Nuffnang Ad

Thursday, 25 June 2009

Sun Moulin, KLCC

Our favourite kefai roti...so far, the best in town. Kalau we all ke KLCC, mmg tak lepaskan peluang pegi Sun Moulin nie.

Sun Moulin terletak kat level 4 of Isetan, dekat ngan supermarket..mmg agak tersorok sikit.

Ada banyak sangat roti and buns yang penjadi pilihan. Cake pun ada jugak

Sandwich pun ada, mmg sedap dan mengenyangkan. Harganya pun boleh tahan jugaklah.

The buns mmg agak menyelerakan...mmg tak tahu nak pilih yang mana satu..we all kalau ke sini, mmg akan beli lots of bun sepecially donut die yang sungguh lembut.

Ayah pulak kalau ke sini, suka beli the bread..one loaf is nearly RM12, tapi mmg lembut dan tebal, kalau makan sekeping pun rasa dah kenyang. And also ada varieties of bread, ada butter top, Queen's Bread dll.

Sunday, 21 June 2009

Happy Father's Day

Happy Father's Day to the most important person in my life.....

Daddy Jack......love of my life...

A Father means so many things...
A understanding heart,
A source of strength and of support
Right from the very start.
A constant readiness to help
In a kind and thoughtful way.
With encouragement and forgiveness
No matter what comes your way.
A special generosity and always affection, too
A Father means so many things
When he's a man like you...


Dato' Haji Abdul Manan Ismail.....my hero, mentor and inspiration...

I LOVE BOTH OF YOU SO MUCH

Friday, 19 June 2009

Sedih tau

Hanya gambar sebagai kenangan...Aku tak dapat pegi tengok konsert Abang Nuar kat Istana Budaya...sedih oooooo

Thursday, 18 June 2009

Kisah Maid 2

Rentetan dari Kisah Maid 1

Lepas our maid, Neni sibuk nak balik, aku pun menggelupur la cari new maid cos at that time my MIL nak gi UK tgk Along. They all nak gi lama jugak, nearly one month. So, aku cuba-cuba jugaklah tanya agnesi...bapak mahalnya...sampai 6K pun ada jugak. Last-last, my friend, Nabilah suggest kat sorang akak nie, Ham namanya cos kawan aku pun dapat maid dari die. Bila aku contact Kak Ham nie, kebetulan ada jugaklah orang yang tgh cari keje tapi die kalau boleh nak suruh ambik dua-dua sekali and I asked Ibu and Ibu pun setuju nak ambik jugak. So, we all ambik la dua-dua sekali, one for me and one for Ibu.

Dengan tak tunggu lama, on 1st May 2006, aku pun gi la ambik kedua-duanya kat Keramat. Masa tu Kak Ham tu pun ikut sama, siap pau lagi kami kononnya mcm duit komisyen la...kena la bayar sorang RM200. Pastu siap mintak cuti lagi...aku yang tengah blur-blur pun ckp la cuti sebulan sekali aje. Dalam kereta tu jugak, aku tanya, permit die mati bila, depa jawap esok (2 May 2006) mati...lagilah aku rasa mcm nak pengsan. So, lepas nie kira maids tu akan dapat taraf PATI la...lagi naya, tak pasal-pasal kena denda. Ibu ngan aku rasa mcm kelam kabut dah..tanya ayah manalah tahu die ada jalan atau kabel yang boleh tolong pun tak ada..still kena keluar dan masuk balik. Ibu sanggup la nak bawak depa gi Medan..then masuk balik. Tapi, last-last ada jugaklah agensi yang sanggup nak butkan permit they all nie tapi akhirnya baru we all tahu yang agensi tu hanya tipu and we all rugi RM2,500 kat situ.

