Nuffnang Ad

Friday, 23 November 2012

Ayuh kita ke pasar tani

Tak pernah nak bawa the boys ke pasar tani atau pasar malam. So kali ni, disebabkan masing-masing dah bangun awal and Daddy Jack pun ajak ke pasar tani untuk cari breakfast so jomlah kita buat lawatan sambil belajar dengan the boys ke pasar tani.

Macam-macam barang basah yang dijual di pasar tani, kan. Ada yang menjual ayam, daging dan ikan. Nampak orang jual umbut terasa nak makan masak lemak umbut kelapa and paling tak tahan tengok petai yang gemuk-gemuk..sedapnya buat cicah ngan sambal tempoyak. Gulp !

Tak ketinggalan yang menjual sayur-sayur, especially sayur sayur kampung..sedapnya buat ulam. Dahlah lama tak makan ulam-ulaman kampung ni, di Adelaide hanya timun and salad pengganti ulam. Tapi bila di pasar tani nampak pegaga, pucuk gajus and daun selom rasa seronok sangat. Dah lama juga mulut ni tak mengunyah-ngunyah kerepek. Yang best tu siap ada tester lagi. Dengan 3 bungkus RM10, dapatlah beli kerepek pedas, kerepek pisang dan juga tempeyek.
 
Ryan yang agak pelik tengok suasana di pasar tani. Becok mulutnya bertanya sana sini. Nampak orang jual nasi lemak, siap menari-nari lagi. Ada kes nasi lemak ni dengan Ryan since dari Adelaide lagi. nanti lah I ceritakan. Nampak orang jual lemang pun melopong kejap.

Kuih muih and makanan jangan cakaplah, banyak sangat dijual di pasar tani ni dari yang dah masak, frozen sampailah pes and rempah masakan pun ada juga. Ada gerai budak-budak muda yang menjual berjenis-jenis cucur like cucur udang, ikan bilis, labu, pisang, keledek and durian serta pelbagai jenis cucur lagilah. Sedap, 14 biji hanya RM2. Ingatkan nak breakfast denga n nasi dagang, tapi beratur punyalah panjang, maybe some other time la kan.

Okay, breakfast minggu pertama ke pasar tani. Penuh meja sampaikan tengahari pun dok mengulang makan yang sama juga. Daddy Jack dok teringin lama nak makan yong tau foo, while me dengan putu piringnya and the boys nasi lemak and ayam goreng aje pun cukup dah.
 

Thursday, 22 November 2012

Leha Kelfood...apasal Kelfood pulak?

Pagi tadi sempatlah berbreakfast di Leha Kelfood. Kenapa pulak namanya Kelfood, rupanya Kelantan Food. We all sampai dah nearly pukul 10am so nak letak lauk pauk yang penuh di kaunter makanan tu.

Mostly makanan yang disajikan adalah makanan Kelantan like ada laksam, nasi dagang, nasi kerabu dan bermacam-macam jenis kuih muih. Ada juga nasi lemak dan roti canai.


My kerinting ni dapat nasi lemak and ayam goreng aje pun dah cukup dah

  Danish pun sama juga, padahal punyalah banyak pilihan lauk pauk

 As for me, nasi kerabu menjadi pilihan di pagi ini. Dah lama tak merasa makan nasi kerabu biru ni, di Adelaide merasa juga makan nasi kerabu tapi versi kuning.


Masing-masing bersarapan dengan berselera, jarang dapat bersarapan nasi kerabu ni

Bila dah kenyang, sebelah tu ada 7E, sibuklah nak kesana semata-mata nak beli Kinder Joy. The boys mmg suka aje nak beli Kinder Joy ni sebab nakkan toys yang ada di dalam tu, coklatnya hanya sentuh sikit aje. Dahlah mainannya bukannya sama if beli 2,itupun tadi dah bergaduh jugak sebab berebut mainan. Iskhhhh..iskhhhh.

Wednesday, 21 November 2012

London time !!!

2 minggu lepas, Ibu bercuti-cuti ke London bersama Ayah Da dan juga Ucik selama 10 hari. Wah!! seronok yer berjalan-jalan, bila suruh mai Adelaide, ada aje alasannya tahu-tahu dah sampai ke London yer. We all just bagi Ibu duit belanja ajelah, untuk Ibu buat tambah membeli belah disana.

