sesiapa yang memakai baju kebangsaan, kena buat perarakan di depan para pelajar yang lain. Menurut Daddy Jack, tak ramai yang berbaju kebangsaan.





Wakil anak-anak dari Malaysia, anak-anak Kak Shidah, Danish and anak my neighbour, Humaira.

Berkumpul di padang untuk break out session. Daddy Jack pun tak tunggu lama sebabnya die ada appoinment dengan his supervisor at noon.

Saturday, 23 April 2011

Majlis Aqiqah Baby Emil

On last weekend, we all dijemput ke majlis aqiqah dan cukur jambul sepupu Daddy Jack, Kak Ham di Subang Mutiara. Tak plan nak pergi pun, tapi since semua saudara mara belah Daddy Jack ada, so we all pun lepak la sana jugak. Panas ya rabbi masa nie, sakit rasa kulit dibuatnya.

Masa we all sampai, acara dah nak habis, geng-geng marhaban pun dah selamat berselawat dan juga berzanji.

Bagus baby Emil nie, sepanjang majlis cukur jambul, dia tidur aje, tak bising pun. But after the majlis die agak cranky sikit sebab maybe panas berbaju melayu.

Ohhh sedapnya dapat makan macam ini..nasi beriyani, ayam masak merah, kari and dalca tambah terangkat bila minum air sirap ais..ohhhh heaven baby !!!!!

Friday, 22 April 2011

Adelaide-Melbourne-KL

On last Wednesday 13/4/2011, we all kembali lagi ke Malaysia, kali nie bukan untuk bercuti tapi Daddy Jack balik nak collect data di sekolah-sekolah di Selangor. Perjalanan wall kali nie agak mencabar sebabnya we all kena transit ke Melbourne cos ticket direct flight from Adelaide tak ada, full house semuanya so nak taknak kenalah we all transit ke Melbourne after bermacam-macam cara fikirkan. Tiket yang available from Adelaide hanya selepas 23hb so mmg tak mahu tunggu lama lah kan.

Antara cara yang we all fikirkan, nak drive rent car sampai ke Melbourne yang mengambil masa 8 jam..itu belum pikir nak berhenti-henti, so tak mahu tanggung risiko. So we all decided ambik flight ajelah, naik Tiger Airways seawal pagi then ambik flight from Melbourne aje. From Melbourne ada Air Asia and MAS, tapi bila tgkkan harga MAS and AA cuma beza AUD100 sahaja, so baiklah we all naik MAS. Lagipun AA flight die dalam pukul 9.35 am and we all dijangka sampai di Melbourne from Adelaide lebih kurang 7.30 am, pun tak nak ambik risiko manalah tahu flight from Adelaide delay, nahaslah kami. So, we all ambik MAS ajelah sebabnya flight pukul 3 pm, nak taknak kenalah bertunggu tangga di airport lah jawabnya. Ayah as usual, bila dengar we all nak transit apa semua, tak senang dibuatnya, siap tanya Tiger Airways tu macam mana, okay ker tak, even Ayah nak sponsor aje naik MAS from Adelaide naik Business Class takpun Singapore Airlines....ohhh tak payahlah, harga untuk sehala aje yang membeliakkan mata dah.

Bosanlah airport Melbourne nie, tak tahu dah nak buat apa dalam amasa 7 jam. Even kedai-kedainya pun agak bosan jugak, jual benda yang sama aje. The boys la yang syok sebab bermain sakan. Nak tunggu check in memanglah lama. We all tak keluar pun from airport sebab takut terlambat and mcm-mcm hal nanti, kan. Punyalah lama tunggu sampai dah nak masuk departure hall, Ryan ajak balik sebab dah bosan sangat.

We all berlepas lambat sikit, tak pastilah apa sebabnya, rasanya runaway sesak sikit smaybe banyak pesawat nak berlepas kut. Flight penuh, so banyak seat kosong but Alhamdullilah rezeki kami, ada satu seat kosong so dapat la the boys tidur dengan selesa.

Ryan tu dah tidur sekejap sebelum naik flight and was like..alamak, sure die tak tidur lagilah dalam flight nanti.. tak lama lepas tu, dalam 10 after takeoff die pun sambung tidur balik. Hmm, selamat so layanlah movie jap, The Tourist...tapi tak tengok habis pun sebab I pun dok tersengguk-sengguk sebab bangun awal pagi, kan.