My second maid, Ifa mmg bagus. Kerja mmg tip top tapi adakalanya makan hati jugaklah. Mulut die mmg kuat menjawab tapi aku jenis yang tak nak la tegur sgt, sebabnya die jaga Danish masa tu. Die jaga Danish mmg okay. Masak jangan ceritalah, sedap sangat. Tapi bila menjelang hujung bulan, mulalah mcm tak senang duduk cos die tahu yang die nak balik ke rumah Bibik die. Ada one time, aku hampir nak bergaduh jugaklah nganBibik die tu cos Bibik die ingat that Ifa nie akan balik setiap hujung bulan...well, aku mmg akan beri cuti tapi aku tak janji pun yang cuti tu hujung bulan..suka hati akulah nak hantar die bila. Depa nie, kalau ada saudara mara kat sini, sedara die yang lebih. Ye la kan, die tahu yang kerja pembntu nie senang..makan ditanggung, tido pun sedap atas tilam tu yang depa nak ambik kesempatan tu.

Mula-mula datang tu nampaklah skema aje tapi bila dah lama-lama mula la mcm naik tocang tambahan pulak bila dah pandai pakai handphone. Call masuk tak kira masa. dah berapa kali tegur, kalau boleh suruh orang yang nak called tu call la waktu malam, nie tak, suka-suka hati aje nak call pukul berapa. Pastu bergayut, ya Rabbi punyalah lama...but I still diamkan aje. Sambil baring pun boleh call..tangan tak pegang phone, letak aje kat telinga.

Ifa yang pakai tudung pink tu
Ibu punya maid, Nor, okay orangnya, lembut aje. Selalu kena buli ngan maid aku, Ifa. Ifa nie agak keras kepala, sometimes tak boleh kena tegur. Nor banyak makan hati dengan Ifa tapi die diamkan aje. Aku pun banyak jugak makan hati ngan Ifa tapi so far tak pernah tegur. Mungkin kat situ silap aku gamaknya. Ifa nie tak nak kalah dalam fesyen..mmg jenis nak bergaya. Tu yang menurut Nor, pegi Chow Kit pun pakai spek hitam yang besar tu...
Until early this year, ada one time aku tegurlah die terus die melenting and cakap kat aku yang die nak balik. Kononnya die dah janji ngan mak die keje hanya 2 tahun aje then after that die nak balik. Lagipun kata die mak die ngan anak die sakit. Aku pun suruh la die pikir 2-3 kali dulu. Then die mcm firm ngan keputusan die. Bila aku tanya berulang kali, mcm tak sure samada nak datang balik..then aku bagilah die option whether die balik masa bulan puasa nnt so at least bagilah aku masa untuk carik orang lain..hati diekan keras, so kononnya masih tetap ngan pendirian die nak balik jugak.

Nor (tudung pink)

Daddy Jack ckp hantar ajelah die balik kalau itu yang die nak sangat...so, we all prepared all the documents..book the flight ticket and habis cerita. Alih-alih aku dapat tahu yang die nak kahwin kat sini...sakit hati betul tau..dahlah menipu kata nak balik then taknak datang sini lagi, tahu2 nak kahwin. Aku tahu pun bukan dari mulut die tapi dari orang lain. Hari-hari terakhir die kat sini, kena jumpa pakcik die and I told him everything. Pakcik die marahlah die and ckp die tak berterus terang ngan aku. Lagi yang membuatkan aku nak sgt hantar die balik bila pakcik die ckp, kalau die kahwin nnt, nak jugak suruh keje ngan aku and kena cuti 2 minggu sekali..banyak cantik muka kau.

So, smpi masanya aku pun hantarlah die kat LCCT...so far, aku ngan Ifa nie lama la jugak, 3 tahun. Kerja bagus tapi payah nak tegur.

Rika

So now, nielah maid aku..dah sebulan lebih jugaklah..so far so good. Aku ambik die from the agency and kena bayar for about 8K. Pernah keje 2 tahun kat Kuantan, so tak ader masalah la. Hope that die pun akan bertahan jugaklah lama ngan aku cos I will never treat her as maid tapi lebih kepada saudara.


Nor, my Ibu maid pun dalam perancangan nak balik untuk bulan puasa nie cos adik die nak kahwin and she said that die akan datang balik cos mak die dah pesan, kalau nak keje, pls stay dengan Ibu cos tak mahu apa-apa terjadi kat anak die kalau tukar majikan. Baguslah mcm tu...Nor pun dah boleh diharapkan and aku pun kadang-kadang mintak tolong die and setiap hujung bulan pun ada jugaklah hulurkan die duit belanja atas kesudian die membantu aku.


