Macam nilah aktiviti I tetiap petang Isnin dan juga Rabu. Danish ada latihan Elite Team FCKL U12. Tapi tahun ni latihan agak intensif sikit, hari Sabtu pun ada training tapi selalunya Danish tak dapat join cos dah busy dengan extra class di sekolah.
Sesambil menunggu 2 jam tu, so kita pun jogging atau buat light exercise ajelah keliling padang bola tu.
Selalunya start dalam pukul 630pm, then berhenti kejap for Maghrib pastu sambung balik la sampai pukul 8 malam. Selalunya taklah berlari, ada masanya berjalan lembab jugaklah.
Kadang tu hanya dapat dalam 2km aje pun mengah oii pusing padang ni. Mungkin stamina taklah kuat mana tapi tetap juga mencuba dari tak buat apa-apa pun.
Macam tu la aktiviti I setiap hari Isnin dan Rabu, selalunya lepas habis training, terus menuju ke rumah, tak menyinggah mana-mana dah.
Makanan pun dah bertukar kepada menu sihat sekarang ni. Cuba untuk merubah kepada gaya hidup yang lebih sihat pula.
Kalau ada masa di hari cuti, sesekali berjogging satu keluarga ke taman-taman sekitar rumah ajelah.
Nampak ramai juga orang dah mula berjogging pagi-pagi sekarang, semuanya dah berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Ada sikit lagi berat badan yang perlu diturunkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Bulan 2 lepas, sekolah ada menganjurkan acara Roadrun untuk semua pelajar. Maklumlah hari sukan bakal menjelang tak lama lagi so kenalah rajin-rajin bersukan sekarang ni.
Semua dah ready untuk berlari
I antara yang terawal berlari sebelum pelajar berlari sebab nak bagi sokongan kepada rumah sukan di checkpoint yang pertama.
So, dengan 4km pada hari roadrun sekolah tu, seronok juga bila berlari dengan students, ramai yang cuba untuk berlari, berjalan walaupun agak jauh and terpaksa mendaki bukit sikit tapi mereka tetap habiskan juga larian mereka. Syabas !!!! semangat itu yang kita mahukan.
No comments:
Post a Comment