Nuffnang Ad

Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Makan angin dekat-dekat aje

Raya kedua we all bersiap-siap nak bergerak ke destinasi percutian kami dah. Masa nak kemas barang masuk dalam kereta, ternampak pula orang angkat sampah yang sudah mula bekerja di hari raya kedua. Mulia sungguh la abang-abang ni, kalau tak sure lambakan sampah yang banyak serta bau yang kurang menyenangkan. Terima kasih abang-abang lori sampah sekelian, jasamu tetap dikenang dimusim perayaan ini dan kita pun bagilah sedikit duit raya serta kuih raya untuk mereka  makan bila ada kelapangan.

Taklah jauh mana we all pi bercuti, cuma ke seberang Tambak Johor ajelah. Tak sempat nak booking pergi jauh-jauh, cuti pun bukannya lama pun seminggu aje. 

 First time we all tinggal di Singapore, selalunya we all duduk di hotel JB aje, pergi Singapore pun balik hari aje tapi kali ni we decided untuk stay ajelah kat situ senang nak explore and jalan malam-malam kat sini. We all stay di The Sultan di Jlan Sultan, betul-betul belakang Perkampungan Glam dan juga di Arab Street.

My bed tester, hotel ni memang best tapi yang tak best tidak disediakan parking untuk tetamu, kena gunakan public parking yang ada di belakang hotel tu. Tapi kena berebut la sebab selalunya parking mesti akan penuh.

Bilik kecil tapi TV LCD tu then yang best ada coffee maker, so tak perlulah nak bancuh sendiri dah.

 My mini coffee bar, ada pelbagai jenis teh dan kopi disediakan disini.

A nice view dari salah satu bahagian hotel ni, rimbunan pohon buluh yang sejuk mata memandang.

Pergilah mana-mana tempat didunia ni, kalau dah ada restoran mamak, itu yang menjadi pujaan hati. Sementara menunggu bilik siap, lepak dulu kedai mamak bersebelahan hotel ni sambil makan mee kari tahap pedas berapi dan juga teh ais. Malam tu nanti nak mencuba satu hidangan yang mesti dicuba setiap kali berkunjung ke Singapore ini.
 

Thursday, 31 July 2014

Salam Syawal

Maaflah terlambat sikit untuk update ucapan salam Syawal buat pembaca blog ini, maklumlah busy dengan persiapan raya serta line internet yang kurang stabil sikit. Alhamdulillah, tahun ini pertama kali dapat beraya di Malaysia setelah 3 1/2 tahu duduk di perantauan. Dapat berpuasa dan juga beraya bersama keluarga tercinta di Kuantan.

Pagi Raya agak tenang sedikit, tiada drama bangun lambat atau sesi terjerit-jerit nak suruh bangun pagi untuk bersembahyang di masjid. Semuanya berjalan dengan lancar.

Drama hanya terjadi bila sesi bermaafan, biasalah kerinting bila time nak bersalam-salaman mulalah buat muka sedih dan cebekk sebab tahu banyak salah yang dilakukan. Nak tergelak pun ada jugak.

  My nyawa, Ayah dan Ibu

Pertama kali merasa mendapat banyak duit raya, Ryan rasa dia banyak buat salah so orang bagi dia duit banyak.

Tahun ni tak ramai yang beraya dengan Ayah dan Ibu, hanya 2 keluarga dan Hannan aje yang beraya bersama. Didi balik Johor dan Kak Nyah beraya di KL sahaja while Kak Cik beraya di Dubai menemankan suaminya yang bekerja disana.

Tahun ni semua rumah terbuka MB dan juga Istana dibatalkan demi menghormati tragedi MH17, tapi rumah Ayah diserbu oleh para tetamu seawal jam 10 pagi.

Antara hidangan di pagi raya adalah Nasi Arab, kari kambing dan juga kari tulang

Buatlah apa juga cake like Salted Caramel, Victoria Sponge cake atau Chocolote Moist, I tetap mencari kek buatan makcik I ni di pagi raya. Kek Marble yang setiap kali raya mesti akan ada di atas meja. Kalau tak ada, tak menjadilah raya tahun tu.

Tetamu datang berduyun-duyun sampailah ke petang, so dalam pukul 3pm tu barulah dapat melunjurkan kaki then menikmati hidangan yang disediakan antaranya Lontong bersama sambal sotong, nasi impit kuah kacang, rendang ayam dan daging serta ketupat daun palas. Semua ini we all yang bersama-sama membuatnya, tiada mengupah orang untuk membuatnya.

Sebulan berpuasa, main bola pun kena puasa juga, takut keletihan. Dapat padang depan rumah Ayah tu tak sempat nak tukar baju dah terus main bola. udahnya baju raya Ryan dan sampinnya dah koyak. Geram jugak rasanya.
Dah petang barulah dapat berposing dengan baju raya serta bergambar satu family, sebelum tu hanya berjubah sahaja sebab sibuk di dapur menguruskan makanan untuk tetamu yang datang. Akhir kata,

 Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
.

