Nuffnang Ad

Tuesday, 12 September 2017

Air Asia Cup Musim 2


Walaupun kononnya dah janji untuk stopkan Danish daripada semua game bola sampailah UPSR, tapi tak sampai hati juga bila Coach Akim msg minta Danish main untuk juga untuk season ke 2, Air Asia Cup League. So we all pun benarkan Danish main, untuk satu game aje after than rehat untuk UPSR. So, sebelum pergi game, sempatlah breakfast roti telur goyang dulu.


Game bermula pukul 11 am, suasana pun elok dengan cuaca yang agak mendung sedikit. Angin pun sikit-sikit aje rasa. Since team asal FCKL dah berpecah 2, so untuk league kali ni agak rasa tak begitu best sangat especially bila bergabung dengan bebudak yang kita tak kenali lagi.

Perlawanan pertama melawan SKBD memberikan kemenangan yang besar 6-0. Satu permulaan yang baik buat FCKL U12 Falcons

New members, new coach and new environment. But, so far so good, the players can tag along semua sekali. Actually, new members for others bt to Danish, some of them ni pernah main satu team masa di Goal Academy dulu.

Seperti biasalah, balik lepak mamak dulu pekena nasi daun pisang after dah lama sangat terasa nak makan.

Kat Centrepoint ni juga ada kedai menjual pinggan viral macam di Central Market tu. I just pusing tengok-tengok ajelah, tak membeli pun. Cantik memang cantik, tapi tak tahu kalau beli nak letak celah mana dalam kabinet tu dah.



Sunday, 10 September 2017

Esok harinya


Esok, my anak sulung Danish Imran akan menduduki peperiksaan UPSR bermula 11 Sept - 14 Sept 2017. Saat ini hanya perasaan I aje yang tak menentu dibuatnya. Teringat saat awal tahun, mengambil gambar untuk sesi pendaftaran peperiksaan UPSR, and now tahu-tahu dah nak sit for the exam.

Peperiksaan yang berkonsepkan HEBAT untuk kali kedua, harap ianya taklah seteruk seperti tahun lepas.

Di awal-awal tahun dulu, ada lah subjek yang dapat releasekan tension juga like Seni tapi bila dah masuk penggal kedua, dah terus buat subject core sahaja.

Danish juga not only sit for UPSR, PSRA pun sama juga tapi selang seminggu sahaja dari UPSR. Perlu membuat hafazan beberapa ayat so I pun kenalah bagi semangat untuk habiskan semua ayat-ayat hafazan tu.

Setiap malam, I akan temankan Danish belajar di dalam bilik, sambil tu bacalah buku atau buat kerja. Bagi semangat sikit pada dia, kan.

Ada sekali tu tak begitu sihat, tapi since banyak revision nak kena buat, I pun temankan dia juga. Nak suruh rest, tak nak sebab fikirkan homework.

Taklah paksa dia untuk mengadap buku and revision 24 hours kan, sesekali tu kena lah bagi bersukan dan juga bersantai juga, tapi ada hadnya la, tak lah sampai seharian tengok TV. Normally, Danish akan choose untuk menonton bolasepak ataupun sukan channel aje.

To all the readers, saya memohon untuk mendoakan anak saya Danish Imran yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Minta doa agar semua urusan dipermudahkan, lapangkan dadanya untuk menjawab semua soalan.


Sunday, 3 September 2017

Weekender

Hujung minggu minggu pertama cuti sekolah, petang tu dah berjalan-jalan ke KLCC. Sekarang KL bila petang aje langit pun dah gelap and hujan turun dengan lebat. Sejuk la sikit kalau malam, kipas pun pasang 1 aje.

Menyinggah Uniqlo mencari seluar untuk Danish. Dah tak ada saiz dah nak pakai saiz kanak-kanak dah.

Terasa lapar, menyinggah Melur & Thyme for dinner. So sad with the foods, dah tak macam dulu lagi dah. Dulu portion besar dan sedap. Now, portion makin kecil and kualiti makanan pun mcm dah tak begitu sedap dah.

Mencari-cari product muka yang bagus untuk Danish. Dah komplen ada jerawat dah di muka, so ken ajar cara penjagaan muka yang baik la lepas ni.

Menyinggah Toys R Us pula, dah ada pulak keluar Lego Ninjago The Movie. Ni semua Daddy Jack yang rajin buat survey dalam internet dia tu. Malam-malam belek phone ni la kerja dia rupanya.

Kalau bab Lego no, 2-2 beranak ni memang boleh tag team. Ada chemistry antara mereka berdua. Tahu aje character dan fungsinya.

Dah keluar dari Toys R Us, sambung pulak ke Box of Bricks lagi, kali ni mencari mini figures pulak. Hai, macam-macam la suami dan anak-anak I nih. Berhantu betul bab Lego nih.

Ada pulak kedai barangan sukan baru di KLCC, apa tah nama dia lupa pulak. Menjual boot bola kanak-kanak, so tak perlu lagi nak pergi ke Lot 10 mencari boot bola. Tapi aktiviti bola dihentikan buat sementara waktu ya, pakai dulu boot yang sedia ada tu, nanti lepas exam baru kita buka cerita bola balik.



Berseoul Garden

Dah puas beraya, jemu dah makan hidangan raya so pagi semalam I buat nasi goreng, goreng ayam dan buatkan roti telur untuk breakfast. nak keluar breakfast pun terasa malasnya.

