Nuffnang Ad

Friday, 30 July 2010

Dah nak start collect dah

kredit to Google

Bila ada katalog sampai ke rumah, normally I aje yang layan sorang-sorang, tapi entah kenapa, tetiba Daddy Jack cakap, maybe we will start our Noritake collection. Banyak ler pertanyaan like kenpa orang ramai beli Noritake, apa bezanya ngan Corelle whatsoever...hmmm mana lah I tahu bezanya. Kenalah tanya kepada yang pakar.


kredit to Google

Dalam diam-diam, I minat KitchenAid stand mixer nie la, rasanya kat Best Denki KLCC pernah nampak mixer nie...hmmm banyak betul benda-benda dalam kepala I sekarang nie. Bila duduk oversea nie, semua benda nampak menarik ler cuma kena sediakan ongkosnya sahaja.

Thursday, 29 July 2010

Senangnya bershopping

One day, Danish asked me..."Mummy, kenapa dulu Mummy pakai baju cantik-cantik aje?"...I told him that Im no longer working, so tak perlu la cantik-cantik apa bagai, after all duduk rumah aje..then he asked me again..."Ala, tak apa, masa Mummy buat kerja kat dapur tu, Mummy pakai la lipstick.." Oh no my boy, nanti Mummy rasa macam orang Indon kerja kat restoran...hahahahhaha

Well, entah macam mana, rasa betul jugak cakap Danish tu, while bloghopping from blog to blog since I tak ada kerja, kan...I bumped into this kedai online yang khusus jual tudung. I never had a chance untuk shopping tudung before datang sini, just beli baju aje tapi hampa sebabnya kebanyakannya tak boleh pakai lagi, cos sejuk.

So, banyak jugak yang berkenan..pilih-pilih, asked Daddy Jack to pay for it and the owner boleh hantar ke sini by PosLaju. Berdebar-debar jugak nak menunggu parcel nie cos actually I dah banyak kali terkena bila beli online antaranya hasilnya begitu memuaskan hati, nampak dalam gambar cantik aje, tapi bila sampai, hmmmmm kureng sikit.

I bought 6 design of tudung and hasilnya memang baik. I really berpuashati dengan the design. looks better bila sampai kat tangan I berbanding dalam gambar. Hope to get more tudung from Diva's Closet, soon.

Wednesday, 28 July 2010

Hari-hari muram

Masa I mula-mula sampai Adelaide nie, bila malam, tak tahu nak buat apa, so tengok la cerita The Biggest Loser edisi Australia nie, tapi tak follow sangat, just main tengok-tengok macam tu aje. Then bila rumah dah masuk Foxtel, layan jugaklah a fews tv series.


Entah kenapa, hati dah terpaut dengan TV serie nie, Masterchefs. Nie season ke dua. Program ala-ala reality jugak, a cooking reality TV programme. Ada dapat a fews idea and tips from this programme. So Ahad lepas adalah Finale nya dimana Adam , seorang peguam menjadi juara. Season 1, a woman yang memang. Adam nie mmg gamble aje hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja as alawyer kat Japan and masuk peraduan nie. At first, die nak quit sebab memikirkan masa depan dengan jobless, tak ada rumah dsb, dah akhirnya, die berjaya for Masterchefs 2010. And starting Monday, my life will never be the same....

Tergoda

Hmmm..diam tak diam kan, dah 4 bulan tau I tak makan fast food. Yer la, duduk negara mat salleh, mana nak makannya, semuanya TAK HALAL. Bila lalu McD, KFC just telan air liur ajelah.

Tapi paling tak tahan, bila ada flyer sampai ke rumah dengan gambar-gambar macam nie. Ada few friends here cakap Subway boleh makan, just ambik tuna and vege aje, mana la tekak nak lalu. I remember, kalau pergi Subway, sure ambik Italian BMT and dengan parmesan bread, taruk all the veggies and sos mayo, chilli and BBQ...yummy !!!!

I think kalau tgk flyer Subway tu boleh tahan lagi tapi nie ler yang membuatkan air liur meleleh dan air mata menitis memikir, bila la nak balik Malaysia nie. Tambah pulak bila nengok ada Hot & Spicy, rasa nak balik sekarang jugak. Even Kak Shidah pun, hujung minggu nie nak bawak anak-anak die jalan-jalan ke Sydney, nak makan KFC yang halal kat sana. My Adelaide's gang cakap, Melbourne and Sydney ada KFC Halal. Jauhnya nak makan KFC, sampaikan kena naik kapal terbang tu, kalau kat Malaysia. depan rumah aje. Nie la dugaannya namanya.