Kisah Maid 1

After beberapa hari nie, terdapat banyak blog yang mengeluarkan cerita-cerita pasal maid seperti Ayu and Elyn...Aku pun tak ketinggalan ada jugak a few storie psl maid nie.

Aku start ambik maid masa aku mengandungkan Danish lagi..Kak Nor nama die. Actually, bukan untuk aku sorang tapi share ngan Ibu. Kak Nor nie actually mmg dah pernah keje ngan we all sebelum aku kahwin dulu. Tapi masa die berhenti masa ngan we all, tangannya agak panjang sikitlah. Ada jugaklah a few barang yang hilang. Masa aku ngandung, Ibu asked me to cari pembantu la since Ibu masih bekerja, so tak ada orang nak jaga aku nanti. Biasalah kan, bila kiter nak pakai orang, sure tak dapat. Kak Nor nie datang tepat pada masanya, so tak ada pilihan lain, die kejelah ngan we all. So far, sepanjang die keje ngan we all, aku mmg puashatilah cara die menjaga aku ngan Danish masa dalam dan selepas pantang. Ibu pegi keje pun tak susah hati sgt. Tapi yang jadi masalahnya, die nak ambik cuti sebulan sekali cos die ada suami kat sini. Jodoh we all tak panjang...die nak berhenti cos laki die suruh. Masa tu Danish baru 3 bulan. Kak Nor mmg pandai masak...especially paprik ngan kari, mmg sedap. Lepas Kak Nor balik, MIL yang tolong tgkkan Danish cos MIL baru aje pencen.

After Kak Nor, we all tried to cari a new maid. Dapat contact from my aunty..kawan die mcm agen la tapi all the dokumen kiter kena prepare sendiri. Dia hanya bekalkan orang sahaja. Okaylah....harga pun tak mahal dlm RM3,500 sahaja compared to agency. We waited for sebulan setengah jugaklah untuk dapat orang baru. I still remember masa we all ambik dia tu, my house tengah buat open house for hari raya. Bayangkan la agensi called me nd said that boleh ambik die. We all terpaksalah tinggalkan majlis tu and pegi ambik our maid kat Pelabuhan Kelang..giler, kan. Dahlah we all tak tahu jalan ke sana, so redah ajelah.

Our first maid, Neni from Medan. Besar giler orangnya. bawak baju tak banyak so Ibu suruh belikan baju untuk die. Mana nak carik weiii badan besar, terpaksalah ambik saiz untuk lelaki. Masa mula-mula die sampai, aku tanyalah, pernah datang KL ker, tak pernah katanya. We all kan tak pernah ada pembantu so bila tgk die mcm susah aje nak carik baju, kiter pun suruh la die cari sendiri. Takut die segan pulakan. Memandangkan die tak pernah datang KL, aku suruhlah maid my aunty untuk temankan die ke Chow Kit tu. Pegi pagi, tapi dah maghrib pun tak sampai rumah lagi. We all punyalah risau takut jadi apa-apa...ye la masa tu mana ada maid pakai handphoe, kan. Last-last dalam pukul 8 lebih baru die balik. Aku tak tanya die tapi aku tanya maid aunty aku tu. Rupanya, maid aku tu tipu aku, okay..ckp tak pernah datang KL , rupanya die ajak my aunty punya maid tu ker Sunway cos nak jumpa saudara die. Kurang ajar betul tapi aku still sabar lagi la kan.

Masa ada first maid nie, we all duduk ngan MIL....ada a few konflik jugaklah sampai ada one time tu die nak balik cos a benda yang MIL aku tegur die. Punyalah panik aku dibuatnya. Then, entah mcm mana, tiba-tiba dia ckp yang die nak bhenti cos sebenarnya, die tak minat keje pembantu rumah nie...die nak keje kat restoran. Okay, fine. Aku pun uruskan segala borang-borang keluar die and in the mean time, cari orang lain. Jodoh aku ngan die hanya bertahan selama 5 bulan sahaja.

