Nuffnang Ad

Tuesday 23 May 2017

Pra sukan sekolah

Dah dekat sebulan sukan sekolah anak dah habis, mak baru sibuk nak bercerita. Tak apalah kan, sharing is caring. Tahun ni tahu last Danish bersukan di sekolah rendah, semua cikgu-cikgu rumah sukannya target dia dapat jadi Olahragawan tahun ini. Masih mewakili Rumah Bendahara aka Rumah Merah. Tahun ni banyak acara boleh masuk, tak macam tahun lepas cos sangat terhad sebab cuaca yang agak panas.

Tahun ni kebetulan waktu praktis sukan sekolah anak-anak sama dengan latihan sukan sekolah I so dapatlah I mnjenguk kejap time they all buat practice tu. Semasa tengah buat latihan lompat tinggi, terjadilah accident yang tidak dijangkakan berlaku. Sewaktu melompat tiada sebarang masalah, tapi bila landing tu terjatuh di tempat yang tak betul. Dua kali terjadi so I bawa balik la sebab dah ngadu sakit.

We all terus bawa ke klinik buat x-ray, takut juga jadi apa-apa like fracture semua tapi menurut doktor, semuanya nampak okay aje.

Tahun ni ada buat pra hari sukan dimana semua pelajar terlibat. Tahap 2 terlibat dengan Roadrun and pelajat Tahap 1 buat latihan sukaneka dan juga senamrobik. Gambar diatas bi diambil di FB sekolah, kemain lagi Ryan beraksi dalam senamrobik tu.

Dah menjadi antara atlet harapan so semua acara kena masuklah walaupun tak pernah rasa boleh buat antaranya lompat jauh. 

Pukul 1 semua berkumpul untuk sesi penyampaian hadiah bagi acara Roadrun pelajar Tahap 2. Muka masing-masing pun dah macam udang kena bakar dibuatnya.

Lah, tak menyangka walaupun baru lepas elok dari kecederaan lompat tinggi tu, terus jadi johan acara Roadrun, mujur datang stadium nak tengok, kalau tak memang tak tahu pun danish jadi juara. Well done, Danish !!!


Tahun ni tak begitu menyerlah team futsal, tak seperti tahun lepas dapat Johan, tahun ni hanya berpeluang menjadi Naib Juara sahaja. Tahun ni memang tahun yang sengit diantara Rumah Merah, Hujai dan juga Biru kalau di Tahap 2, masing-masing sengit betul berlawan sesama mereka.



No comments:

Post a Comment