Nuffnang Ad

Showing posts with label stuffs. Show all posts
Showing posts with label stuffs. Show all posts

Sunday, 13 July 2014

The power of dream


Kalau Daddy Jack ni dia dah terberkenan kat satu benda, dia akan buat survey sana sini then ajak I untuk melihat pilihannya. Macam nak beli kereta ni la. Dia yang diam-diam buat perancangan, pastu ajak I pergi showroom sebab nak tengok and buat perbandingan sendiri.

Entah kenapa, we all trust Honda to be our family car, dah selesa kut dengan our Blackie dulu. Tapi kali ni ni kereta idaman Daddy Jack, senang nak pergi kerja..lagi sporty sikit katanya.

Seronok la muka dapat kereta idaman, kan.

2 bulan lepas, we all bought our 2nd car, also from Honda but kali ni idaman I pulak.
 
I memang suka kereta ni, since dari dulu lagi. Walaupun diberi pilihan beberapa jenis kereta tapi dihati tetap suka dengan yang ini juga.

The Power of dreams, kadang-kadang mimpi itu pasti menjadi kenyataan, kan.
 

Sunday, 14 July 2013

Lets get Arty

Duduk di Adelaide ni memang banyak godaannya, dari segi fashion especially handbags, kasut dan baju, pinggan mangkuk, gadget dapur sampailah kepada barang-barang lukisan. Semuanya cantik dan menarik semuanya.

The sticker section. Budak-budak sukalah main sticker ni. Patutlah masa involved dengan reading session dengan class Danish dulu, after the students habis baca buku dapat macam motivational stickers, beli kat sini rupanya, ingatkan pihak sekolah yang bagi.

Barang crafts jangan cakaplah, memang banyak. Ada sampai rasa macan nak angkut bawa balik Malaysia aje sebab murah dan senang nak jumpa. If ada buat birthday party tak payah susah-susah cari nanti.

The alphabets, harus beli a fews jugak nanti. Dah sketch apa yang nak dibuat dengan all the alphabets ni nanti untuk decor rumah.

Kanvas for painting yang juga akan dibawa balik sebab murah sangat, sementara bosan duduk di rumah nanti, will try asah balik bakat melukis yang dah terperap lama ni. Sometimes melukis ni boleh release stress juga, kita luahkan apa yang menganggu fikiran kita and mungkin akan jadi satu artwork yang menakjubkan.

Saturday, 19 November 2011

kedai pujaan semua dari kecik sampai dewasa

Kat airport pun ada juga Smiggles nie. Kedai yang menjadi kegilaan anak-anak perempuan my Adelaide's gang, tapi rasanya bukan budak aje yang suka, mak budak pun sama berkenan jugak rasanya.

Ibu pun dah berapa kali bila nampak aje kedai nie, masuk and belek-belek. Tapi belek-belek pun ada juga yang tersangkut nak membelinya. Ada tu, cuma beli pen aje sebab nampak cantik.

Mana I tak giler masuk kedai nie. Tengoklah pen-pen nie. I kan budak Art and Design so mmg tak boleh lari dari benda-benda creative nie. Geram jugak menengoknya.

Hahahah, dah dapat satu, belek lagi..

Warna barangan Smiggles nie memang menarik, ada pink, hijau, biru, purple, hitam, putih dan juga grey. Warna tulah yang membuatkan kita tertarik dengannya.

Oleh kerana Ibu dah beli banyak, so dapatlah banyak stamp yang diberikan. Kalau habis kad nie dengan cop, dapatlah free gift. Tak tahulah apa sebab belum pernah penuh lagi. Diary 2012 die pun cantik-cantik juga..hmm, nak sambar satu jugaklah.

Wednesday, 21 September 2011

Kenangan balik Malaysia

Dah berbulan-bulan tak merasa makan pisang, kalau anak-anak bawa bekal pisang ke sekolah tu, mmg anak orang kaya la sebab harga pisang kat Adelaide nie melampau-lampau mahalnya lepas ladang pisanh dilanda taufan awal tahun dulu. Beli 3 biji dah nak dekat RM30 ringgit so bila nampak pisang kat supermarket cuma telan air liur ajelah. Balik Malaysia, tengok kat Giant, pisang bergantung-gantung and apa lagi, beli seiikat terus lepas dendam buat cekodok pisang la.

