Nuffnang Ad

Thursday, 20 June 2013

Danish 8th birthday bash Part 1

Danish 8th birthday celebration disambut dengan tema Superhero. I was so glad Danish memilih tema ini cos after bertahun-tahun memilih tema sukan aje sampaikan naik jemu pula nak membuat all the preps. So, bila dah ada tema yang lain dari yang lain, we all memang all out untuk melaksanakan beberapa perkara untuk menjadikan birthday party Danish satu memori buat kami sekeluarga. Bila tahu tema Superhero ni, Daddy Jack beria-ia suruh we all semua memakai costume Superhero. Mujurlah ada jumpa yang berkenan di hati. Masa pilih costume ni, dalam hati berkata "nanti apa orang cakap, poyo aje they all ni sibuk bercostume apa bagai" tapi bila pikir balik, lantaklah apa orang nak cakap, ini majlis I, kalau ikut cakap orang tak kemanalah jawabnya...ikut orang tu, if rasa poyo tak payah datang, habis cerita.

For the boys, mcm-mcm Superhero yang mereka nak jadi..even dah beli beberapa costume pun sebelum they all make up their mind. Jadilah Ryan the Captain America and Ironman for Danish. Mujurlah Danish tak memilih tema Wrestling, kalau tak, jenuhlah Mummy nak pikir apa character yang sesuai untuk Mummy ni.

Mujurlah ada geng ayah-ayah yang turut menolong untuk menyediakan belon helium untuk menyerikan lagi majlis kami. Terima kasih pada Abang Rodi, Abang Shibi, Abang Fizul dan juga Anep.

Geng yang tak putus-putus membantu dikala I memerlukan bantuan sana-sini, terima kasih semuanya.

By 6pm tetamu dah mula ramai, we all sampaikan tak menang tangan nak melayan semuanya. The kids pun sama, terlalu seronok berada disini, tak sempat nak jumpa pun. Lepas masuk semua berlari ke playland.

Majlis kali ini memang meriah dengan kehadiran families from Danish's soccer team dan juga kawan-kawan sekolahnya di East Torrens selain dari komuniti Melayu disini. Memang havoc jadinya dengan jeritan anak-anak yang menjerit, ketawa, ada juga yang menangis.

Tepat at 645pm semua the kids disuruh makan dulu, sebelum sambung main. Nanti dah main ada yang pening atau perut masuk angin sebab tak makan. So semua masuk party room untuk makan dulu kenyang-kenyang. We all sediakan spaghetti dan juga pizza serta fruits untuk the kids while menu untuk adults disediakan asing.

Ada juga yang dah tak sabar-sabar nak main, so makan pun cepat-cepat aje. Tapi kena pastikan dulu semuanya habiskan at least a slice of pizza.

Seronok tengok the kids yang makan sambil seronok dapat berjumpa kawan-kawan. Wajah-wajah yang comel-comel ini bakal dirindui bila semuanya balik ke Malaysia nanti.

Some of the kids even wearing the costume, mostly Spiderman. Really cool kids !!


Antara tetamu yang sudi hadir walaupun dah malam and sejuk-sejuk ni, terima kasih yer

Ada juga mini celebration belated birthday untuk kawan-kawan rupanya, I tak sempatlah nak join sekali..tahu-tahu ja ada cake bila dah habis majlis ni.

Danish and one of his classmate, Ezequiel yang datang bersama adiknya Cesar

Cheeky boys Adam and Adib yang so supporting bergambar dengan Ironman Danish. Bila tengok Adib teringat masa mula-mula sampai Adelaide, Ryan besar macam ni la tahu-tahu dah 5 tahun dah bila balik Malaysia. Sungguh cepat masa berlalu tanpa disedari.


Wednesday, 19 June 2013

The place for party

After me and Daddy Jack berbincang about Danish 8th birthday, we decided kali ini kita buat indoor pulak since cuaca tak menentu, dengan hujan and winter so taknaklah anak-anak kesejukan dan juga selsema pulak. We all memilih untuk membuat di Wacky Warehouse berdekatan dengan rumah we all aje, senang sikit.

Parking pun mudah, so after hantar Danish and Ryan ke school, we all pun ke Wacky Warehouse untuk bertanyakan tentang package yang disediakan.  Kalau ada budak-budak tak senang nak berbincang.

