Nuffnang Ad

Showing posts with label gift. Show all posts
Showing posts with label gift. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

Thanks semua for the gifts

Tahun ni best la my birthday, kata Danish cos I have lots and lots of present. Yer memang betul, banyak sangat hadiah tahun ini. Sampaikan satu kereta penuh sumbat dengan hadiah aje. Terima kasihlah kepada semua tetamu yang bersusah payah untuk membelikan hadiah pada Danish.

 Kerinting pun sama jugaklah, sibuk nak buka hadiah abangnya.

Hadiah from Ryan to Danish. Dia sibuk suruh Danish buka dulu hadiah darinya.

Sama-sama bukak hadiah, so taklah bergaduh pun. Tapi nampaklah Ryan menelan aje air liur menengokkan hadiah yang Danish dapat. Sabar yer, Ryan punya birthday in October, nanti dapat banyak hadiah jugak.

Mummy pun tak sempat nak belikan Danish hadiah yang best, just sempat belikan LEGO Super Heros aje, Main  tangkap aje sebab I busy buatkan his birthday preparation.

Mujurlah ada Mukhlas anak Kak Zack yang dok jadi best friendnya sekarang after Aqil dah balik Malaysia Januari lepas. So setiap kali bila ada undangan makan-makan, sure tanya Mukhlas ada tak? Kalau tak dia akan bosan.

Daddy Jack suprised him with another collection. I pun tak perasan bila masalah Daddy Jack pi beli barang ni.

Untuk melengkapkan his WWE Championship Belt collection, so this is one of his birthday present from Daddy.

We all tak lupakan our kerinting ni, so belikan juga something for him and siap balutkan agar die tak rasa kecil hati bila tengok Danish dapat macam-macam hadiah.

Ryan suka sangat dengan Jake and Neverland Pirate di Disney Channel. Boleh mengadap cerita tu berkali-kali pun pun tak apa. This year, he want Pirate theme for his 5th birthday. So kena kumpulkan all pirate stuffs here then buat di Malaysia la kalau gitu, bagilah chance kawan-kawan di Malaysia pulak datang untuk memeriahkan birthday Ryan pulak kali ini.

 
Danish was so happy dapat this birthday present from his Coach Micheal, new pair of boots. We all dah tahu dah yang Micheal nak bagi boots cos berkali juga die call Daddy Jack tanyakan saiz kasut dan juga warna yang Danish suka. 

Some of the present ada disertakan birthday card sekali whether its from the shop or buat sendiri. Setiap kali birthday, bila dapat cards ni, I memang simpan dalam album untuk dijadikan memori nanti buat Danish.

Selain dari hadiah, ada juga memberikan some cash untuk Danish belikan apa jua yang Danish nak. Some of the parents even called me and tanyakan apa yang Danish suka untuk belikan hadiah. Bila I cakap, tak payahlah susah payah nak belikan hadiah then they cakap tak apalah, bagi cash aje senang, so nanti Danish boleh beli apa aje yang die nak. Hmm, tapi taklah...duit ni simpan dulu even thought Danish beria-ia nak belanja we all dengan duit yang dia dapat ni. Simpan and nanti kita masukkan duit ni di dalam simpanan di Malaysia bila balik nanti.

Saturday, 22 June 2013

His early birthday gift

Birthday present from Daddy Jack sampai sehari awal. At first the delivery man cakap, they need about 2 people kat rumah untuk tolong angkaktkan barang tu, and they will call first so we all bolehlah minta tolong kawan-kawan terdekat sini untuk menolong angkatkan barang tu. Tapi entah mcmana, petang Jumaat tiba-tiba nampak ada van berhenti depan rumah. Rupanya nak hantar birthday present tu la, so tak sempatlah nak beritahu kawan untuk tolong angkatkan. Dengan hanya seorang pekerja wanita ini, dia boleh aje angkat barang yang beratnya lebih kurang 80kg ni sorang-sorang, sungguh lah gagahnya.

Tak bukalah hadiah ni, terus simpan dalam garage untuk dibawa balik ke Malaysia nanti.

Its a Bat Mobile...hahahahha taklah its only a quad dirt bike for Danish.
 
Dah check semuanya in good condition, tunggu kita main di Malaysia ajelah nanti. Dah survey the suitable place yang boleh main quad dirt bike ni antara yang paling dekat kat belakang rumah Ibu aje, di Kampung Kemensah. Okaylah tu, so setiap minggu boleh main.
 