Flight Ibu malam, dalam pukul 12 tgh malam and naik Airbus pulak tu. Syoknya. Hmm, selalunya Ibu yang hantar we all balik Adelaide, tapi kali ni, we all pulak yang hantar Ibu ke London.

Dapatlah tengok Ibu upload gambar-gambar perjalanannya di sana. Dah macam Daddy Jack pulak berjalan melawat stadium. Maklumlah anak menantu kaki bola and masing-masing sokong team yang berbeza so mak mertua kenalah pi melawat stadium untuk team Arsenal, Manchester United, New Castle and juga Liverpool untuk membeli souvenir untuk menantu dan juga cucunya.

Ibu not only in London tapi jauh berjalan sampai ke Scotland sana tu. Pastu sepanjang perjalan ke Scotland tu siap singgah merata-rata tempat lagi. Tak tahan tu bila berkunjung ke tempat pinggan mangkuk, siap mms lagi beberapa gambar koleksi pinggan mangkuk yang dibelinya...Ohhhh tidak !!!!

Kalau ke London, tak sahlah kalau tak ke Bicester Village kan. Kan sini pun dah bershopping sakan dah pun. Huhuhuhuhu, masa Ibu offer ajak pergi hari tu, tak mahu, hah sekarang kan dah menyesal.

Lepas dah pi berjalan ke London ni, jgn lupa datang ke Adelaide, lagi yer sebelum we all semua balik. Datang and lepak lama-lama sikit, kalau boleh datang masa musim sejuk so nanti boleh tolong Yong packing barang yang nak bawa balik, kan.

Aiyoooo !!!! Ini yang paling tak tahan...ada tak Ibu belikan ini untuk I? Hmmm tunggulah Jumaat ni Ibu balik.
 

Monday, 19 November 2012

Oh, gerunnya

Kadang tu bila pergi GIANT, gerun jugaklah tengok harga groceries sekarang ni. Tak sama macam I tinggalkan Malaysia dulu. Harga beberapa barang begitu melambung tinggi, taraf hidup orang Malaysia pun dah semakin tinggi. Itu pada yang berkemampuan, yang tak berkemampuan tu, kasihan pula rasanya. Antara yang membuakan rasa terkejut melihatkan harga coklat ni, di Adelaide bila ada offer, kadang tu buy 2 for only AUD5, which is kadang beli makan tak habis sebab terlalu murah sgt-sangat. Tapi siaplah kalau sakit gigi, pernah terdengar ada sorang minah Aussie cakap pada anak die "That lolliies is only AUD1, but the cost of your teeth will be AUD1,000".

Tengok lemon berlonggok-longgok macam ni, teringat bila ada majlis makan-makan ada kawan-kawan yang akan sedekahkan lemon yang banyak berbuah di belakang rumah mereka untuk kawan-kawan yang lain. Punyalah banyak lemon di belakang rumah sampaikan basuh ayam and ikan serta tangan pun guna lemon yang berlambak-lambak. Di GIANT, harga lemon sebiji mencecah sehingga RM1.50. 

Pernah ada my Adelaide's gang yang dah balik ke Malaysia cakap, di Adelaide la kita merasa buat majlis BBQ,ajak kawan-kawan makan ayam and daging puas-puasnya sebab bila balik Malaysia, ayam mahal sgt and tak tahulah bila masa nak ajak makan BBQ ramai-ramai lagi. Hmm kalau di Adelaide tu, I okaylah tapi bila balik Malaysia I kan still duduk with my parents so taklah terasa sgt membeli barang-barang basah ni. 

Kat Adelaide, suka sgt minum Farmer's Union Iced Coffee, so balik Malaysia for good nanti nampak gayanya inilah yang menjadi penggantinya.

No comment

Biskut shortbread tu adalah pilihan the boys, sekali buka boleh habis sekelip mata aje.

