Hari sukan sekolah anak-anak selang seminggu sahaja dari hari sukan sekolah I ditempat yang sama pulak tu. Tapi kali ni memang bermakna la untuk Danish cos hari sukan yang terakhir di sekolah rendah.
Group PIBG sekolah ada buka gerai jualan makanan lagi, salah satunya menjual sushi, sambil tengok sukan sambil makan sushi tepi padang la kita.
Cuaca pun Alhamdulillah agak mendung sikit so taklah berpeluh budak-budak berbaris di padang.
Danish of course la masuk acara olahraga, so ada 3 acara menanti dah. Untuk acara individu, 200m dan 100m. 2-2 dapat emas, Alhamdulillah.
Tempat pertama untuk acara 100m. Budak baju hitam tu adalah saingan utamanya dari rumah hijau.
Ryan pun masih masuk acara sukaneka sebab masih Tahap 2, tahun depan dah boleh masuk acara trek and field.
Persiapan untuk acara 4x100m bermula
Jauh sangat penyampaian hadiah untuk Ryan, tengok dari grandstand ajelah.
Acara penentu 4x100 bermula, Danish pelari yang terakhir sekali so memang kena bekerja keras.
Tapi kecundang di tempat kedua, untuk kali ini. Ramai cikgu sambut di garisan penamat memujuk Danish yang dah nangis.
So far, dari kedudukan pingat ni, nampak macam Rumah Syahbandar, kuning yang menjadi juara keseluruhan tahun ini.
Juara bagi acara 100m Lelaki
Juara sekali lagi untuk acara 200m Lelaki
Pingat perak untuk acara 4x100meter dan secara langsung Danish tak dapat jadi Olahragawan Sekolah. Hancur harapan semua cikgu-cikgu rumah sukannya yang berharap Danish dapat menjadi olahragawan tahun ini tapi its okay, tak ada rezeki.
Ustazah Munirah yang banyak membantu Danish dalam rumah Merah since dari Darjah 4 lagi. tak jemu-jemu bagi sokongan dan juga galakan untuk terus berjaya dalam sukan. Terima kasih Ustazah diatas sokongan dan juga didikan selama ini.
No comments:
Post a Comment