Ikhlas dari kami sekeluarga
Gina Manan, Khairezan, Danish Imran & Rayyan Irfan
Kuala Lumpur, 2014

Monday, 26 August 2013

My last open house in Adelaide

Sorry lama tak update, been busy lately mengemas, packing sana sini maklumlah nak balik tak lama lagi kan. Ni pun curi-curi masa update sana sini aje. Since mood raya masih ada, so kita citer pasal raya jugaklah yer.

Beli ni di BigW cos nak bagi anak-anak main tanpa menganggu mak pak yang nak makan dan juga bersembang. Tinggal last and ni dapat murah siokit cos kotaknya macam dah kemik, taklah teruk mana pun, sikit aje kemiknya.

Tahun terakhir di Adelaide ni we all decided nak buat kambing golek sendiri since ada yang offer tempat pemanggang yang dipinjamkan. Lagipun tenaga kerja ramai so lepas beraya di merata tempat masa raya pertama tu, terus la pi beli seekor kambing untuk juada open house. Mujurlah ada, kalau tak, hampa.

Sebelum marinate semua tu, basuhlah sikit, then baru marinate dengan bermacam-macam rempah yang ada di dalam pantry ni.

Pagi-pagi dah bangun untuk memasak juadah untuk dijamukan kepada tetamu. Mujurlah ada dapur portable, so bolehlah masak separuh di belakang rumah. Memang rewang habis masa ni. Ibulah yang jadi head chefnya. Beli periuk besar-besar sampai 3 bijik memang bestlah bila masak dalam kuantiti yang banyak.

 I punya task adalah menyediakan Laksa Johor as requested by Daddy Jack. 

Jemputan bermula dalam pukul 3, so sempatlah lagi mengemas di belakang, potong rumput, vacuum daun-daun kering dan juga bakar kambing dulu.

Mujurlah kecik aje playset ini, ingatkan besar, takut tak buat yard pulak nanti maklumlah yard we all kecik aje. Kesian juga kat tetamu tak ada tempat nak makan kalau playland ni besar sangat.

Tempat panggang kambing ni entah berapa kali dialihkan sebabnya hujan rintik-rintik. The pit kena belilah, then bawa balik Malaysia, senang nak buat BBQ atau kambing golek sendiri aje, tak perlu nak upah orang buat.

My dessert corner, tak sempat nak buat berbagai, apa yang ada ajelah. Didi sempatlah buat Bread and Butter Pudding yang sangat sedap tu. Mujurlah ada kuih muih yang dibawa dari Malaysia. I pun sempatlah juga membuat tart nenas di malam raya tu atas permintaan Daddy Jack.

Ibu masak nasi minyak, menggunakan periuk aje, memang besar periuk tu, muatlah 10kg beras.

 Kari daging yang sedap, Ibu jugaklah yang buatnya

Antara tetamu yang awal datang ke my open house ini. Adik-adik yang baru habis kelas terus datang ke sini.

Persiapan telah disiapkan, cuma menunggu tetamu aje yang datang untuk menikmati juadah-juadah yang kami sediakan.


 Alamak, tengok gambar ni terasa pulak la nak repeat balik lauk-lauk di musim raya ni.

My main table, ada laksa johor, rendang, nasi impit, serunding serta ayam masak merah.

 Alhamdulillah, tetamu tak putus-putus datang untuk memeriahkan majlis rumah terbuka kami kali terakhir ini.

Anak-anak pun happy, menjerit keriangan bermain disini

Adik-adik undergrads yang sudi datang walaupun muka keletihan baru habis kelas

Luar dalam rumah memang happening habis, tetamu semuanya enjoy makan dan juga bersembang dengan rakan taulan yang lain.

My kek raya yang bertingkat-tingkat, jangan tertipu, I tak buat..tak ada masa so beli aje, habis cerita.

My laksa johor, kali ni agak terpedas sikit so tak perlulah letak sambal belacan, kang sakit perut pulak dibuatnya.

If ada majlis makan-makan di rumah I ni, tetamu lelaki selesa berada di luar, sebabnya ada yang hisap rokok so senang, lagipun kaum ibu memang dan conquer habis kat bahagian dalam tu.

We're so glad that Ryan's kindy teacher datang. Its Patrea and Jasmine yang sudi menghadirkan diri ke majlis kami ini. Mat salleh ni if majlis makan depa memang best la, dapat try macam-macam jenis makanan from others kan.
 
 Tambah gembira lagi adalah Danish bila his former class teacher, Marc Johnson pun hadir jugak. 

Syahr dan juga Imah yang mesti datang setiap kali kami mengundang mereka. Imah akan bersalin somewhere in October, so tak sempatlah nak tengok baby baru kepada meraka. Anak perempuan mereka, Tasneem sangat comel orangnya.

Some of my new friends here, Su, Nurul dan juga Sharon

Jumpa lagi satu kawan baru, Hnafi yang datang nak beli barang, turn up I bagi ajelah barang tu FOC cos baru berkenalan dan juga sudi datang open house ni. Hes a doctor kat Lyell McEwin and yang perempuan itu isterinya, baru datang rasanya. Tak sempat nak bersembang-sembang, then baru kenal..I pulak nak balik dah in September ini.