Nuffnang Ad

Saturday, 21 January 2017

The Legoland Hotel - The Room

Okay kita sambung balik, lama betul nak menunggu entry berikutnya...


Dah settle check in, semua orang excited nak ke bilik, cos semua macam tak sabar nak tengok macamana keadaan bilik. Bila sampai lif, semua macam jakun tengok lif di Hotel Legoland ini.

Interior lif pun berunsurkan karakter LEGO malahan siap ada muzik lagi. Kita siap menari-nari la dlama lif, jenuh la orang yang mengawas CCTV tu tengok kelakuan kami anak beranak ni.

Lobby lif pun buatkan we all jatuh cinta, so deco bilik macamana agaknya ya?

We all memilih pirate theme instead of adventure cos rasa bilik pirate lagi best dari adventure based on apa yang we all tengok di internet masa buat booking.

Ada bunk bed juga untuk the kids. I think pirate or adventure, semua bilik pun best sangat-sangat.

Berebut masing-masing nak tidur atas ke bawah, rupanya bawah katil pun ada extra bed juga, so tak perlu nak gaduh-gaduh.

Each sudut dalam bilik semuanya berasaskan LEGO sahaja, even the deco di dinding pun menggunakan bricks from LEGO, manalah Daddy Jack tak jatuh hati kat sini.

Daddy Jack pesan, ambik semua sudut bilik, jadikan kenangan. Mana tahu ada rezeki kita pun boleh buat rumah berasaskan LEGO.

Dalam peti besi ni ada macam treasure hunt untuk the kids, jenuh pikir kod rahsia mereka, sampai petang tak dapat bukak lagi.

Siap tulis nama Daddy Jack kat screen TV

Seronok la Daddy Jack dan anak-anak ke sini, semua memang excited tak terhingga. 

All the toiletries pun semua berunsurkan LEGO, so macam sayang aje nak gunakan

Bilik we all bersebelahan aje dengan swimming pool, so dah petang sikit semua nak pergi berendam dalam pool kejap.


Monday, 9 January 2017

Trip to down under


Pertengahan bulan December lepas, we all pergi bercuti ke satu tempat yang dah lama sangat tak pergi, anak-anak pun tak tahu nak kemana, we all tak cakap apa-apa pun just cakap kita nak bergi holiday kat tempat best sangat. So, packing semua barang-barang, then bertolak dalam pukul 10am macam tu menuju ke destinasi yang menanti.

Plan asal nak menyinggah Muar untuk breakfast di kedai depan hentian bas tapi dah sampai pun dalam pukul 12, kedai pun dah tutup dah cos kedai tu hanya buka for breakfast sahaja, tengahari dah tutup dah. So pusing-pusing la kita mencari tempat makan lain di Muar ni.

Dah sampai dalam pukul 12, so makan tengahari ajelah jawabnya. Muar juga terkenal dengan asam pedasnya so kita pilihlah salah satu destinasi kedai asam pedas yang ada dalam internet iaitu Asam Pedas Jalan JJ. We all sampai orang tak ramai lagi, ada baru beberapa customer aje, so aman la sikit nak makan.

We all aje yang makan asam pedas, the boys tak makan pun, just ambil kuah aje and makan dengan ayam goreng aje. Kuahnya pekat and pedas tapi best sangat-sangat.


Kebetulan pula, di depan kedai ni ada pulak pengedar rempah Mak Pon, ingatkan nak menyinggah beli perencah mee bandung tapi terlupa pulak lepas pekena Asam Pedas.

Meneruskan ke destinasi percutian keluarga, sambil tu siap tapau rojak petis kat gerai tadi. Ingatkan sama aje macam rojak petis biasa tapi lain sikit siap ada kuih cucur and goreng pisang sekali dalam tu, and also ada kangkung. Exotic betul makanannya.

Yahooo, we've reach aour destinastion. It's LEGOLAND !!!!! Bersotak bebudak ni bila nampak we all bercuti di sini, memang salah satu impian the boys nak bercuti ke Legoland tapi kengkangan masa tu and yet banyak masa dihabiskan dengan tournament bola aje bila hujung minggu so we all memang jarang bercuti sekeluarga. Bila ada peluang macam ni, hah terus la rebut.

Dah settle parking, so kita register dulu la. Bilik pun dah siap dah, cuma tunggu beberapa dokumen lain yang disiapkan.

I nampak keriangan bukan sahaja di mata the boys tapi Daddy Jack juga macam melompat keriangan bila datang ke sini.

Seronok dia especially bila nampak mascot macam budak-budak aje, itu belum lagi bila tengok toys kat kedai Lego yang bersepah-sepah di Lobby ni, tak tahu apa benda yang nak dibeli sebab terlalu seronok sangat.

Tema Hotel Legoland ni cuma ada 2 sahaja, Kingdom and also Pirate tapi deconya memang superb la. We all memang impressed sangat dengan deco yang dibuat dengan hanya menggunkan bricks LEGO sahaja.

Even drawing kat dinding pun menggunakan bricks aje, tak ada gunakan water colour or any other medium. Serius memang hebat, and we all tak sabar nak tengok bilik we all pula...