Bersambung......


Wednesday, 17 June 2009

MQA-Exit Meeting

Semalam is our final day of accreditation. Gambar masa awal-awal tu tak ader cos students yang tolong ambikkan and aku belum dapat any copies lagi.

Masa dalam meeting before MQA datang, we all telah diberi tugas masing-masing. Tapi bila sampai harinya, semuanya berterabur. Orang yang sepatutnya buat keje tu, tak buat, paling power ada yang ckp die tak dibayar untuk membuat keje-keje tu...WTF...we're doing it not because of us, its for the students, masa depan they all..takkan itupun nak berkira. My friends, Lin and Adlene is the one yang kena cari souvenir for the panels. Itupun last minutes punya kerja..orang yang sepatutnya dok sibuk mengipas aje kejanya.

Orang kuat yang menjadikan MQA visit nie berjaya, Azian and Azrul. They all yang bertungkus lumus menyiapkan segala-galanya, right from the start till the end. Berhari-hari balik lambat.

And for the exit meeting, ada jugak from other faculty members cos they all pun akan ada MQA visit somewhere in August so they nak jugaklah dengar any comments yang akan they all apply to the faculy.


Our VC, Dato' Rosti and Prof Syed, orang kuat dalam uni..Prof Syed is the one yang menjaga all the quality in the education systems.

The panels...everything berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Thanks to the students for their commitment and also the patience. We did it for you, not us.

Merendek kat Mid Valley

Nie cerita semalam....lepas keje, me and Daddy Jack ajak gi jalan-jalan ker Mid Valley. Ye la, we all kan dah lama tak jalan-jalan berdua.

Alang-alang dah singgah Mid Valley nie tetiba teringat pulak yang botol Danish need a new teat. Singgah jap kat Planete Enfants. Teats tu tak ader color lain, just tinggal yang hijau aje. Tak kisahlah, janji muat aje. Malas tul nak pegi ke Atria sana.


Wah....Charles & Keith nak bukak kat MV...bagusnya tak payah susah-susah nak ke Pavillion. Lagipun kalau kat Pavillion tu agak meneglirukan jugaklah tempat die, kalau kat MV tak susah sgt..just kat 1st floor aje.

Kesian Daddy Jack, tak makan dari tengahari..yelah cos tengahari semalam aku sibuk ngan lawatan MQA..die ada called ajak gi makan tapi masa tu aku masih ngan MQA, so tak jadilah.

Chilli's menjadi tempat pilihan untuk menjamu selera. Aku pun dah agak kenyang so tak makan yang berat-berat la...just pilih yang light ones aje.

Aku hanya makan the club sandwich aje..itupun hanya dua aje yang boleh dimakan cos perut dah kenyang la. Bungkus ajelah.

Sebelum balik, sempat sambar DVD Upin & Ipin aje untuk Danish. Nie yang original tau..bukan tak nak beli yang ciplak, tapi the kualiti tu yang tak tahan.

Kat MV ada dua outlet untuk Mothercare nie. Yang nie outlet yang terbaru..rasanya yang paling besar di Klang Valley nie. Even the staff pun ada yang from KLCC...bila aku masuk, siap boleh tegur-tegur lagi. Baguslah tu...that's why aku ngan Daddy Jack sanggup berhabis duit kat sini cos the service yang tip top.

Yeah !!!! another great news...Krispy Kreme pulak nak bukak kat sini..hmmm....tak payah susah payah nak ke Berjaya Times Square. Hmmm...bertambah la rakyat Malaysia yang kena kencing manis nie.

Tuesday, 16 June 2009

Minta pertolongan

To all my blogger friends
Boleh tak kalau I nak mintak your address cos nak hantar invitation card la..
Please email me at gina_manan@yahoo.com

Thanks

Baju Melayu

Masa we all dah sampai KL from Kuantan, Daddy Jack ajak we all gi Pertama Compleks untuk tempah baju melayu..masa dah suntuk nie tak tahulah samada depa boleh buat ker tak ?

