Nuffnang Ad

Showing posts with label APSH. Show all posts
Showing posts with label APSH. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

My eldest

Setiap anak adalah satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah SWT. Setiap anak itu perwatakannya berbeza-sama, samalah juga antara Danish dan juga Ryan.

Alhamdulillah, sejak 3 bulan memasuki alam persekolah di Malaysia, banyak peningkatan anak-anak yang dilihat, antaranya kemahiran berbahasa Malaysia dari segi penggunaan ayat serta membuat karangan, menghafal beberapa ayat-ayat lazim serta memahirkan diri dengan Bahasa Arab. Seronok mendengar perbualan dan celoteh mereka bila balik sekolah.

Bangga bila ada yang menjadikan Danish sebagai kawan baiknya. Perhubungan I dengan anak-anak yang sama kelas dengan Danish serta ibu bapa mereka amat baik. We even have our Whatsapp group antara guru kelas dan juga para ibu bapa yang lain. Disini kita akan diskus pelbagai perbincangan anak-anak serta adakalanya keluar spend masa minum teh tarik beramai-ramai. We even bergotong royong sesama kita untuk menceriakan kelas anak-anak dimana para Ibu bapa sponsor macam-macam jenis barang termasuklah perabut serta buku-buku bacaan.

Tapi, agak sedih juga melihatkan Danish pada suatu hari mengadu sakit kepala dan rasa nak demam. Lembik aje nampak mukanya serta agak kurang bermaya sedikit. Selalu aktif aje.

Lama juga Danish terpaksa ponteng sekolah, dekat seminggu jugaklah gara-gara demam dan juga selsema.

2 hari demam tak kebah jugak, off we all ke ER Ampang Puteri untuk buat blood test. Dengah cuaca yang tak begitu baik takut juga if kena demam denggi.

Alhamdulillah, darah okay..tak ada denggi cumanya mungkin viral fever sahaja and lepas makan antibiotik yang kuat sedikit, nampak sihat dah sekarang ni, even dah kembali seperti sediakala.
 

Tuesday, 30 April 2013

Mission accomplished !

We all balik ke Malaysia kali ini ada 2 mission. Satu mission telah selesai semelam. Sabtu pagi tu we all ada appoinment dengan Dr di Ampang Puteri berkenaan dengan situasi Ryan yang selama ni mengadu sakit pada birdy die. Since di Adelaide lagi, sakitnya on and off aje. Sebelum jumpa Dr at 9am, sempatlah breakfast di NZ dulu.

Hari sampai order Maggi Goreng, kali kedua pergi pun Maggi Goreng jugak, candu apalah yang mamak ni letak dlm maggi tu gamaknya.

Appointment with Dr Wan Usama, pediatric surgeon at 9 am tapi biasalah Dr akan round pusing tengok his patient dulu so dalam pukul 10 baru dapat jumpa Dr. Sebelum ni masa kes Danish pun Dr Wan yang uruskan tapi tak pernah berjumpa dengannya sebab semuanya we all buat thru email aje, even appointment and surgery punya surat menyurat semua guna internet cos masa Danish tu kena masa bulan Ramadhan, lagi beberapa hari nak raya so Dr Wan dah bercuti. After a few discussion, Ryan perlu menjalani surgery, tapi bukan dengan Dr Wan, dengan Dr Mohamad cos Dr Wan ada another surgery at Tawakal. 

So, semalam at 730am, we all bersiap-siap untuk ke Ampang Puteri cos the admission at 8am tapi disebabkan jam so we all sampai agak lambat around 830am, terus bergegas ke Admission untuk sessi pendaftaran.

 Hai, dulu bersalin kat sini, la ni bawa anak-anak bersunat pulak kat sini.

Semasa menunggu pendaftaran, sempatlah bergambar bersama sambil bagi Ryan leka main telefon. Dia kan berpuasa so taknak la die mengadu lapar atau nak susu.

 Admission selesai, bayar some fees then staff APSH bawa ke day ward surgery.

Dalam dayward tak ramai pesakit yang lain, cuma we all aje. Our turn yang kedua, cos ada patient lain tgh buat surgery. Lama tak lama jugaklah we all menunggu kat katil tu, nearly an hour jugak sampaikan tengok ramai yang keluar from OT, even newborn.

Dah makin lama, dah bosan. Mulalah melompat atas katil, ke toilet beberapa kali dan sempatlah main berlari-lari kejap.
 

Bila tiba masanya, me and Ryan bersiap sedia untuk masuk ke OT. Masa tu dah agak diam kejap, rasa lembik aje Ryan berjalan menuju ke bilik itu.
 
Masuk dalam OT room, semuanya dah tersedia, naik atas katil, nurse pun pasangkan semua wayar and dah bersedia untuk memulakan prosedure.

