Nuffnang Ad

Saturday, 17 June 2017

KLCC fanatic

Bulan-bulan puasa ni banyak aktiviti indoor sahaja. Tak bagi main lasak-lasak sangat sebab nanti bila menjelang nak berbuka, semua lembik and sibuk ngadu lapar..lapar semua. So aktiviti main LEGO adalah yang paling bersesuaian untuk aktiviti indoor.

Kali ni kita ke KLCC pulak, saja aje berjalan-jalan sambil menunggu waktu berbuka puasa. Kebetulan I tengah mencari portable speaker untuk digunakan masa sesi mengajar, nampak JBL punya bluetooth speaker tengah ada promotion so rembat la satu.

Musim raya ni kaunter minyak wangi banyak juga buat promosi sampai tak tahu mana satu nak memilih yang menjadi pujaan hati. Udahnya I end up beli perfume Micheal Kors yang memang sedap baunya.

Then, ke Madam Kwans la kita sekali lagi untuk berbuka puasa. Kali ni kita cuba menu yang lain berbanding sebelum ini but for Danish, still memilih Nasi Bojari jugalah as menu utama. Tak kisahlah, janji makan sampai licin.

No comments:

Post a Comment