“Every moment of your life is infinitely creative and the universe is endlessly bountiful. Just put forth a clear enough request, and everything your heart desires must come to you.”
Nuffnang Ad
Tuesday, 13 September 2011
Dah puas makan Melayu, cuba Cina pulak
Lepas berpenat melayan tetamu di majlis open house siangnya tu, malam kami pergi makan di The Swan, as I said before kalau balik Kuantan kena makan disini, tak boleh tidak. Lagipun, muak dah makan ketupat and pelbagai hidangan raya so nak juga makan nasi. Mana nak cari kedai Melayu yang buka di raya kedua nie so kenalah makan di The Swan.
Danish memang suka makan disini, suka sangat dengan Nasi Goreng Cinanya. Ryan pulak dengan Sharks's Fin soupnya.
Since ramai, so kena gunakan 2 meja. Kali nie memang seronok sebab semuanya ada. Selalunya kalau balik Kuantan, ada aje yang tak dapat balik sebab urusan kerja.
As always, Ayah yang tentukan order, kalau ada pun we all just tambah-tambah mana yang perlu aje. Kalin nie pergi mcm dah lewat sikit so banyak lauk dah habis especially their famous sayur keledek.
Shark's fin soup kegemaran Ryan, kali nie sedap pulak ker atau sebab I dah lama tak makan
Sotong Goreng Tepung, permintaan Hannan
Ibu suka sangat dengan Yam Basket nie
Kangkung Goreng Belacan
Butter Prawn
Chicken Lemon
I like this fish dish, Assam Fish. Ayah pun suka ikan dimasak begini
Hidangan yang penuh meja, sedap semuanya. Kali nie ketam tak ada stok, kalau tak Chilli Crabnya memang sedap.
lama dah tak makan shark's fin soup
ReplyDelete