Nuffnang Ad

Thursday, 8 July 2010

Danish's Profile Book

This is Danish profile book, lebih kurang macam report card jugak ler kalau kat Malaysia tu. So, semua hasil kerja dan jugak apa yang Danish buat kat sekolah, ada dalam profile book nie.

This is something like about himself. Tgk ler cara die lukis gambar die. Nie kira macam his signature drawing. Maybe we all nak buat collection gambar nie untuk simpanan, kira macam series la. Nanti, nak belikan die canvas, cat, brush and everything and nak suruh die melukis.





Work with computer...maybe engineer ?

See..this is him in drawing

Bila tanya, kenapa Danish cakap tak ada adik ? Ala Mummy...Danish macam terlupa la...isk, isk kecik-kecil lagi dah nyanyuk. Ayat paling bawah tu yang tak tahan...I like to do homeworks...siap ler masuk sekolah rendah nanti.

Kebanyakan, tulisan dalam profile nie adalah hasil tulisan cikgu-cikgu tapi yang ini adalah hasil tulisan sebenar Danish.

Some picture yang the teachers captured during the kindie's activity.

The report..rasa macam nak menangis bila baca report nie. Walaupun tak sampai 2 bulan Danish kat kindie, tapi die mmg bijak and he's willing to learn.

The conclusion that the kindie buat about Danish. Memang tak nafikan yang he's born to be a leader. Since dari Malaysia lagi, cikgu pun cakap yang die nie ada sense of leadership. Next PM, maybe ?

The teacher asked him his favourite spot in kindie and he said the playground, so ambik ler gambar kenangan kat situ.




These are all his drawings, so bila balik sekolah aje, ada aje lukisan die bawak balik. So I just tampalkan kat dinding rumah, like his wall of fame.

Wednesday, 7 July 2010

Ole-ole dari Malaysia

Semalam, sampai lagi satu parcel from Malaysia, kali nie from my inlaws pulak.

Danish kalau bab-bab parcel nie, memang die tunggu-tunggu, so kalau ada yang nak hantar, kenalah we all senyap-senyap kalau tak die hari-hari tanya, bila nak sampai sepecially kalau ada barang-barang die.

Apa pulak yang we all dapat kali nie yer ?

My inlaws kata ada poskan baju tapi untuk Danish aje sebabnya cari baju untuk Ryan tak ada saiz la pulak. Bila Danish tgk Atuknya hantar jersey Brazil, terus die cakap "Atuk nie hantar jersey team kalah buat apa !" hahahahahha.

Daddy Jack ada pesan kat his parents untuk hantar our DVDs collection especially on Thomas and Bob, tapi bila pikir-pikir balik banyak tu our collection kat Malaysa, mati ler kalau my inlaws hantar semua..bukannya apa, takut tak lepas masuk sini aje. Nasib baik ler my inlaws cuba hantar a fews aje.

Then, they all hantar jugak buku-buku education for Danish. Tok Mak die suruh die belajar rajin-rajin. So Danish, lepas nie kenalah buat homework, yer.

Ni my mother in law kirimkan untuk I, rempah beriani, soto and laksa..all the way from Muar dan jugak sepapan rempah sup bunjut. So, lepas nie boleh ler kita makan nasi beriani pulak...heheheh, cakap aje beriani apa, kambing, lembu atau aya...semua siap terhidang.

Danish and his teachers

This is the school Principal, Miss Gaynor Hellier

This is Puteri from Indonesia, an intern student from UniSA, Bachelor in Early Child Education. Dia buat practical for abour one semester at the kindie. Danish rapat jugak dengan die sampaikan kalau balik Danish cakap "Mummy, Teacher Puteri tu kan die dari Indonesia, sama tempat dengan Kak Ika"

And this is Michele Whitburn, she's a Early Childhood Worker kat kindie and dia baik sangat dengan Danish. She's Argentina biggest soccer fans. Selalu borak-borak ngan Danish pasal soccer and bila break, main bola sama-sama ngan Danish.

Danish's favourite teacher, Miss Sherryl Whitehead. Sekolah nie ada sorang aje cikgunya sebab tak ramai pun students kat sini. Lagipun ada beberapa pembantu like bilingual teacher, Moi and Zara, tapi they all tak datang masa hari tu.