Banyak juga barang yang biasa tengok di Adelaide dijual di Cold Storage, tapi harganya dapat membeliakkan mata aje. Jangan risau, I masih berpijak di bumi yang nyata. I tahu yang tak selamanya I duduk di Adelaide tu, so tahun depan dah nak balik dah. So jangan anggap I ni mengada-ngada, duduk oversea baru 3 tahun dah nak compare sana-sini. I just nak ingatkan myself that bila duduk di negara orang, kita pun berbelanja dengan berhemah so bila balik di Malaysia, kenalah pandai berjimat cermat mcm duduk di Adelaide juga, tak semestinya kena pakai barang dapur sama mcm di Adelaide juga. If rasa harga ayam mahal untuk jamu kawan-kawan dtg rumah, maybe boleh buat seafood BBQ, ataupun of rasa harga brown onion mahal switch tu bawang merah biasa. If rasa semua harga barang mentah mahal, makan kedai ajelah. lagi senang.
 

Friday, 16 November 2012

Dating dengan Ibu

Jumaat lepas, Ibu ajak pi KLCC. Daddy Jack malas nak ikut so dating berdua ajelah dengan Ibu. Lagilah seronok dapat jalan-jalan tanpa perlu berkejar-kejaran. 

Kebetulan pula we all sampai during lunch hour on Friday pulak tu, so ramailah wanita-wanita yang mencuba kasut and handbags di level ni. Punyalah ramai, rupanya gaji masuk awal cos Deepavali tu yang penuh level handbags and kasut ni. Hmm, dah lama tak pakai high heels, last on March 2011, lepas ni kena practice pakai high heels balik la jawabnya. Tapi seram pulak tgk high heels zaman sekarang nie, punyalah tinggi , takut terjatuh pulak bila pakai on the way ke kelas nanti, lagilah malu.

Berjalan ke bahagian homeware pulak, sambil menjenguk-jenguk kelengkapan rumah. Tengok koleksi Noritake ada yang sampai memcecah 7K rasa nak terjojol mata ni, then Corningware yang bersusun bertingkat-tingkat tapi tak perasan pulak berapa harganya. 

Dah puas pusing keliling, perut pun terasa lapar. Hmmm, mmg salah timing la keluar time lunch hour yang panjang kan sebab orang ramai giler kat Signature Food Court and Ibu decided makan waffle ajelah for our lunch.

Sebenarnya, ada sebab Ibu ajak keluar ke KLCC ni. Nak mencari hadiah untuk wedding Lee Chong Wei malam Jumaat tu. Selalunya if ada majlis kahwin, Ayah suruh cari kristal aje, tak perlu susah payah cari barang lain. Ingatkan senang aje nak pilih hadiah untuk penganting ni, susah juga rupanya. Sementara menunggu the staffs membalut hadiah yang telah dipilih, sempat tengok ada one girl ni membuat star from paper. Ohhh, itu satu kegilaan dulu, buat start banyak-banyak, letak dalam botol and hias cantik-cantik then bagi kat kawan-kawan as a friendship circle.

Dah lepas ke bahagian homewares, berjalan pulak ke bahagian electrical. Ohhh some of the items I dah beli kat Adelaide like Kitchenaid mixer and the deep fryer. Hmm harganya murah lah sikit berbanding disini. But I tak bolehlah nak compare, kan. Kang ada pulak yang cakap I ni tak berpijak dibumi yang nyata.

Ni dah kat Best Denki, balik ni pun mmg nak survey harga-harga dapur and also some of the electrical products untuk I buat renovation my rumah at Setia Alam nanti. Survey dulu lah, then baru kita boleh tgk kemampuan kita nanti.


Sementara menunggu Ibu pergi solat, I pun yang dah kelaparan petgilah balik Signature untuk makan Mee Wantan di kedai favourite. Ohhh masih sama rasanya, tak ada yang kurang pun. Wantannya masih besar-besar and padat which is so good. Actually kalau ke Signature ni mcm-mcm my fav foods ada, like Teppanyaki, hot plate meals and also Subway tapi mee wantan ini melebihi segalanya.



Bila Ibu dah habis solat, berjalan lagi till masing-masing rasa letih so singgah kat satu lagi my fav kedai, La Cucur for our minum petang pulak. Kuih pun dah banyak habis, tapi adalah kuih serimuka and kuyih bakas as one of my favourite kuih jugak.

