Lama betul tak jejakkan kaki ke Ampang Park, ni pun sebab ikut Ibu mencari baju untuk satu majlis so kena datang sini. Nampak agak suram sahaja, katanya nak dirobohkan tak lama lagi cos nak buat bangunan baru. Sementara Ibu mencari bajunya tak senang duduk bau laksa kat kiosk tepi ni so pekena laksa dululah.
Dah alang-alang sampai Ampang Park, lajak sikit lah ke KLCC pulak, ni pun lama jugak tak pergi adalah dalam 2 minggu sebab bersukan punya hal.
Sampai aje terus makan malam la, malas nak tunggu lama-lama so menuju la ke Ben's walaupun tak berapa nak gemar sangat ke sini tapi dah ada orang nak belanja, kita ikut ajelah, kan.
Singgah Uniqlo, nampak banyak baju untuk summer collection ni. Blouse linen pun cantik-cantik juga tapi tunggu la nanti, bila dah ada extra duit sikit bolehlah beli. ni pun, dah mengangkut baju the boys cos dah banyak yang tak berapa nak muat dah.
Salam singgah petang
ReplyDeleteSalam perkenalan juga :)
Delete