Tuesday, 4 June 2013

Corelle give away

Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog saya ini, dari tahun 2008 start till today, makin bertambah pembaca. Ada yang saya sempat jumpa dan ada yang berkomunikasi melalui FB, Whatsapp serta Instagram. Tak kurang juga melalui kiriman email. Untuk menyatakan tanda terima kasih saya itu, I would like to give away the most precious items in Adelaide among Malaysian...CORELLE !!!! Bila dan bagaimana, nanti akan diberitahu kelak. Hopefully ada yang berminat. Leave a message if anda berminat.
 

Monday, 20 May 2013

Mothers Day celebration

Seperti tahun lepas, my Mothers Day celebration pagi-pagi lagi disambut di padang bola. Plan pagi tu semuanya tak menjadi. Kononnya nak bangun untuk ke Sunday Market tapi bila tengok hari hujan so tak jadi, tidur balik. Tergolek-golek atas katil till 8am and teringat jomlah breakfast kat luar dulu sebelum off to padang at 9am, so we all pun keluar breakfast kejap. Dah sampai coffee house, tengah tunggu our drinks sekali Coach Danish call tanya datang ke tak? Rupanya game start pukul 845am, apa lagi bergegas lah bungkus semua and terus ke padang. Mujur padang tak jauh mana sangat pun. Malu aje rasa sebab selalu we all orang pertama yang sampai ke padang tapi kali ni we all yang paling lambat. Aishhhh !!!

Kesian tengok the players semua main bola dalam lecak dan padang yang licin. Adelaide dah start hujan so cuaca agak sejuklah sikit. Tapi mujurlah masa hari tu its almost sunny so taklah terasa sejuk sgt.

Danish berjaya menjaringkan gol untuk his team. So perlawanan berakhiran seri 1-1 buat dua-dua team. I guess its the best mother's day present for us.

Sempena sambutan Mother's Day ni, all the soccer moms berkumpul after games then ada small surprise celebration from Coach Micheal and the fathers. Adalah cakes and a few cookies for all of us. I thought nak belikan bouquet of flowers to all the mothers tapi tak sempat sebab keluar pagi sangat.

Budak ni merajuk sebab tak boleh nak bergambar sekali. Dia team lain, lagipun masih bercuti sebab nak betul-betul sembuh sblm games bermula.

 Happy Mother's Day to soccer moms

Games habis around 10am but after the celebration, lebih kurang 1030am mcm tu baru we all bergerak keluar from the stadium. The boys taknak balik, nak berjalan-jalan dulu so we all menuju ke Tea Tree Plaza. Sampai aje TTP, ada lagi 10 minit baru nak buka so duduk lepak dululah kejap.

Dah makan and jalan-jalan pusing TTP so dlm pukul 2 tu we all balik cos petang nanti ada meeting with AJK MyPSA pulak so nak kena prepare apa yang patutu untuk dibawa. Singgah kejap kedai cake untuk beli cake to celebrate Mother's Day bersama family pulak.

 Tahun ni celebration agak lain sikit, siap ada bouquet of flower lagi. 

Hadiah pun tahun ni ada kelainan, dah beberapa tahun asyik dapat handbags aje so kali ni dapat coffee machine, glossy lipsticks from Victoria's Secret yang secretly dibeli oleh Danish dan Daddy Jack masa di KLIA, Ryan punya gift I yang pilihkan...hand and foot spa from The Body Shop. Ada juga frame magnet yang Danish beli di sekolah for me. Okaylah, kali ni sessi menjaga kecantikan pulaklah. Handbags pun dah tak pakai dah pun. Terima kasih to the boys for this lovel presents. Tak semestinya kena tunggu Mother's Day baru nak bagi hadiah, boleh aje bila-bila dapat hadiah, kan.

Friday, 22 March 2013

for Ayah and Ibu, hanya ini yang ku mampu

Masa we all habiskan masa ke Singapore and JB, sempatlah kan pergi JPO. I tak membeli apa pun tapi sempatlah menyambar 2 barang from COACH Outlet, bukan untuk I tapi untuk Ayah and Ibu. Hahahaha, I kan pencinta COACH, so hadiah untuk Ibu and Ayah pun kenalah COACH juga walaupun ada Burberry, DKNY, Ralph Lauren dan macam-macam lagi. Mana boleh derhaka, kan.  Tapi bila I dah bei sampai 2 barang, tanya la juga samada ada free gift like calendar or note books, tak ada...just bagi mineral water ajelah. Hahahahah, tak apalah, janji mineral water from COACH, mana nak dapat, kan.
 