Banyak package yang disediakan tapi yang jadi masalahnya makanan kena order from them, tak boleh bawa makanan luar. Ada satu package yang hanya membenarkan cake sahaja dibawa, makanan lain tak boleh. Bila we all tengok menunya ada la menu for vegetarian tapi nugget spinach, spring rolls dan fish nugget. Rasanya tak sanggup tengok budak-budak makan itu aje, walaupun sure mereka nak main aje bila disini, tak peduli dah pasal makan. Ada yang kita boleh bawa makanan sendiri, that is kita hire that place for 3 hours berbanding dengan sewa bilik for only about 1 1/2 hours. So after kami berfikir panjang, we decided that kita sewakan aje tempat tu, walaupun ada orang kata kerja giler tapi this is our last birthday party here so we all nak bagi all the kids happy, lagipun nak juga ajak kawan sekolah Danish and juga team soccer die, so mmg ramai la budak-budak kena ada. Tak cukup kalau sewa bilik aje.

Ada jumping castle juga, tapi bila weekend, ianya ditutup sebab selalunya bila weekend mmg ramai family datang kesini so nak bagi kawasan yang luas untuk anak-anak bermain.

Ada giant slide lagi, mmg syoklah the kids main. Rasanya bukan kids aje yang seronok, mak ayah pun tumpang seronok jugak kut.

Some of the obstacles yang ada didalam playland tu. Im sure the kids will love this place

For kids under 3, ada tempat khas untuk mereka bermain, so tak perlulah nak berebut-rebut dengan yang besar, kang hilang atau jatuh susah pulak.

Very clean and tidy. Setiap 2 jam, kawasan ini akan dibersihkan oleh pekerjanya. Sangat efficient they all menjaga kebersihan tempat ini, setiap bola dilap dengan hygiene towel untuk mengelakkan kuman. If ada sampah, cepat-cepat mereka kutip.

Party room, mulanya we all tak nak guna this room tapi since tak mahu ganggu adults punya tempat so we decided untuk gunalan bilik ini untuk makan nanti.

Lots of balls here, setiap kali bola-bola ini tercampak keluar oleh some kids, pekerjanya akan mengutip bola and campakkan balik masuk ke tempatnya tanpa menrungut ataupun masam muka, Muka sentiasa ceria dan manis aje nampak.

Parents akan duduk disini sambil monitor anak masing-masing yang bermain di playland. Birthday Danish pada 10 Jun, tapi majlis ini we all buat awal sehari, 9 Jun cos on 10th June tu cuti Queen's Birthday so tempat ni tutup. Rasanya elok jugak buat sehari awal cos majlis ini bermula at 6-9pm, dah malam so adakalanya time tidur buat the kids so since esoknya masih cuti so bolehlah tidur lewat sikit. Lagipun rasanya, if dah main puas-puas kat sini, balik tu sure masing-masing tidur.

After balik sekolah, bawa Danish and Ryan untuk warm up the place. Danish tak tahu pun yang we all nak buatkan birthday party nya disini pada mulanya after we all bawa die ke sini barulah die tahu. He thought that the party akan dibuat dirumah, after we all buatkan invitation card, barulah dia tahu.

 Memang best tempat ni, tak tahulah samada di Malaysia ada tak package macam ni, setahu I tak ada. Cumanya kita boleh book party room sahaja, nak book the whole place memang tak adalah.

Sementara menunggu Danish and Ryan bermain dengan puasnya, I sempatlah order Fish and Chips disini untuk mengalas perut. Sedap juga makanan dia, ada a few lagi like Tuna Wrap dan juga sandwich tapi nampak Fish and Chips ni lagi menyelerakan.
 

Tuesday, 18 June 2013

Kembali sunyi....

Ibu dan Kak Cik dah balik Malaysia semalam...nak kata sedih tak sedih, suka tak suka so senyumlah dalam duka bila lepas balik hantar they all di airport, rumah kembali sunyi seperti sediakala. Of course ler, datang bawak 2 beg sahaja tapi bila balik sampai kena 2 trolley..Kak Jah oh Kak Jah.

 Melangkah penuh longlai nak balik Malaysia

Danish tak ikut hantar Ibu balik cos sekolah, lagipun tak muat kereta. So Ryan ajelah yang hantar Ibu balik.