I suka dengan layanan flight kali ini, the flight crew hidangkan makanan untuk kids dulu,sebab die tahu kan anak-anak kena diberi makan dulu, kalau tak tak senang bapak nak makan. Kebetulan the boys tibut they still servekan makanan. Kalau flight masa I balik from Adelaide dulu, anak kita tidur, they all tak hidangkan, bila dah bangun, baru nak hidangkan..udah tidak.

Kesian the boys, they all memang penat sangat. Mana taknya, kena kejut pukul 3 pagi sebab nak bersiap ke airportwe all keluar rumah dalam pukul 430 am, then flight ke Melbourne pukul 620 am, lepas tu bermain-main di airport selama 7 jam, udahnya tumbang di dalam flight ke Malaysia. Syok aje tengok mereka tidur.

I minta beef kurma as my dish, Ryan pulak I minta Roast Chicken sebabnya die memang sukakan ayam, tapi masa I pilihkan menu, Ryan tengah syok tidur.

Sekali bila die bangun, terus nak nasi, so bertukarlah makanan dengannya. Tapi selang-selikan juga dengan makan ayam panggang tu. maybe sebab lapar sangat, kan....tu yang berselera nak makan.

Perjalanan yang terlalu lama membuatkan Danish pun bosan. Tidur bangun tak sampai-sampai lagi. Memang bosabalik kali nie sebabnya ingatkan ikut Melbourne lagi dekat rupanya lagi jauhlah..siap lalu Adelaide lagi. I cakap dengan Daddy Jack, kalau ada rezeki nak balik lagi, please la balikambik direct flight from Adelaide aje, dah tak sanggup lagi dah, transit-transit apa bagai nie, letih la.

Aduh !!!! bila tengok map depan screen kata lagi a few kilometre lagi nak sampai Malaysia, punggung pun dah rasa bangun aje sebab dah kematu dah duduk aje. Punyala lama dalam flight, ada mat salleh dok berlari-lari anak lagi dalam flight. Masa sampai di kawasan Indonesia, adalah beberapa kali mengalami turbulence, takut jugak, mulut nie dah terkumat kamit dah dibuatnya.

We all pikir, tak mahu susahkan sesiapa ambik we all di KLIA, pikir nak balik naik ERL aje, tapi disebabkan penat dan barang yang banyak, hasrat itu terpaksa dilupakan sahaja. Only Ayah dan Ibu sahaja yang ambil we all.

Lega dah sampai....selama seminggu we all cuma duduk rumah, berehat aje. But, adalah jugak keluar jalan-jalan tapi taklah macam balik first time dulu.

Ni la Surprisenya

Nie la surprise yang I maksudkan...I dah seminggu ada di Malaysia. Sampai Rabu lepas, seminggu duduk rumah aje, tak mahu kejadian macam balik pertama kali dulu berulang kembali, tak cukup rehat semuanya muntah-muntah...so rileks ajelah.

Thursday, 21 April 2011

Die pun heran

Bila bangun pagi, Ryan heran tengok muka Danish yang berconteng apa bagai tu. Kenapa pulak muka nie berconteng?

Pelik tak ? so akan bersambung di next entry....

Wednesday, 20 April 2011

Alangkah sedapnya waktu petang bila....

Hmmm. waktu petang akan lebih indah bila dapat makan pisang goreng cicah kicap, sambil minum secawan Nescafe panas, kan. Tapi di Aussie, pisang mahal lah, so telan air liur ajelah tengok gambar nie.

Aduh !!! nie lagi tak tahan, pau inti sambal...nie boleh aje buat kat Aussie, uli pakai breadmaker aje tapi tak tahulah nak buat bila...

Tiada di Adelaide

Homemade burger by Hannan Manan

Nasi beriani orang kahwin

ABC and air cincau

Char kuay Teow

Rojak buah

Donut lembut mcm Sun Moulin, KLCC

Mee kari from Little Penang Cafe

Roti John Pasar Malam Taman Melawati

Roti Canai Masjid Negara

Kek Coklat Petronas, Seksyen 7 Shah Alam

Pulut Mangga Carrefour Wangsa Maju

Keropok lekor from Terengganu

Sudah...meleleh dah air liur nie. Buat-buatlah bersabar yer.