Ryan yang kepenatan..tido pun melopong..jauh perjalanannya , dari Kuantan ke KL then ker Pertama Compleks pulak.
Nie mmg tempat Daddy Jack buat baju melayu. Dah beberapa pasang dah we all buat kat sini. So far, the kualiti tu mmg bagus la.

Nasib baiklah orang tu nak jugak terima tempahan last minute..lain kali jangan buat hal la. Kain dah bagi, nak suruh tempah pun malas.

Kak Ika setia menunggu sambil memangku Ryan the Lion..hahahaha

Dah alang-alang buat baju untuk Daddy Jack, buatlah baju untuk Danish jugak. Kat Bagutta nie walaupun harga die agak mahal tapi the kualiti tu yang Daddy Jack pentingkan.

The price for baju melayu untuk dewasa is RM150 sepasang and budak-budak dalam RM80 sahaja.

Ryan pun kena buat jugak..mana boleh, Daddy ngan Danish aje ada...Ryan pun nak jugak.

Budak domok yang dok ukur baju melayu..the tailor said that maybe kena tambah kain untuk baju Ryan nie sebab kain yang we all bagi tu mcm tak cukup aje. Ryan kan domok...hahahhahah.

Hai la Danish...bila la nak berhenti minum susu nie..tak malu betul

Untuk aku pulak, tak banyak kedai yang nak ambik tempahan last minutes cos dah banyak tempahan untuk raya..tapi aku pujuk jugaklah cos masa dah suntuk. Nasib baiklah ada jugak yang setuju...dalam pada setuju-setuju tu terkena jugak aku.

I want my baju to be something like this...bila ukur-ukur then ckp nak design yang sebijik mcm nie and Daddy Jack pun mcm berkenan and he asked my baju to be exactly like this, hambik kau harganya...RM660 sepasang....dah la hantar 2 pasang....menggigil beb. Tapi tak aper..Daddy Jack, you bayar yer.

Nasi lemak

Still cerita pasal balik Kuantan...kali nie on the way balik KL pulak. We all gerak awal sikit cos Daddy Jack takut jalan jem cos cuti sekolah habis minggu tu so tinggallah ayah dan ibu cos ada kenduri and they all balik petang sikit.

Since pagi lagi, we all kena ambik light breakfast dulu. Restoran Zaman menjadi pilihan cos ianya dalam laluan we all nak blik KL.

Apa yang menarik kat restoran Zaman nie ? Ianya adalah restoran biasa aje tapi kalau datang mesti resotoran die full house. Orang mmg ramai.

Ada orang kata the best nasi lemak ada kat sini..so far aku rasa macam biasa aje. Kedai nie hanya bukak untuk minum pagi aje. Ada lots of food mcm roti canai, mee kari, nasi minyak dll lagi.

But I think because of the membeli nasi lemak punya sistem tu kot yang menjadikannya popular. Normally kalau kiter beli nasi lemak, we just order then nanti the waiter akan bawak untuk kiter, kan. Tapi kat sini lain tau...kiter yang kena gi ambik sendiri kat dapur orang tu. Tengok tu..beratur orang nak menunggu giliran ambik nasik lemak.

Pakcik yang pegang dulang tu bukan pelayan tau, tapi orang yang membeli...normally kat sini, orang tak makan sebungkus, tapi ada tu sampai 3 bungkus sekaligus. So, kiter kena cakap kat makcik nasi lemak tu, berapa kiter nak, then kena bawak dulang. Kalau tak, mcm mana nak bawak berbungkus-bungkus nasi lemak tu ?

Tu dia weiiii...tak menang tangan makcik-makcik nie membungkus nasi lemak. Bila aku tanya, mmg macam nie ke hari-hari..akak nie ckp ha'ah since pukul 5 pagi lagi orang dah datang, biasanya pemandu-pemandu lori atau teksi la.

Nie la ghupanya nasi lemak Restoran Zaman nie. Kecik aje, mmg sedap makan bila panas-panas. Aroma nasi pun wangi jugak.