Dah tengahari baru lah tergerak nak makan lunch di Melawati Mall, mencuba Seoul Garden.

Ini kali kedua we all pergi as a family, I pernah pergi dengan kawan-kawan office tapi lama dah. Daddy Jack tak begitu suka makanan pelik-pelik ni tapi kali ni entah macamana okay pulak dia nak makan di SG ni.

So kira healthy lunch la ni, makan yang bersup and grill. Puas makan udang and sushi yang keep ditambah. We all makan memang sampai kenyang la, then baru balik. Nanti kita cuba lagi, tapi entah bila la lagi tu.

Semi final bola Sukan SEA Mas vs Indo


We all managed dapatkan tiket bola sepak waktu semifinal. Mujur my adik yang belikan cos lepas tu sold out habis semuanya. Sabtu tu semua bersemangat nak bagi sokongan pada team Malaysia yang menentang Indonesia, satu game yang agak sengit jugaklah.

Pukul 4pm dah sampai ke stadium. Ramainya manusia yang datang, cuaca pun agak panas, terlupa bawa kipas tangan.

We all masuk stadium awal, tak nak terlepas peluang nak duduk satu row sama-sama. Masuk aje disambut dengan sorakan dan ketukan gendang dari Ultras Malaya.

Lebih kurang 17 tahun lalu, sewaktu Sukan SEA tahun 1989, we all ke sini jugaklah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak diantara Thailand dengan Malaysia. Tak sangka duduk di tempat yang sama pulak tu.

Dulu suka sangat makan burger stadium, sekarang ni rasa pun dah agak tak begitu sedap dah.

Perlawanan di masa pertama agak sengit jugaklah, ada beberapa percubaan untuk gol tapi tidak dapat. Wujud juga beberapa ketegangan di stadium.

Dua beranak ni tak senang duduk dibuatnya sewaktu perlawanan. Masing-masing concerntrate betul dengan perlawanan.

Akhirnya team Malaysia berjaya menewaskan team Indonesia dengan kemenangan 1-0 hasil tandukan Thanabalan yang begitu cantik di depan pintu gol. Sorakan bergema satu stadium.

Tahniah team, Malaysia. So we all semua berpakat nak tengok final game bola nanti.

Saturday, 2 September 2017

Berdua saja

Hujung minggu kadang-kadang hanya me and Daddy Jack sahaja yang menghabiskan waktu bersama. The boys, Danish ada extra class and Ryan memang jarang nak ikut, suka duduk rumah tengok TV aje. So, dah tak nak ikut, kita keluar ajelah. Memula singgah breakfast dulu, makan roti canai di Choice dulu.

Kali ni pergi ke KLCC kejap, nak mencari hadiah untuk satu majlis perkahwinan. Tapi sebelum tu menyinggah kejap kat Isetan Hall sebab ada jualan perfume yang murah.

Senang beli kristal ajelah, malas nak pergi memilih set pinggan mangkuk, sebab senang tak perlu nak bawa hadiah berat-berat ke majlis nanti.

Daddy Jack banyak kali komplen nak mencari baju kerja, singgah Zara Men kejap mencari kut la ada yang berkenan. Tapi Zara Men di KLCC tak banyak pilihan macam di Pavillion. Kena tunggu la pulak, bila masa nak ke Pavillion.

Sementara menunggu Danish habis extra class, sempat la kejap makan laksa dan cendol durian di tepi gerai sekolah Danish. Tempat baru, jual laksa yang jarang boleh didapati di KL ni. I try laksa telur sarang yang super duper sedap.

Jom la ke Mowla, berdekatan dengan area BMI Gombak ataupun UIA Gombak. Memang tidak menghampakan.

Friday, 1 September 2017

Sukan SEA


Sukan SEA ke 29 telahpun melabuhkan tirainya kelmarin dengan penuh gilang gemilang. Kita cerita dari mulalah ya. Selama 2 minggu lepas, sukan SEA bermula, so banyak acara yang dipertandingkan. We all ikut dari mula lagi, dari acara pembukaan yang memang gempak betul. 

Banyak acara yang best we all ikuti di TV ajelah macam bola sepak, kena pula hari biasa so since Danish pun sibuk dengan extra class dan juga tuition so tengok di TV ajelah.

We all suka juga tengok olahraga, pun tak sempat ke stadium juga. Banyak kejayaan yang dimenangi oleh atlet Malaysia pada kejohanan kali ini, semuanya bersemangat tak kira apa jua acara pun.

Sambil menonton, makan buah untuk kesihatan juga

 So, Jumaat lepas after dah habis extra class dan juga trial PSRA, we all bawa jugaklah the boys merasai pengalaman menonton live acara sukan SEA NI. Kali ni lepas sekolah balik solat semua terus pergi ke Titiwangsa.


Sebelum game start, makan dulu di cafe tepi stadium tu. Menarik juga satay yang dijual, besar dan sangat sedap walaupun harga satay secucuk dalam RM2.

We all ke stadium Titiwangsa ajelah dulu untuk menyaksikan game sepak takraw

Pasukan Malaysia menentang team dari Filipina masa ini, kemenangan berpihak kepada team Malaysia.

Seronok la the boys dapat menyaksikan secara langsung game ni. Peminat pun ramai, Team TM Malaysia bersorak di tepi we all meberikan semangat kepada pemain semua.