To all the teachers and staffs, thanks you for giving the opportunity to Danish in experiencing some learning environment here. I'll appreciate it so well.

Tuesday, 6 July 2010

Tuan rumah, Tukang kebun malahan tukang paip juga

Sabtu lepas adalah hari rent collection so we all mengadulah dengan Mr Rocco pasal paip air rumah especially hot water yang macam ketat sikit...winter nie takkan nak basuh pinggan dengan air sejuk, boleh beku tangan nie.

So, semalam die datang untuk betulkan sendiri. Lama jugaklah die mengodek paip tu. Macam rumah jiran sebelah, Ayu pun dah berapa kali kena komplen pasal paip jugak, sampai 2-3 kali die datang nak betulkan, tapi tak berjaya jugak..last-last panggil plumber aje. Habis cerita. Mr Rocco nie, kalau die rasa die boleh buat, die buat sendiri, kalau masih tak berjaya jugak, then barulah die panggil kepada sesiapa yang pakar.

Graduation session

Rupanya after the cuppa session, the teachers put a small effort macam ada small presentation for the graduates. Kiranya macam graduation ceremony la yer. So, sepatutnya dalam 1245 macam tu, the children dah boleh balik tapi disebabkan the children makan macam nak rak, so tertnagguh la sikit.

Setiap seorang pelajar yang akan meninggalkan kindie akan diberikan macam penghargaan oleg the Principal, Miss Gaynor di hadapan semua ibu bapa. Lebih kurang macam apa yang baik untuk setiap budak-budak. Bila tiba untuk Danish, rasa macam nak menitik air mata nie. Banyak benda yang bermain dalam mind.

Bermula macam mana perasaan I tak dapat hantar Danish ke sekolah di Malaysia, then his progress in Tadika Aman Ceria, after that masuk pulak Magill Kindie. Tapi paling sedih rasanya bila saat-saat ini tidak dapat dikongsi dengan keluarga di Malaysia. They all hanya boleh menyaksikan gambar-gambar yang I post kat FB dan juga vc acara bersejarah ini.

Setiap students yang graduates diberikan medal as a winner. As The Principal said, everyone is a winner in this class. And I believe its true !!!!.

Danish's drawing..hmmmm nampak sangatlah tak creativenya. Tak apa, Mummy will teach you how to draw...Mummy is Art & Design student tau, so nanti kita lukis yang lawa-lawa yer.

This is the classroom cum reading and play area. The students will spend most of the time here.

Nie pulak tempat makan and some other activities. Ada jugak computer lab kat bahagian belakang tu.

A small library for children. Buku-buku boleh juga dipinjam. Ini adalah salah satu cara untuk memupuk minat kanak-kanak untuk ke library dan meminjam buku. Good implementation !

All the childrens' birthday ada di sini. So, each month menang ada a small celebration for the kids.

Danish was so happy that day. He really different now compare to last year. Hope that he will be better and much more better in primary school.

As for Ryan the Lion, memang tak boleh berpisah ngan Daddy Jack. Sanggup bergayut kat kaki.

The parents, ada juga yang datang lambat, maybe bekerja. They gave 100% support to their kids.



The video that I managed to capture and kongsikan bersama-sama. Yesterday, dapat message from Ayah.

Dato' Abdul Manan Ismail 04 July at 23:19 Reply
Ayah cuma dapat tengok video graduation danish malam ini kerana ayah tak bawa balik broadband ke kuantan, ayah really feel proud of him, his a good and nice grandson, ryan pun nampak, nitis airmata tengok cucu ayah berjaya

And I rasa macam nak balik Malaysia aje bila membacanya.....