Dah 3 kali balik Malaysia, so dah tiga kali jugaklah membeli berus gigi. Berus gigi yang sebelum nie tak tahu yang mana satu so better beli baru ajelah.

Mencari Coach cleanser for fabric nie di merata-rata butik Coach tapi semuanya dah habis. Hmm, nak kena suruh orang lain beli and then poskan ke sini la nampak gayanya. Ker nak balik Malaysia dalam masa terdekat nie ? Heheheheheheh.

Monday, 19 September 2011

Seronok dapat showbags

Seronok the boys dapat showbags yang diminta. Kali nie beli tak banyak macam tahun lepas sebabnya kami pergi on last day, so banyak dah sold out. Mujurlah ada yang they all minat tu ada lagi. Kalau tak, terkilan jugaklah.

Mujurlah CARS2 nie masih ada banyak lagi. So, kali nie kena lah beli 2, kang berebut pulak. Cuma dalam tu aje yang minta lain.

My kerinting pun suka sangat. Nak bawa beg pergi sekolah, katanya. Belum masanya nak pi sekolah la Ryan. Tunggu tahun depan yer.

Danish dapat extra sebab nak showbags WWE pulak. Mulanya Kak Azie nak kirim tapi tak jadi sebab Aqil ingatkan dalam showbags nie ada figurine tapi bila cakap ada sticker sahaja terus taknak. Udahnya, Danish pulak yang berminat.

Ni pun dapat extra dari Daddy Jack. Danish beria-ia nak wallet, nak simpan duit raya katanya so ternampak pulak ada wallet dari Adelaide Crows then trus beli dengan some of the memoribillia jugak.

Our Yellow Brick Road bag, hampir penuh, cuma 2 tempat aje yang kami tak pi ambik the free stuffs sebabnya dah hujan lebat. Meh kita tengok apa dalam tu.

Antaranya dapat apple, kiwi, 2 oranges, cereal, muesli bars, jam, pen, some biscuits. potatoes and even sebuku roti. Kali nie nampak macam berbaloi aje.

Nie pun free stuff juga, dapat kat their booth antaranya fridge magnet, free coupons and also some stickers for the boys.

2 kali mencari booth Tupperware nie. Mulanya tak jumpa, bila nampak ada orang pegang catalogue, terus tanya kat die mana jumpa. Pusing-pusing dalam hall, jumpa juga. Hmm, banyak nak mengumpul nie sebab semuanya cantik-cantik la.

I really like this program, Better Homes and Garden setiap hari Sabtu, pukul 630pm. Rancangan about lifestyle and also home and some recipes pun ada juga. Its all DIY. Masa pergi Adelaide Show, they all buat offer the showbags, beli satu free satu. So I ada 2 beg BHAG, dalam tu ada macam-macam stuffs antaranya latest magazines, and also beberapa barangan lain.

Showbags coklat tetap tak dilupakan. Daddy Jack cakap tak payah beli banyak-banyak, dah banyak coklat kat rumah tu. I tak berkenan kat coklat sebenarnya tapi dok berkenan the goodies tu. Geram sangat !!!.

Wednesday, 29 June 2011

Berbuat baik, hasilnya pun baik jugak

Minggu pertama sampai Adelaide, nak pi makan rumah member..ada ker patut ? Dah tak pandai masak ker sampai kena pi makan rumah orang ? Iskh..iskh tak malu sungguh la. Tak adalah, masa I balik Malaysia, ada beberapa member dok kirim barang untuk dibawa balik ke Adelaide. Antaranya Kak Has kirimkan ubat untuk anak-anak die, so I takutlah nak pakai urgent so tu yang hujung minggu kena pi jugak rumah die. Tak expect pun Kak Has sampai nak sediakan mee kari apa bagai untuk menjamu kami sekeluarga.

Ohh nie memang nak cepat hantar cos pengirimnya dah siap tanya dah, Hai and Liza. Merasa juga pi rumah Hai setelah beberapa kali ada aja halangannya untuk ke sana. So, selamat jugak hujung minggu kami tak payah masak.