Monday, 26 July 2010

Fish Factory

Dah la benar we all tak makan ikan, sampai Danish pun dah bising, bosan makan ayam aje. Tu la masalahnya kat sini, nek beli ikan jauh sangat like 20 minutes drive, pastu bukannya ada jual kat supermarket dekat-dekat rumah nie, kalau ada ikan pun like salmon aje. After a few weeks tertangguh, so semalam we all pun pergi ler beli ikan. Normally, kalau beli ikan, selalunya maybe all beli kat Torrens Island tapi entah kenapa, Daddy Jack malas nak ke sana, maybe sebab jauh kut, so we all just beli kat Fish Factory, lagipun memang tak pernah ke sini lagi.

Masuk aje ternampak benda nie, Sea Urchins..tak tahulah apa ke bendanya. Geli geleman pulak bila menengoknya. Pernah nampak orang masak benda nie dalam rancangan Masterchef, tapi tak tahuler macam mana pulak rasanya.

Ikan salmon trout ni diperkenalkan oleh jiran sebelah. Yer ler, kalau kat Malaysia tu, pergi aje Pasar Tami atau Giant, kitar tahu aje jenis-jenis ikan yang kita biasa makan tapi kat sini, kenalah belajar sikit-sikit dari orang-orang lama kat sini. First masa Man and Aiyu ajar beli ikan nie, ingatkan isi die ala-ala macam ikan salmon tu, oren warnanya tapi rupanya sama aje isingan putih and sedap jugak. So, lepas nie dah tahulah sikit-sikit bab-bab nak beli ikan nie.

First time nak cuba ikan nie, kalau tgkkan bentuk fizikalnya, macam ikan senangin....hmmm tetiba teringat ikan senangin kukus Ibu, sedapnya..Actually, masa nak beli ikan nie, macam dah berangan-angan dah kut-kut kalau terjumpa ikan kerapu @ barramundi or ikan merah@snapper, cos ikan kerapu tu Aiyu pernah beli 3 minggu lepas kat sini and ikan merah pulak, Kak Shidah kirim. Bila teringat ikan kerapu teringat masak sweet sour or kukus, then ikan merah pulak, masak kari atau sup tapi bila sampai...hampa, dua-dua ikan tak ada. Sini ikan-ikan ikut masa, ada masa ada, ada masa tak ada.

Mussels, nama Melayu tak berapa nak pasti whether tiram or kupang. Daddy Jck gemar makan nie but not for me. Daddy Jack said kalau rebus sedap..hmmm tak boleh imagine. Thought of nak beli jugak tapi Daddy Jack cakap next time, sebabnya dia kata akan datang ke sini lagi sebab he has something in minds, bukan psl makan tapi pasal benda lain.

Octopus...is it Paul the Octopus yang boleh predict pemenang World Cup 2010 baru-baru nie ? Hmmmmmmm


Sunday, 25 July 2010

Off to market

credit to Google pic

Dah beberapa minggu nie, we all terasa-rasa nak makan ikan and seafood tapi tak berkesempatan nak pergi fish market and today we hope that sampailah hajat nak ke pasar untuk beli ikan. Bosan jugak hari-hari dok mengadap ayam aje, dahlah all the meats di gantung pembeliannya di rumah ini cos Danish and Daddy Jack tak nak makan daging sebab takut sakit gigi.

Saturday, 24 July 2010

Kena marah, pastu mengadu

Ryan the Lion sekarang nie kalau kena marah ngan Daddy Jack atau I, die menangis dan akan pi mengadu kat Danish. Mengadu sampai tersedu-sedu pastu siap tunjuk siapa yang marah die dengan harapan Danish akan marah kat kiter. He's very sensitive kiddo la, tak boleh tertinggi suara sikit, pastu terus kememeh...iskh, iskh, iskh...

Friday, 23 July 2010

New toys...again

Here in Adelaide, we just can simply pulangkan balik barang-barang yang kita beli, lets say kita dah bosan pakai or whatever, just tengok terms and conditions pada receipt pembelian. Bila nak pulangkan barang, just not tukar, just tunjukkan resit and then they will pulangkan exactly the amount yang kita beli. Last June, Daddy Jack ada belikan Danish a VTEC game as birthday present. Tapi Daddy Jack tengok, Danish macam bosan aje main game tu, so Daddy Jack buat keputusan, nak tukarkan game tu and beli yang lain. Bila call Toys R Us, they all kata boleh as long as semua barang-barang tu masih ada. So, we all tukar and ambik duit balik. Apa yang we all terkejut, masa pulangkan tu, the staff tak check pun kandungan kotak tu, samada cukup ke tak..they just ambik, then bagi balik amount yang we all bayar untuk set game tu. I think here they just based on trustworthy la.
Lagipun sekarang nie SALE tengah merata-rata and Daddy Jack nak cari game yang die and Danish boleh main sama-sama.