Monday, 5 July 2010

Rumah baru dan keluarga baru

Semalam ,we all satu keluarga menolong Kak Shidah sekeluarga untuk berpindah ke rumah baru. Rumah baru Kak Shidah nie lebih kurang 5 minit aje dari rumah I, kalau sejuk-sejuk ni idak ler terdaya nak berjalan kaki. Kak Shidah ambik keputusan nak pindah dah lama dah, even masa die duduk rumah lama die kat Holden Hill lagi sebabnya rumah lama die tu 2 bilik, so die nak cari rumah yang 3 bilik and dekat ngan Uni, so senang la sikit.Lagipun bolehlah menjimatkan masa dan juga tenaga dan RM. Rumah baru nie tantihe previous tenat is Malaysian so mmg die rekomen habis Kak Shidah and family kat owner. The new house is more spacious that the previous one, nanti I'll blog about that, later

Then, petang tu pulak, we all pergi berjumpa dengan one family yang baru sampai ke Adelaide nie. Kak Surah namanya. Kak Surah from UUM and she will do her Phd in Uni Adelaide. I ada email her some info since die datang with her family and ada 8-months baby. I shared with her some info like susu, persiapan die from sana especially untuk sampai ke Adelaide nie dalam waktu winter so nanti takut die and the family terkejut pulak. Alhamdulillah, semuanya telah selamat. All the best kak with your study...dont worry, we will help you in any ways.

Cuppa and chat-parents get together

Last Thursday is like end of Term 2, so after this, semua budak-budak sekolah cuti selama 2 minggu and akan masuk sekolah untuk Term 3 on 19th July 2010.

Danish's kindie adalah buat majlis beramah mesra antara parents and teachers untuk meraikan the children yang akan memasuki alam persekolahan, kira macam graduation day la nie. So, parents digalakkan datang sesambil tu, bolehlah beramah mesra dengan cikgu-cikgu. Makanan ada yang pihak kindie sediakan dan ada juga yang mak ayah bawak.

Children, parents and teachers makan makan pada waktu yang sama, so sesambil makan tu, mak pak borak-borak then anak-anak bolehlah main. Sessi sekolah hari tu dilambatkan ke pukul 10.30 pagi, then parents boleh join untuk makan-makan tu dalam pukul 12 gitu.

The playground. Danish suka main kat sini kalau pergi skolah. I think, mana-mana-mana budak pun, kalau pergi sekolah tadika memang suka main ler.

Masa nie kelakar sikit, semua tgh nak berebut-rebut ambik makanan, tetiba the Principal cakap, "Take only 5 items of food "..yer l, budak-budak tu tengah lapar, so nampak semua makanan sedap-sedap, apa lagi rambang la mata masing-masing.

All the kids duduk atas tikar..Yes !!! ada tikar kat sini, hahahahha and mak pak just mingle around ajelah. The boy yang pakai baju hijau tu is Danish's best friend, Daniel tapi depa tak pergi primary school sama-sama.

Thought of nak masukkan Ryan to kindie jugak but maybe after I've done the toilet training dululah. Maybe in 2 years time, dalam umurnya 3+. Rasanya masa tu die pun dah boring duduk rumah sorang-sorang sementara Danish pergi sekolah.

We just Danish enjoyed his moments with his classmates

As for me, tengah menahan kesejukan walaupun dah pakai baju tebal. Orang Aussie nie macam tak ada rasa sejuk ker ? Ada mak bapak yang datang pki t-shirt and seluar pendek. I pulak, rasa macam nak bawak selimut aje and tak tertahan rasa sejuk tu.

All the children's name was paste in the wall.

Goodbye message from the kindie leaver.

I turut bangga bila ada nama DANISH kat sini. I never had a dream that akan hantar my son to oversea kindie. Masa kat Malaysia dulu, memang la nak masukkan die ke private kindie tapi tak pernah membayangkan my son will be in kindie with all anak-anak mat salleh.

10 children will leave the kindie and enroll in Primary School in 19th July 2010

Bila tengok Danish happy macam nie, all my worries are gone. Masa sebelum nak datang sini, banyak persoalan yang dipikirkan..how about Danish school ? Boleh tak die bercampur nanti dsbnya..even pernah jugak memikirkan adakah die akan menangis melalak-lalak bila nak masuk kindie macam apa yang terjadi di Malaysia ? Tapi itu semua adalah kerisauan I as a mother and bila dah hadapinya, Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik.

Budak perempuan tu adalah student universiti, buat macam praktikal kat kindie nie.

Danish with his kindie girlfriends...Rebecca and Alexandra. Both of them twins actually. Geram betul tengok mata biru mereka.

The kids really enjoyed their day and the foods. After makan, then terus gi main kat playground.