Last check before check in barang. Nak kena asingkan barang-barang yang nak clain GST sebab nak clain kena kat depature hall. Bila check in, baggage dah terlebih muatan, mujurlah tak mahal sekarang ni, dulu memang mahal, tu yang orang takut tu.

Sementara Ibu nak settlekan hal luggage bersama Daddy Jack, I bawa dulu si kerinting ni pi minum kopi dulu sambil main kat playland supaya tak kecoh.

Selamat kembali ke Malaysia, Ibu. Selamat menggunakan periuk, senduk, blender dan juga mixer yang baru raya nanti. Jangan jadi hiasan aje.
 
 Claim GST kena di dalam, so kena masuk awal sebab takut lambat.

Selamat jalan Ibu dan Kak Cik, harap sangat Ibu dan Ayah dapat datang beraya dengan we all disini, maklumlah tahun ini tahun last kami beraya di Adelaide, dahlah last year, kawan-kawan pun makin ramai dah balik, so tak meriah mcm dulu kala.

Bila cakap pasal raya, ramai kawan tak percaya I akan beraya di Adelaide, sebab kata mereka I ni unpredictable..tahu-tahu dah sampai Malaysia...Insyallah, I akan beraya disini. Ada a few kawan lama yang masih berada disini, so bolehlah join depa bila raya nanti.

Monday, 17 June 2013

Yes...Ibu datang but today dah nak balik dah

Pagi 9 June lepas, Ibu datang ke Adelaide bersama-sama dengan Kak Cik. Flight MAS sampai awal, dalam pukul 645am. Kebetulan pulak I baru tido at 4am sebab menyiapkan birthday cake Danish, so terlajar tidur till 7am, apa lagi bergegaslah bangun semuanya. Tak beritahu pun Danish and Ryan kehadiran Ibu ni, mcm surprise untuk mereka. Bila they all tanya kenapa pergi airport, we all bagi alasan untuk pick up kawan aje.

Sampai aje airport, rupanya Ibu dah settle dengan Imigresen tanpa sebarang masalah, we all terlambat sikitlah but mujurlah tak tunggu lama mana pun. Dah pesan pun, jgn bawa banyak baju atau beg sebab tahu dah sure akan bawa banyak barang balik nanti.


It was unplan trip pun, Ibu beritahu I nak datang Adelaide on Khamis, then Sabtu malam tu terus datang ke sini. Supposed nak sampai on Sabtu pagi tapi tiket on Friday night tak ada so kenalah datang on Sabtu malam. Danish and Ryan seronoklah Ibu and Kak Cik datang, mmg they all nak sgt ada family members datang melawat kat sini. Danosh la yang paling seronok sekali sebab Ibu ada memeriahkan birthday partynya.


Lepas pick up di airport, bawa dulu Ibu berjalan-jalan ke Brighton Sunday Market, memang rezeki Ibu datang, tahu-tahu jumpa teko Corning 2 biji dihadapan mata dengan hanya AUD4 sahaja. Selama ni Daddy Jack cakap if lambat pi sunday market, dapat beli sayur aje tapi kali ni tak, jumpa harta karun pulak walaupun dah keluar lambat.
 

Datang di kala winter yang tiba so sejuk ajelah yang dituturkan dari mulur Ibu. Katanya masa pergi London dulu pun tak sejuk macam ini. Siap berbungkus apa bagai lagi duduk dalam rumah while the cucu gelakkan lagi adalah.

Sempatlah Ibu berjumpa dengan my Adelaide's gang disini yang turut datang memeriahkan majlis birthday Danish. Ada yang sempat I kenalkan, ada tu tak sempat sebab I pun busy melayang tetamu yang datang pada malam itu.

Malam semalam, sempatlah Ibu sediakan kuih keria yang difrozenkan untuk persediaan Ramadhan I kali ini. I memang tak pandai nak buat kuih keria ni, pernah buat sekali dulu tapi agak keras pulak.

Sessi timbang barang untuk dibawa balik ke Malaysia, tak tahulah berapa banyak yang boleh lepas, macam-macam yang Ibu beli kat sini. As usual, senduk tetap ada. Datang pulak time Stocktake sale, so makin gigillah dibuatnya membeli belah. Sempatlah juga menyambar KitchenAid untuk dibawa balik.