Menu open House
Berhempas pulas la my bibiks menyediakan semuanya untuk hari raya nie. Tak putus-putus kerja menyediakan makanan semua. Tapi, mujur ada bantuan mereka, kalau tak alamatnya kami semua kepenatan sepanjang hari raya nie.
Sessi masak-memasak dimulakan pada malam raya pertama tu. Kiranya masak rendang sampai 2 kali.
Rendang ayam dan juga puyuh sedang dimasak.
Ayah tak suka makan nasi impit, ketupat juga menjadi pilihan so sempat juga merasa makan ketupat pada malam raya pertama tu.
Pagi raya kedua, semuanya telah dimasak, cuma memanaskan rendang dan juga membuat kuah lodeh sahaja.
Kuih raya pun tak sempat nak buat tahun nie, ada yang beli dan ada juga yang orang bagi.
Antara menu yang kami sediakan untuk tetamu..kuah lodeh
Rendang ayam
Daging dendeng
Untuk makanan yang disediakan oleh pihak katering, gulai kawah
Ayam Goreng Cili yang sedap
Acar
Of course lah satay
Laksa Pahang
Hidangan nasi briyani
Kalau dah ada laksa Pahang nie, I memang tak pandang makanan lain. Dok balun makan laksa ajelah. Masa balik puasa tak berkesempatan nak makan, sempat makan bubur lambuk Ibu aje, so dah ada depan mata bie so sedaplah makan and makan aje kerjanya.
Gina, leh share resepi laksa Pahang tu ng Ct Lalola???? Mcm best jek.... ;)
ReplyDeletebestnya laksa tuh gina.... slurp slurp...
ReplyDelete