 Hadiah untuk Ibu. Ibu memang mcm I suka pakai handbag besar-besar sebab nak letak mcm-mcm barang dalam tu. adakalanya telekung pun boleh muat letak dlm beg.

Sorrylah Ibu, Yong ni tak kerja lagi..tunggu tahun depanlah Yong belikan handbag atau barang lain untuk Ibu. Ini ajelah yang termampu untuk berikan pada Ibu as a birthday present.

Lupa pulak nak ambil gambar hadiah untuk Ayah, sempat ambil gambar kotak ajelah. I belikan Ayah leather travel kits, senang Ayah nak letakkan degala documents like passport and moneys dalam tu.  
Hah, sempat google dalam COACH. com cari. Macam ni la bentuk beg I bagi pada Ayah tu. I selalu baca juga dalam a few blogs yang cakap COACH kat JPO tu banyak juga fake products sebab tak pernah nampak kat boutiques di KL. NOPE !!! they not selling any fakes cos the products are out of season and ada yang diimport from Singapore and US directly. Memang pun masa I pergi JPO tak pernah nampak certain pattern di KL tapi bila tengok dalam katalog, mmg ada. So no fakes in JPO yer.


Thursday, 14 February 2013

Ole-ole from Sabah

 
Sempat jugalah membawa balik plush toy Orang Utan ni. Siap ada bunyi lagi. Ryan paling suka picit bunyitu sampaikan rasa bingit kejap. Sepanjang jalan balik tu, sibuklah gantung kat leher sambil picit bunyi orang utan tu.
 
Danish pun sama naik jugak, Sibuk nak gantung orang utan di leher.
 
We all balik KL flight petang, dalam pukul 5. The boys kena paksa jangan terlelap dalam kereta yang hantar we all ke airport takut tak boleh nak bangun ataupun cranky cos tido kejap sangat.
 

Udahnya, masuk dalam cockpit, 10 minit lepas berlepas, masing-masing dah tertidur kepenatan. Tak sempat nak makan pun.

Ryan sampai touch down pun masih tidur juga

Makanan in flight kali ni agak mengecewakan sikit, tak berapa sedap but the coffee still the best

Sampai KL dalam pukul 730 malam

Sebelum pergi claimed luggage, Ayah of course la singgah dulu toys section untuk belikan present untuk cucu-cucunya yang lain juga. tak sempat nak membeli di Sabah so beli kat KLIA aje. My kerinting ni sibuk nak beli Baby Alive ni, nak main katanya. Ehh, apa ke halnya pulak? So bila tak bagi beli, mcm nilah mukanya.

Buts till belikan Babby Alive tu tapi bukan untuk Ryan, untuk his cousin yg girl juga but Ryan tumpang main ajelah. But still sampai KL pun masih tetap setia dengan orang utan yang digantung dilehernya itu.
 

Tuesday, 17 July 2012

Hadiah untuk ayah

Sehari sebelum balik Malaysia, sempat jugaklah we all belikan hadiah untuk Ayah sempena birthday. Ni first time after 2 years tak belikan apa-apa hadiah untuk Ayah. Lama sungguh tak belikan present utuk Ayah. Malu rasanya.

Dah tak pikir panjang dah, terus we all berdesup ke City untuk belikan barang yang sesuai dengan Ayah. Nak beli perfume but Ayah dah banyak collection of perfume. Actually, macam-macam juga trpikir hadiah yang sesuai dengan Ayah, mujurlah ada juga yang terlintas nak beli. Adakalanya buntu juga nak memikirkan hadiah untuk orang lelaki nie.

Hmm, nak belikan hadiah untuk Ayah, tapi mata dok rambag tengok handbag pulak. Udah ler tu..yang ada pun tak terpakai lagi.

Okay, dah settle satu perkara sebelum kita balik Malaysia. Dah alang-alang sampai City, jalan-jalan la sekejap sambil cuci mata tengok Stocktake sale, kan.

OROTON untuk Ayah Nan, ini ajelah yang termampu nak pikirkan hadiah untuk Ayah. Bila Danish and Ryan berikan masa kami sampai tu, nampaknya Ayah berminat pulak dengan jenama nie. Selalu dok pakai brand sama aje. Okaylah tu, lepas nie nak bershopping jgn lupa tunggu Yong balik ajelah, manalah tahu..bolehlah terselit handbag satu..handbag lagi ..