Nuffnang Ad

Monday, 7 October 2013

My last day in Adelaide

Masih bermood di Adelaide lagi walaupun dah dekat sebulan balik Malaysia. Yeah, I tahu ramai yang beranggapan berpijaklah dibumi yang nyata, tapi bukannya mudah nak melupakan pengalaman selama 3 1/2 tahun itu kan.

 
We all bergerak ke airport awal, nak singgah City dulu nak mencari barang for last minute shopping. Aishh, dah nak balik pun masih sibuk nak bershopping lagi kan.
 
Teman sepermainan dan juga yang paling dekat dengan we all. Selalu tengok kita yang kena tinggal, kali ni kita pulak yang meninggalkan mereka semua.
  
Ke Rundle Mall nak mencari beberapa barang untuk the boys. 
Mencari ini sebenarnya, baju Crows yang latest dan juga for this final season

Suka lah Danish dan Ryan dapat jersey, away and home serta tshirt from Adelaide Crows untuk kenang-kenangan.

 Rindu nak mengopi di Cibo, sambil makan the tuna sandwich yang sangat sedap

Makanan dalam flight adalah sangat ditunggu-tunggu tapi entah kenapa this time around the food selection sangat tak best mcm sebelum-sebelum ini.

Hahahha, we all makan ice cream ni sorang dua, memang sedap.
 
  
Budak kerinting ni tidur kejap then main game after that tido balik. Bangun kejap nak makan biskut pulak, mujur ada stok makanan dalam bag, so makan puas-puas.
 
Ni pun one of my favourite jugak ni. Chicken puff with Tomato relish, sedap tak terkata.

Tenang kejap tengok pemandangan di luar, jauh dari segala kekusutan yang melanda

Bila sunset dah mula melabuhkan cahayanya, then baru I sedari, hanya beberapa jam lagi akan sampai di Malaysia.

Sampai di KLIA lebih kurang pukul 730 mlm, dah ramai yang menunggu di balai ketibaan, as usual perut secara automatik menjadi lapar.

Muka masing-masing keletihan aje, 6 jam dalam flight, tambah dengan beberapa turbulence mmg letih sedikit tapi bila dah jejakkan kaki di KLIA tu taklah rasa risau sangat.

Sampai-sampai tekak terasa kering ya amat, so nampaklah pulak ada gerai yang menjual teh ais, aduh lagilah terasa nyaman tekak ini dibuatnya.


Friday, 4 October 2013

Malam terakhir di Adelaide


Jumaat terakhir di Adelaide, we all mendapat jemputan dari Faizah untuk bertandang ke rumah barunya di Devon Park cos ada a small celebration with some other friends juga. Tapi since petang tu we all nak kena serahkan kunci rumah then dalam pukul 530pm barulah we all bergerak keluar, but singgah City kejap cos nak beli ada satu barang yang sangat-sangat penting.

Singgah sini kejap, beli then terus cabut. Tapi ada beberapa perkara yang tak diingini berlaku so we all terlambat ke rumah Faizah. Udahnya tak sempat nak jumpa Najwa, Kak Wan dan juga Surah yang menunggu we all kat sana. Ampun dan maaf yer, tak sangka la pulak ada banyak masalah kat City tu.

Lepas makan di rumah Faizah, we all decided nak ke Royal Adelaide Show balik, rasanya selalu mcm ni. Tak pernah pergi sekali, mesti akan berkunjung untuk kali kedua tapi kali ni pertama kali pergi waktu malam and kebetulan pula ada pertunjukan bunga api. 


Tak sempat nak belikan anak-anak Ummi hadiah yang bersesuaian, so sempat belikan the showbags aje untuk Farah, Afiq dan juga Cha. Balik malam tu, semuanya dah masuk bilik nak tidur so we all simpan dululah, pagi esok baru bagi. Esok paginya nampak muka si comel ini, sambil pegang her showbags and said "Thank you, Aunty Gina" I miss your keletah la Cha.

Danish sad moment

Selain Ryan, we all pun buatlah juga farewell lunch for Danish school teachers, bukan sorang dua tapi satu sekolah. Dalam pukul 1, cikgu ada lunch break so we all letakkan all the foods dalam teachers lounge so senang makan kat situ aje. Lagipun ada small kitchen so taklah rasa susah nak mengemas semua.