Masa ni Dr Mohamad belum sampai cuma ada Dr untuk bius, I pun tak ingat namanya tapi die yang ajar Ryan mengucap, then memberikan gas, masa ni Ryan agak tak selesa so meronta--ronta like 5 minutes then terus tidur. Sebak juga bila Dr cakap, "Puan boleh cium Ryan, then tunggu diluar yer, Insyallah semuanya okay"

 Since we all pun tak makan pagi, terpaksa bergilir-gilir untuk makan tapi tak lalau nak makan walaupun depan mata nampak sedap aje. Makan sekadar alas perut then terus tunggu balik.

Dalam 30 minutes menunggu akhirnya Ryan keluar from OT terus ke Recovery Room dimana kena rehat sebentar sebelum dikejutkan. Ingatkan okay lepas bangun tu mcm Danish dulu tapi lepas aje Ryan sedar, terus die meronta-ronta menangis dan terus menangis sampai ke Dayward. I terpaksa naik atas katil tu untuk pujuk tidur disebelahnya. Dia menangis menahan kesakitan.

Dekat sejam jugaklah menangis dan meronta-ronta kesakitan, puas suruh pujuk untuk tidur tapi tak nak, sakit dan sakit katanya. Akhirnya after letih menangis tu, tertidur kejap. Lepas bangun tu dah okay sikit baru bagi susu.

Tak lama lepas tu, we all bersiap-siap untuk balik ke rumah inlaw di Keramat since Ibu tak ada di Melawati. Rayyan tak berani nak berjalan so kena tolak gunakan wheelchair.

Im a big boy now. Ayat pertama after keluar hospital "Bila Ryan boleh main bola, Mummy?"...hmmm tunggu la lagi 2-3 hari so hopefully semuanya okay. And hari ini, Ryan dah okay sikit cuma malam tadi tidurnya agak terganggu sikit sebab mungkin tak selesa tidur berkain pelekat.
 

Thursday, 22 September 2011

Kisah bersunat part 3

Lepas 40 minit, me and Daddy Jack menunggu di dayward, sampaikan panas punggung, resah gelisah, dahlah puasa, kalau tak boleh aje melepak kat canteen bawah tu akhirnya nurse pun beritahu semuanya dah selamat and Danish masih belum sedar dari penangan biusnya.

Lepas keluar dari OT, Danish ditempatkan di Recovery Room buat sementara waktu untuk menyedarkan die dari ubat bius tu.

Puas nak bangunkan die dari tidurnya. Panggil-panggil, tak bangun juga, ada masa tu buka mata aje, lepas tu tidur balik.

Bila dah okay and dah sedar sikit-sikit tu, boleh lah Danish dimasukkan balik ke dayward untuk die berehat di sana pulak.

Di dayward, sambung tidur balik dalam 2 jam. I pulak terlupa dok ada sorang lagi anak yang ditinggalkan kat rumah tu, entah apalah jadinya sebab Ryan mana nak biasa tinggal sorang tanpa I and Daddy jack. Bila telefon, elok aje main dengan Ily dan juga Kak Milah. Lepas nie senang ler kalau berkesempatan balik Malaysia lagi, bolehlah pergi jalan-jalan dengan Daddy Jack, and Ryan tinggalkan dengan Kak Milah aje.

Bila Danish dah betul-betul sedar, barulah boleh balik. Bila sedar, terus mengadu lapar, yer la tak makan satu haru, mmg lapar. Mujur ada bawa kain pelikat so berkainlah sampai ke lobi. Nurse nak bagi wheelchair, tapi Danish nak jalan.

On the way balik, singgah kat McD Drive Thru ajelah. Nak makan apa bila tanya, nak burger and bubur nasi. Tengah menyuap makan bubur, Ibu telefon tanyakan Danish. Cakaplah tengah makan, Ibu pesan..jangan bagi makan ayam, takut gatal..terus tersentak sebab tengah menyuapkan bubur ayam McD tu tapi Alhamdulillah, tak ada apa-apa pun yang terjadi. Esoknya dah boleh jalan-jalan dah and hari ketiga dah berjalan ke Sungei Wang cari game. Hebat tak hebat bersunat zaman sekarang. Harga bersunat di Ampang Puteri ? Hmmm, kalau ikutkan, bolehlah dapat 2 handbags Coach....

Wednesday, 21 September 2011

Kisah bersunat part 2

Dr in charge, Dr Mohamed Noh, lembut aje orangnya. So taklah garang sangat, Danish pun okay aje bila Dr lembut nie. Dia check and said ceritalah pada Daddy Jack serba sedikit and we all pun tanya macam-macam jugaklah. Tapi paling tak tahan bile bertanyakan psal berpantang..die senyum aje then cakap. there is nie no pantang word in medical term. Even cara die explain tu mcm we all tak percaya aje, like boleh mandi and melakukan aktiviti macam biasa after this. Hah ? biar betul !