Sambungan ya, kasi la surprise sikit, kan


Sunday, 8 January 2017

Kecederaan

Main bola kalau tak cedera memang tak sah la kan. Ada sekali tu risau juga bila tengok jari kakinya bengkak semacam aje lepas tournament, katanya kaki kena pijak dengan boot orang lain. So menuju ke klinik la jawabnya untuk jumpa doktor.

Kenalah x-ray untuk tengok tahap mana kecederaannya. Harap sangat lah agar taklah teruk mana tahap kecederaan tu.

Me and Daddy Jack menunggu dengan penuh sabar di luar bilik x-ray sambil berdoa dalam hati agar tak serius mana.

Tulang cuma retak sikit aje, Dr cakap tak perlu bersimen atau any balutan, just sapukan dengan minyak panas aje sebelum tidur, no nothing to worry about la.

Tugas Daddy la tiap-tiap malam untuk menyapukan minyak panas pada kaki Danish sebelum tidur, lepas tu berpapah naik tangga ke bilik and tinggikan kaki guna bantal.

I meluahkan bakat yang ada di dalam buku pengajaran harian, saja aje buang masa lukis and conteng-conteng, tapi hakikatnya tangan melukis dah macam keras sikit, kena paksa melukis juga ni, mengajar Seni tapi lukisan haru biru, teruk betul Cikgu Seni nih.

Port Dickson

Memang cuti sekolah masa dipenuhi dengan berjalan and bercuti ajelah. Sementara ada peluang so jangan lah dilepaskan peluang keemasan itu. 

Lama sungguh tak pergi Port Dickson, dulu kecik-kecik rajin Ayah and Ibu bawa ke sini, tapi bila masing-masing dah bekeluarga semuanya macam tak ada masa. Insyallah, akan cuba untuk meluangkan masa bersama keluarga lebih kerap lagi.

Check in pukul 2 tapi kena tunggu bilik clear dulu so kita lepak la coffee house dulu sambil mengadap swimming pool tengok kanak-kanak mandi pool dengan riangnya.

Dah settle check in bilik,  berjalan-jalan tepi pantai la. Cuaca petang agak panas rasa sunburn la kejap. Mana sempat nak sapu losyen semua, tak kisahlah.

Dah lama tak bermain di pantai macam ni, dulu kalau duduk di Adelaide, bila summer aje semua pakat pi berkelah tepi pantai sebab duduk dalam rumah panas berdenting.

Malam, kita join bbq di hotel, semua nampak sedap aje especially lamb la kan. 

We all duduk tak lama pun, 2 hari 1 malam aje pun dah cukup bagi anak-anak happy aje. Lepas breakfast, dalam pukul 10 pagi bertolak balik KL. Sampai rumah, kemas-kemas, lepak tengok TV and santai-santai aje. Kalau dah datang malas tu, apa keje pun malasss aje nak buat walhal banyak aje kerja rumah nak settlekan.

Kan dah cakap, kalau datang kemalasan ya amat tu, nak masak pun malas so menuju NZ Curry House ajelah kita untuk makan malam. Sesiapa yang pergi NZ tu kena cuba Kerabu sotong, telur dada dan nasi putih. Sedap sangat-sangat. Selamat mencuba !!!

Saturday, 7 January 2017

Palace of Golden Horses

Sesekali kita pergi la bercuti-cuti dalam KL aje, tak sempat nak pergi jauh-jauh cuti sekolah ni so kita jalan-jalan dalam KL, then check in hotel. Itupun dah cukup menggembirakan anak-anak dah.

 
Kali ni we all nak duduk area pinggir KL pula. Check in kat Palace of the Golden Horses. Dulunya hotel ni macam gah sangat di tepi highway, tapi bila dah ada bangunan, agak tersorok juga la lokasinya. Sampai aje, we all disambut dengan kolksi bunga orkid yang sangat meriah deconya.

Dah macam zaman dulu-dulu aje deco biliknya. Lampu, kepala katil semuanya ada corak berunsurkan kuda semuanya menepati tema hotelnya.

Not only deco bilik, even barang-barang toiletteries pun sama juag berbentuk kepala kuda. Comel juga, lain dari yang lain.

Hari pertama breakfast, memang banyak pilihan breakfast, from amaericam style breakfast, asian style sampailah kepada kuih muih Melayu semuanya ada disini.


Cantik betul cuaca masa we all ke sini, langit terang benderang. Ingatkan nak mencuba feri yang menyusuri sungai sampai masuk Mines tu rupanya dah ditutup untuk penambahbaikan so malas la we all nak pergi naik kereta, lepak bilik ajelah.

Dah petang sikit, semua nak pergi swimming pool, berendam and main slide. Kebetulan orang tak ramai, so seronok la depa berdua beradik terjerit-jerit main.

Dah penat berendam, semuanya malas nak turun makan so kita makan di bilik ajelah. Order 2 menu and then share ajelah sesama, kang order banyak-banyak tak habis pulak.

Last day check out sempat breakfast lagi, then naik bilik kemas-kemas then dah nak balik rumah semula.

Insyallah, ada rezeki berpeluang lagi bercuti lagi. Maklumlah nak bagi Danish tak nak stress sangat nak exam tahun ini so kena rancang percutian sebaik yang mungkin.


Jalan balik ke rumah agak jem, maklumlah balik time orang balik kerja so memang tersengguk-sengguk la dalam kereta menahan ngantuk. Sampai rumah, bawa turun barang then terus cari kedai makan untuk makan malam pulak.