Daddy Jack dah aimed this PS3 since KL lagi tapi masa tu mahal sangat. Then the game pun kena beli yang original, pirated punya tak boleh main lagi. So, kat sini, beli concole, dapatlah game percuma dalam 3 set. Then untuk game pulak, ada yang jual yang orang lain punya.

Masih terpikir nak ambik yang mana satu. Kalau tanya I bab-bab game nie, memang tak layan ler sebabnya satu haram habuk pun tak tahu, tapi kalau bab-bab shopping, handbag tu I laju aje.

Kalau nak beli apa-apa atau bershopping ngan Daddy Jack nie kena banyak bersabar, sebabnya, die akan mengambil masa yang lama untuk memilih, sambil tu nak mintak pendapat dan macam-macam lagi. Memang la orang akan kata, baguslah kalau macam tu, well you dont know him, Sekejap kata nak beli, bila dah tanya pendapat cepat sangat berbelah bagi.

I pulak macam berkenan sangat dengan Nintendo DS XL nie. Pernah tengok advertisement die kat TV and tambahan pulak ada game-game like cooking, fashion dsbnya. Hmmm, nak mintak Daddy Jack belikan satu jugaklah nanti.

Lepas berjenuh berfikir, bertanya salesman dan berkira-kira, akhirnya Daddy Jack decided untuk beli XBox 360 with Kenetic Ready untuk both of them. I dont know, bukan duit I, so tak kisah ler.

Muka gembira tak terkata, but I told Danish that main game hanya boleh bila waktu cuti sekolah aje ataupun weekends, hari sekolah tak boleh main otherwise, jual balik. Dia cakap, okay.

So, lepas nie Daddy Jack ler yang kena layan anak-anak die main game. I mmg tak berminat sangat bab-bag game nie. Kang kalau dah termula layan game, tak buat kerja lain ler jawabnya.

Antara game yang Daddy Jack beli is FIFA 2010, so dalam game nie adalah pasukan bola sepak dunia even Malaysia pun ada jugak. So, nak tunggu Malaysia masuk World Cup tak tahu bila tahun, so layan kat game ajelah.

Thursday, 22 July 2010

Wet Winter

Winter in Adeliade is more on wet winter. Adelaide tak ada salji yer, alangkan tak ader salji pun dah sejuk beku duduk dalam rumah, kalau ada salji tak tahulah macam mana gaya sejuknya. Beberapa minggu nie memang asyik mendung and kadang-kadang hujan. Bila hujan, sejuk so rasa malas aje nak buat apa-apa.

A few days, hujan agak lebat, even ada satu malam tu, ribut kuat, habis bergoyang pokok-pokok depan rumah nie. Takut jugak, tetiba ada twister ker apa..mintak jauh ler dari bencana yang bukan-bukan nie.

Dengan keadaan cuaca yang macam nie, berbakul-bakul ler baju tak basuh. Ada yang suggest suruh pergi laundry aj...bila pikir-pikir, malaslah, lagipun laundry self service, then kena tunggu berjam-jam, tak kuasa ler. Baik tunggu aje weather forecast, tgk cuaca elok, baru ler cuci baju.

Matahari pun macam malu-malu aje nak keluar waktu winter nie. Dia tunggu nak keluar waktu summer nanti gamaknya. Sekarang bagi chance dulu kat Cik Winter untuk menunjukkan belangnya..cepatlah habis winter, tak tahan berkelubung dalam rumah nie dah.

The kids

As for the boys, during the event, memang tak pikir apa dah, main ajelah. Kebetulan park nie memang luas and ada playground pulak, apa lagi, main sakan ler after seminggu terperap aje dalam rumah.

Danish nie I tak berapa nak kisah sangat, die boleh mingled aje dengan sesiapa and ajak ak main bola, tapi yang tak tahan tu, bila dah main, payah sangat nak ajak makan.