Procedure akan mengambil masa dalam 30-45 minit. Danish akan dibius penuh and Daddy Jack akan berada di dalam surgery room sampai Danish tidur aje. Masa procedure berlangsung, mmg tak dibenarkan berada di dalamnya.

Tepat pukul 11am, Danish dibawa masuk ke bilik OT diiringi oleh Daddy Jack while Im just waiting dengan penuh debaran.

Gambar nie Daddy Jack yang ambilkan as die berada di di dalam bilik OT. Katanya Danish okay aje masa nie.

Danish okay aje masa nie, mata ralit tengok all the lampu and kelengkapan dalam OT nie.

Sebelum melakukan proses bius, pakar bius menyuruh Danish membaca Al-Fatihah, mengucap 2 kalimah Syahadah serta they all pun membacakan beberapa doa agar semuanya berjalan dengan lancar. Biasalah, kitapun bila dalam keadaan masa nie, nak buat surgery semuanya macam blur, kan, nak baca apapun macam tak terkeluar dari tekak sebab nervous sangat and same goes to Danish.

Daddy Jack kata, masa tiub bius di ditekupkan ke muka Danish, dia macam meronta-ronta sebabnya bau gasnya agak busuk and Danish macam tak suka. Tak sampai 5 minit lepas tu, Danish dah tertidur dan proses bersunat dimulakan.

Cerita bersunat Part 1

Tujuan kami balik Malaysia baru-baru ini untuk menyambut Syawal bersama keluarga, selain itu juga ada misi penting yang perlu diselesaikan segera. Danish have to bersunat seperti yang disarankan oleh Dr di Adelaide nie. 2 hari lepas kami tiba di Malaysia, dah kena buat the surgery as I dah siapkan semuanya dari Adelaide mcm Dr appoinment and juga the Dr dah tetapkan tarikh yang sesuai untuk Danish's surgery. We all pilih Ampang Puteri sebab dekat dengan rumah and also dah biasa uruskan all the boys health matters disini.

Seperti yang diminta, Danish diminta untuk berpuasa pada malamnya so pagi tu bangun awal, tinggalkan Ryan dengan Kak Milah and we all pergi ke hospital dalam pukul 8 pg. The admission counter buka dalam pukul 830 pagi so we all tunggu sekejap. Danish bukannya boleh tunggu lama-lama nie so ajak die pergi small shop kat situ and nak beli macam-macam. Tak boleh beli makanan, beli colouring book and some toys ajelah. I pun takut bosan duduk lama-lama beli some magazines and also paper.

After Daddy Jack dah settlekan hal-hal admission, we all headed to Day ward aje cos the surgery tak perlu melibatkan bilik pun. Just duduk for half a day aje. We all orang pertama sampai so the nurse cakap, just get ready and any minutes akan bermula.

Sebelum buat surgery, the nurse buat some preparation like ambil suhu badan, takut demam sebab kalau demam atau tak sihat, surgery tak akan dibuat so akan pastikan semuanya sihat dan ok.

So, lepas dah check semua, kena pakai baju surgery pulak. Teringat pula masa I nak bersalinkan the boys nie bila tengok Danish pakai uniform mcm nie.

I suruh Daddy Jack yang temankan Danish masa dalam Operation Theater nanti sebab I tak sanggup nak tengok. Daddy jack dah ada pengalaman masuk OT nie masa I bersalinkan the boys dulu so tak ada hal lah kan. I tunggu di dayward ajelah.

I tak risau sangat sebabnya the nurse dah terangkan the prosedure and katanya taklah complicated sangat. Dah tanya nurse tu dari segi penjagaan dan juga permakanan, maklumlah Danish nie kan mana pernah berpantang especially bab-bab makan nie, ini pun siap tanya petang nanti boleh main bola tak.

We all stranded kejap kat sini sebabnya ad 2 emergency yang Dr kena uruskan so a fews hours jugaklah we all menunggu dalam nie. Ayah and Ibu pun ada datang juga, and after a while aje sebab they all nak ke Jalan TAR mencari persiapan untuk Raya juga.

Bosan menanti, dok layan FB and Twitter aje. Menyesal pulak tak angkut laptop, at least boleh juga tengok movie kat sini

Danish pun dah bosan tunggu lama so sambung balik aktiviti colouringnya. sambiul tu mulut dok membebel aje, bosan and bosan. Tu okay lagi, tapi bila die cakap lapar, terus rasa kesian. Yer la, tak makan since malam sebelumnya so mmg la lapar.

Oleh kerana terlalu menunggu, I pun terlena sekejap. Dahlah sejuk dengan aircond, lepas tu puasa pulak, mmg syoklah tidur. Sedar-sedar Daddy Jack kejut sebab dah nak start and Dr nak datang melawat.