Ohh yang ini paling awal, Jumaat dah kena bagi kepada tuan punya badan and tidak dijamu dengan makan, tapi COD. Tuan empunya barang nie, siap pinjam FB isterinya untuk bagi msg kepada I, minta Daddy Jack bawak pi uni after 3 hari dah berpuasa. Hampir-hampir tak dapat membeli ini semasa di airport kerana kami masuk departure gate macam lambat sikit. Sampai aje, tgk org masih menunggu so Daddy Jack pi berlari kejap dekat duty free shop yang tak jauh dari gate kami. Sebagai penghargaan, tuan punya badan telah membuat special entry untuk me and Daddy Jack..hehehehe.

Friday, 6 May 2011

Disini pun beli juga

I datang USS dengan memakai sandal bertumit, after few hours kaki memang dah tak tahan dengan sandal tu terpaksa beli selipar nie kat dalam, Banyak pilihan and cantik-cantik seliparnya, rasa mcm nak beli beberapa pasang, tapi tak mo tamak-tamak, beli yang paling berkenan ajelah.

Tshirt jangan cakaplah, banyak sangat beli..bila masuk souvenir shop aje, singgah beli tshirt ikut tema village yang ada di dalam USS nie.

Dinasour tu tempat air, beli and isi air sejuk dalam tu, punyalah sejuk sampai ke kepala sejuknya, then bekas bulat di tengah tu tempat letak popcorn, and luch pack masa lunch di dalam USS tu.

Friday, 25 March 2011

Rempah ratus

We all kan baru balik from Malaysia, so banyak ler bawak balik stok-stok makanan. Mulanya Daddy Jack tak bagi bawak balik banyak-banyak takut tak lepas kastam Adelaide, but I diam-diam pi Giant, beli stok. Sini ada tu memang ada, tapi satu mahal, lepas tu jarang nak jumpa. See, my bekalan makanan aje dah sekotak, jom kita tengok apa dalam tu.

For those yang nak masuk Australi, tak kisahlah nak sambung belajar atau bercuti di sini, sekiranya nak bawak masuk makanan kena put in plastik although makanan tu dah commercially pack and PLEASE PUT ON THE LABEL in English yer, like keropok ikan, just put Fish Cracker. Kalau tak ada label, alamat ke tong sampah la jawabnya.

Tepung cucur Adabi pun I bawak balik, just let saya ada tetamu yang datang mengejut kan, just letak tepung nie then air, lepas tu gorengkan. Tetamu dapat makan panas-panas lagi. Sedap jugak tepung cucur nie, I bawak 2 jenis aje, cucur bawang and cucur ikan bilis.

Nie favourite Daddy Jack, Ikan bilis masin. Bawak balik dalam 6 bungkus, bila dah bungkus baru rasa macam tak cukup pulak. Kalau ada sesiapa kawan-kawan kita yang nak balik Malaysia nanti, kita kirim ajelah.

Nie lah dia antara repampah ratus yang I sempat beli, ini pun rasa sikit aje. Macam Kak Azie, sampai 2 kotak dibawa balik, tapi die siap poskan lagi. Hmmm, kalau ada rezeki balik Malaysia sekali lagi, nak buat macam tu jugak lah.

Rempah kuib pati ayam and bilis, ada orang yang kirim. Katanya yang ada di Adelaide nie mcm berminyak sedikit.

Ini yang paling utama, itupun Kak Shidah cakap boleh bawa masuk, kerisik. Nasib baik ada yang dah siap, sebab masa Raya lepas, cuba buat kerisik, tapi guna kelapa kering. Jadi tu memang jadi tapi taklah berminyak sangat sebab guna kelapa kering, kan. Lepas nie sure sedap my rendang atau pajeri.

Heheheh..nie bukan untuk kami, tapi ada kawan-kawan Daddy Jack yang kirim. Hmm, memang menjadi satu kemestian kepada perokok tegar di sini akan mengirimkan rokok untuk dibawa balik. Satu orang boleh bawa balik sekarton aje, so we all boleh bawa hanya 2 karton sahaja.