Kadang-kadang tu bila anak-anak dah besar, nak ajak keluar sekali memang payang. They all duduk rumah main games and tengok TV aje. Kalau keluar pun memanjang suruh balik awal aje. So dah macam tu, we all keluar berdua ajelah mencari mana-mana barang yang we all nak. Selalunya temankan Daddy Jack mencari baju kerjanya la.
Sebelum keluar, biasanya dah siapkan dulu makanan untuk makan semasa we all keluar tu. Maid pun ada tolong tengokkan apa yang patut juga nanti.
Berjalan-jalan tu, terjumpa pula dengan jalapeno ni, katany agak pedas juga. Belum pernah cuba lagi, beli and nanti nak cuba jugaklah.
Bulan Oktober adalah birthday Ryan, so kenalah mencari tempat nak buat birthday party dia pulak. Pilihan dia nak buat tournament bola, so tempat yang we all tahu hanya di Padang@1 Utama ajelah.
Seronok la bila tahu H&M dah ada make up section, lama dah mencari brush so kat sini ada banyak collection brush juga. Nanti nak mencari jugalah beberapa brush yang masih belum ada.
Kalau nak main game, time the boys ada memang selalu tak dapat peluang la, kena bangun seawal pagi masa Subuh untuk main game tu untuk satu set aje pun dah cukup bagus dah.
Sekarang ni kalau nak breakfast sedap sikit boleh ke Village Grocer for American breakfast, sedap juga and portion pun besar. Normally, I share dengan Daddy Jack ajelah tak habis.
Petang sikit, aktiviti berjogging seperti biasalah, tak pernah miss walaupun hanya dapat 2km sahaja.
My eat clean menu, ikan bakar, terung rebus dan juga peria goreng dengan telur. Dah dekat 38 hari I mengamalkan program eat clean ni, nampak berkesan juga pada badan ni, adalah susut sedikit. Insyallah akan diteruskan untuk 100 hari.
No comments:
Post a Comment