Nuffnang Ad

Showing posts with label Chilli's. Show all posts
Showing posts with label Chilli's. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

Dating

Dah nak masuk bulan 6 ni mulalah mak ayah semput sebab birthday Danish. As usual as party planner yang tidak bertauliah, mulalah membuat persiapan sebulan sebelum berlangsungnya majlis. Tema kali ini, telah diulangi setiap 4 tahun sekali sempena dengan World Cup. Tema yang telah digunakan pakai dari tahun 2006, 2010 dan sekarang kembali lagi pada tahun 2014.

 Misi pencarian venue pun bermula, padang futsal menjadi pilihan utama

 Jumpa satu yang berkenan di hati tapi pencarian harus mencari lagi

Lama tak menyinggah kedai favourite I ini. Tapi kali ni berjaya menahan diri dari membeli cos ada yang masih belum pakai dan masih tersimpan rapi di dalam kotak lagi.

Dah alang-alang pergi berdua, so kami lepak Chillis ajelah, lama jugak tak makan disini.

Semuanya menjadi karnivor, Mixed combo fajitas and lamb shoulder menjadi pilihan kami berdua.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Hamleys, tapi rasanya tak semeriah macam di Toys R Us.

 Tempat kegemaran Daddy Jack, diam-diam dia pi sini ja.

Ohhh, boleh buat birthday Daddy Jack kat sini August nanti. 
 

Thursday, 28 November 2013

Chillin' at Chilli's


Sesekali bila time bercuti, ajak la jugak the boys pergi makan kat luar.  Seronokla depa bila keluar hari biasa. Kalau tak asyik gi sekolah aje, kan.

  
Pilihan tempat makan bergantung kepada anak-anak. After all, they all yang nak makan, we all just ikut aje tapi tahu dah apa yang mereka nak makan bila keluar tu. Kalau western, selalunya Chilli's la menjadi pilihan. Kalau dah ke Chilli's menu Quesadillas menjadi pilihan Daddy Jack.

 
Selalunya I ambil Southwestern Lamb tapi kali ni macam nak tukar selera so ambil Cheese and Steak Sandwich aje while the boys ambil the kids meal ajelah.
 
 
For dessert, ini yang sentiasa menjadi pilihan, Molten Chocolate Cake.
 
Ingatkan order satu tak habis, rupanya berebut-rebut makan 4 orang ni, nak order lagi malas pulak so lain kali kita order 2 la yer.