Nuffnang Ad

Wednesday, 7 June 2017

Berpuasa

Salam 12 Ramadhan buat semua pembaca yang tersayang, terlambat sedikit nak post pasal puasa tahun ini. We all hari pertama puasa menyambutnya di Kuantan. Lepas sahur, kemas-kemas then dalam pukul 9am dah menuju ke Kuantan. Jalan pun tak jem sangat, then cuaca pun mendung aje.

Sampai aje Kuantan, berehat kejap then Ayah and Ibu ajak ke Giant untuk beli barang persiapan untuk berbuka. Pergi Giant lepas Zuhur so orang pun sama sibuk untuk membeli persiapan berbuka juga.

Menu pertama pada 1 Ramadan yang lalu di Kuantan, penuh juga meja dengan pelbagai jenis makanan. Menu utama adalah Mee Kari, then ada tambahan kuih beli di Bazar Ramadan Kuantan.

Adik I begitu rajin membaking, Even menjual Cheese tart yang tetiap minggu dapat order.

Mee kari yang menjadi pilihan menu Danish dan juga Ayah.

Hari kedua berpuasa di Kuantan, ambil kesempatan berjalan-jalan di Bazar Ramadan tak jauh dari rumah, nak juga tengok suasana di bazar.

Pelbagai jenis kuih muih ada dijual, samada kuih tradisional ataupun kuih yang moden dan banyak diviralkan baru-baru ini.

Pelbagai jenis kuih talam yang hipster juga ada dijual disini. Tapi I tak beli pun sebab tak berapa minat makan kuih talam ni tak kisahlah apa jenis, pun.

Danish teringin pulak nak makan rendang ayam dan juga nasi impit, dah macam nak raya pulak tapi turutkan aje permintaan anak bujang saya itu.

Siap dah rendang ayam dan juga nasi impit. As Ayah, tak kisah pun nak makan apa, tapi I buatkan juga mee goreng untuk Ayah dan Ibu sekiranya nak makan lepas balik terawih nanti.

No comments:

Post a Comment