Budak kecik nie umpama handbag yer, tak boleh dilepaskan. Tapi die nak berkepit aje ngan abang die, kalau boleh tak nak lepaskan pandangan dari abang die.

Tengok tu, even Danish main bola pun, die still nak duduk dekat ngan Danish. Padahal padang tu sikit punya luas, even I ajak die main bola sama-sama pun haram dilayannya. Balik-balik dekat ngan Danish.


They both enjoyed themselves kat park, balik rumah semuanya pengsan kepenatan seharian menjerit, bermain kat padang.

Wednesday, 21 July 2010

My new gang

Keluarga besar di Adelaide. Sini, semua pelajar-pelajar samada postgrads dianggap sebagai saudara mara. Ye la, mak ayah, kakak, adik and abang semuanya jauh beribu-ribu batu, so hanya dengan keluarga ini ler saling bantu-membantu. Ini pun tak semua, kalau ada, sure tak muat kamera gamaknya.

The new member, Ku Maisurah. Baru sampai sini 2 minggu lepas bersama suami dan 3 orang anak. Before sampai sini, Surah pun sama macam I, berhubung melalui email. I pun selalu bagi info kat sini especially bab barang-barang yang die nak bawak masuk especially susu anak sebab Surah nie ada anak kecik, 8 bulan. Time die datang pulak, winter mmg tengah peak, so I taknak ler anak-anak die terkejut ngan cuaca yang sejuk menggila nie. Even waktu event nie pun, the baby agak crancky sebab tak berapa sihat.

Kak Ina yang bertudung and Kak Liza yang bertopi tu. They all nie sekarang dah selamat ada kat Malaysia, balik cuti then hujung puasa balik ke sini balik. Seronok balik Malaysia yer...I nie tak tahulah bila kalanya nak balik. Rindu cuaca panas dan makanan kat Malaysia especially teh tarik dan roti canai...sedapnya !!!!

Kak Azie (in pink) pun sampai bulan May hari tu. Kak Azie nie wife Azul, owner rumah tumpangan kami kat Adelaide masa baru sampai. Kak Azie nie baik orangnya, cakap pun lembut aje.

Me and with Ayu Hairol. Die ni like info bergerak especially dalam hal-hal makanan nie. Die pun tak lama kat sini, bulan 7 tahun depan pun dah nak balik jugak. So, tiap-tiap hujung minggu memang die and keluarga akan berjalan-jalan. Ada aje aktivitinya, even waktu nie pun die baru aje balik dari Melbourne dengan kawan die from Malaysia.

Ramai yang cakap I macam dah kurus...hmmm entah la yer (blushing sekejap!). Like this coat, I beli masa kat1 Utama, saiznya rahsia la yer. Masa nak berangkat ke Adelaide tu, rasa macam ketat sikit, so tak berapa nak pakai, tetiba bila event nie Daddy Jack suruh pakai...ehhh, rasa selesa la pulak. Ramai yang mencabar suruh I kurus bila balik Malaysia nanti, we wait and see la yer.

A mother to be in December, Effa. She's a school teacher, Chemistry kalau tak silap kat Perak and she unpaid leave jugak macam I. She's expecting somewhere in December, so another Aussie baby la nie.

Jiran tetangga, Aiyu. Nie first time bergambar bersama padahal rumah sebelah menyebelah aje. Ayu and Man banyak tolong we all, even carikan ruman sewa yang we all duduk sekarang nie pun, Aiyu yang dapatkan untuk kami. Aiyu nie terror masak tau, tanya aje mana nak cari bahan-bahan masak, semua die tahu. Satu lagi, I nak berguru bab hal-hal pinggan mangkuk Corelle sebelum die balik Malaysia nanti.

Kakak tersayang, Kak Shidah yang menolong we all since dari Malaysia lagi thru emails and FB. And yet, masih menolong we all kalau ada apa-apa yang boleh ditolong. Kak Shidah sekeluarga akan pulang berhari raya di Malaysia kali ini. Yer la, anak Kak Shidah ada 2 orang lagi kat Malaysia nun, kang sedih pulak. Lagipun, Kak Shidah dah selamat dengan her proposal, and she really happy now. Daddy Jack aje yang risau sebab die belum lagi.

I cakap ngan Daddy Jack, gambar nie akan keluar di ruangan salam lebaran di perantauan di surat khabar Harian Metro, Berita Harian, Utusan Malaysia and Kosmo. Yes !!!! We all akan beraya di negara orang buat pertama kalinya....nie belum sedih lagi, tunggu ler bila bulan puasa nanti.