Ada ramai cikgu di sekolah Danish ni, so masing-masing bila tahu ada makanan so depa suka nak merasa especially makanan Asian ni. 

Favourite PE teacher, Mr Thom. Another favourite teacher tak datang pulak, Marc Johnson.
Dalam 10 minutes sebelum kelas tamat, Miss Natalie mengarahkan semua classmates Danish keluar awal untuk sessi bergambar dengan Danish. Ohh sangat terharu dengan cikgu kelas Danish tu.

Danish final moment with his classmates

After Miss Natalie dismissed the students, semua like "take care, Danish. We will miss you" and even "no more soccer during recess"

As a mother, I tahu Danish sedih. He really hate goodbye. I memang noticed Danish ni penyedih orangnya.

Dia cuba nak elakkan dari kesedihan itu, so bila ada kawan-kawan yang said goodbye, he tried to like elakkan. Im sorry sayang, we have to say goodbye to all of your friends here.




I can see the tears in his eyes, tapi dia tahan. Nampak matanya yang bergenang dengan air mata bila nak berpisah dengan kawan-kawan. I pun sedih juga cos after 3 1/2 years Danish belajar disini, ramai kawan-kawan from pelbagai background and suddenly nak berpisah.



Its okay Danish, we still can contact your friends with the social networking yang Miss Natalie dah buatkan tu.

Geng yang paling rapat dengan Danish di dalam kelas

Antonio, Samuel, Danish and Brody. Since masuk mainstream mereka dah bersama dari satu kelas sehinggalah sekarang. Bila recess, geng inilah yang selalu main soccer, handball bersama-sama di padang tu. Its okay Danish, we will find a new friends for you here, Insyallah tahun depan dah mula amsuk sekolah di Malaysia so hopefully tak ada masalah untuk mencari kawan yang baru.

Tuesday, 1 October 2013

Farewell to kindy teachers

On Friday 13 September, we all decided to have a small farewell celebration for Ryan at his kindy with friends and teachers. We all kena berada di kindy awal sikit cos hari Jumaat session habis around 1130 am so dalam pukul 11 am dah nak kena sediakan semuanya.

Tak percaya rasanya that Ryan nearly completed his kindy days here after 1 1/2 years masuk kindy. If I stay lama sikit, maybe sempatlah tengok dia masuk primary school bersama-sama Danish. 


I buatkan makanan yang simple aje, like potato bites, chicken and fish fingers and some fruits. Itu pun dah okay. Tak boleh nak buat beria-ia sangat as ada some of anak-anak Aussie ni banyak allergicnya. Macam Ryan punya session ni ada 2 orang budak yang allergic, one is nuts and the other one allergic to tomato. Ala, kesiannya, terbayangkan tak boleh nak makan pizza.

Si comel Arissa yang tiba-tiba nak datang ke kindy dengan tudung, nampak comel gitu yer Cha.


Goodbye moment with one of the teacher, Sae Young from Korea. Selain dari Patrea, Sae Yong pun rajin melayan Ryan di kindy, so if Patrea not around taklah rasa kekok sangat cos Sae Young banyak membantu menguruskan budak-budak lain.

All the teachers in kindy, Sae Young the assistant, Jasmine the Director and Patrea the Teacher.

Dah menjadi kebiasaan pada Ryan, nak balik sure bersalam and cium tangan his teachers, mula tu mereka agak kekok juga tapi bila we all terangkan then mereka pun faham and dah biasa dengan situasi itu.


Patrea yang sangat membantu dari mula-mula Ryan masuk kindy dulu. Shes the one yang layan Ryan yang pada mulanya menangis bila ditinggalkan di kindy buat pertama kali dulu so that;s why Ryan suka dengan dia ni.

 Thanks Patrea for all your kindness and helps. 

Thanks to all the Campbelltown Preschool teachers for all your hard works and also your  commitment. Ryan memang enjoy la pergi ke kindy setiap Rabu, Khamis dan Jumaat. He even ada favourite story book, which is The Wrong Book, tak berkesempatan nak mencarinya di KL ni, if not kena beli online la jawabnya.