So, dah puas berjalan, and makan so dalam pukul 430 pm we all pun beransur balik. Takut balik lambat nanti sruck in the traffic pulak. So balik teruslah singgah rumah inlaws untuk ambil Daddy Jack and also the boys.
 

Thursday, 15 November 2012

Tak sabar-sabar dah

Esok paginya after sampai, terus gi breakfast kat kedai mamak. Macam tak menyempat kan tapi what to do, rindukan roti canai and teh tarik dah tentunya ke kedai mamak NZ.

 Wah !!!! pekena roti telur and nescafe tarik, satu kenikmatan yang yang sangat hebatnya

As for me, mee goreng mamak with telur mata pun dah cukup menyelerakan. Daddy Jack gelak sakan bila I order mee mamak, katanya kat Adelaide pun boleh aje makan mee goreng. Tambah berselera makan mee itu dengan teh tarik. Terangkat !!

Ryan pun dok sibuk minta telur setengah masak and also roti kosong. Berselera sungguh die makan.

Tersenyum lebar Danish dapat makan maggi goreng. Berselera sungguh di makan sampai licin satu pinggan. Hebat sungguh penangan mamak ni, kan.

Wednesday, 14 November 2012

Seminggu sudah

Yup, sudah seminggu kami berada di Malaysia. Seminggu yang membuatkan kami rileks aje. Hahahha dok makan and berjalan sahaja kerjanya. Kali ni we all balik ambil flight pagi. Selama ni balik Malaysia naik flight around 230pm waktu Adelaide and sampai KLIA dalam pukul 8 mlm so sangatlah penat, then the boys pulak akan terbuntang mata mereka sebab dah tido lama dlm flight. Last we all naik flight pagi masa balik raya tahun lepas, tak syok tak dapat menikmati breakfast yang sangat sedap tu. Since dah habis daylight saving, selalu flight pukul 9 pg tapi kali ni dah pukul 10 pg. We all sampai airport dalam pukul 830pg so lepak-lepak la dulu kat Hudson Cafe sambil menikmati Egg sandwich and Hot Chocolate. 

Mujur flight lewat and siang pun dah panjang so we all sempatlah mandi pagi. Hehehehe. Nampaklah segar sikit muka masing-maisng, taklah sembab aje, kan. 

Nasib we all agak baik sikit balik Malaysia kali ini, flight tak penuh so boleh aje duduk kerusi mana-mana and book terus satu row untuk the boys tidur. At first, we all minta seat 2 tepi aisle tu supaya senang la the boys nak tgk view tapi dah counter girl ckp nak book kat 2 rows terus, so we all okay aje. Selesalah sikit Ryan and Danish nak tido.

After 40 minutes take off, breakfast pun disediakan. Ohhhh I love MAS food. Since breakfast ada 2 types of food, nasi lemak and Omelette with sausages. Ryan of course la pilih nasi lemak die, so I makan Omelette ajelah. Masa the stewardess served the brekkie, Ryan dah tido. Die tido after 10 minutes masuk dlm cockpit, masa takeoff dah lena dah. Then, I kejutkan untuk makan his nasi lemak, bangun kejap makan sikit then tido balik sampailah dah nak landed baru I kejutkan.

Masa breakfast, the crews member tak serve the well known coffee, sebab cuaca tak begitu menyenangkan, then 40 minutes before landed barulah they all serve the famous chicken pie with coffee. tapi kali ni ada roasted tomato relish, sedaplah.

MAS will never disappointed me with the services. The food was good and also the crew members. Thanks MAS for the great hospitality. The crew members punyalah baik, siap bagi 2 bags full of MAS signature peanut tu lagi. Sedapnya. Masa dalam flight tu, I punyalah berdoa agar cuaca bila sampai KLIA agak baik sebab dok dengar asal petang aje hujan lebat. Tak nak ada air pocket, kang turun aje pening kepala. Alhamdulillah, cuaca pun baik, bila dah naik aerotrain tu baru nampak awan hitam mulah berkumpul.

Tiada di Adelaide, tol and traffic jam.