Nuffnang Ad

Showing posts with label Sydney stories. Show all posts
Showing posts with label Sydney stories. Show all posts

Tuesday, 14 December 2010

Jangan marah

Well, I belum tahap nak borong Noritake sampai berkotak-kotak macam nie. Masanya terlalu panjang untuk mengumpul Noritake. Masa pi Syney tu, nak balik bilik kat Malaysia Hall, ternampak banyak kotak Noritake, along the aisle. Macam nak terjegil jugak bijik mata tengok kotak-kotak nie, sure pikir banyaknya duit sesiapa yang membeli set-set Noritake nie. Nie mcm satu azam untuk I, memborong banyak-banyak macam nie. Hahahaha, tapi bergantung kepada my Mr Treasurer la kan..die yang akan bayarkan semuanya. Lagipun die pun mcm dah berminat aje dengan set Noritake nie...hmmmm.

Ada tak yang pengsan?

All these boxes are from Noritake...kalau I cakap, I beli semuanya ada tak yang nak pengsan ?

Wednesday, 1 December 2010

The Sydney Story - Final moment

Nie adalah entry terakhir jalan-jalan ke Sydney..phewwww punyalah lama kan, and then banyak sungguh cerita tertunggak nie...banyak nak qada' nie.

Untuk kali nie, we all makan tengahari di Taste of Thai. Mulanya nak mencuba restorang orang Melayu, Abang Sam Family Restoran, terlupa pulak yang hari tu Raya Haji, so tutup. Udahnya ke sini aje untuk our lunch. Daddy Jack masih setia dengan Tomyam Fried Ricenya.

Danish nak makan mee goreng, so mee goreng kosong aje sudah. Mana Ryan? Ryan tido ler..tu yang boleh makan kat sini, kalau tak, we all bungkus aje, makan dalam bilik.

Ingatkan boleh macam restoran Thai di Malaysia, boleh order apa-apa pun..dalam kepala nie mc terbayang udang goreng tepung, paprik apa semua...itu semua khayalan yer...untuk Lunch, depa dah sediakan menunya sendiri, order ikut menu aje, no lauk-lauk..itu untuk malam sahaja..so udahnya order tomyam sahaja, tapi tak sedap sangat sebabnya cair sangat.

We all balik form lunch, siap-siap nak balik. After hantar rent car, then terus check in. My Adelaide's gang ada jugak pesan, sebelum balik singgah beli Krispy Kreme dulu...terasa rindu pulak kat JCO and Big Apple. Kalau kat Malaysia, tak berapa nak pandang sgt Krispy Kreme nie sebabnya donutnya terlalu manis sangat. So, kat sini, layankan aje.

Apa ada dalm kotak kat bawah tu yer...ehem..ehem..biarlah rahsia...Apa-apa pun perjalanan kami berjalan dengan lancar. Selamat sampai di Adelaide dalam pukul 930 malam. Itupun ada yang ajak beraya ke rumah, tak tertahan mata nie dah..mengantuk sangat..terima kasih ajelah yer.

p/s: Untuk sesiapa yang nak ke Sydney, nanti I akan buat summary what is good and bad about here in Sydney yer....hope you all enjoy reading my trip to Sydney.

The Sydney Story - Sydney Football Stadium

Eiii...geramnya I dengan Daddy Jack nie...singgah sini semata-mata nak bergambar kat Stadium Sydney aje. Ingatkan apa lah, siap tag kat GPS lagi.

Bukannya nak masuk pun, just nak bergambar aje kat depan stadium nie. Eiii, nasib baiklah kat Australis, kalau ke UK, jenuh bergambar depan stadium aje.

Dah la panas terik...nasib baik cepat ambik gambar, then mencari tempat makan pulak..nak kena cepat sebabnya we all tak packing barang pun lagi.

Tuesday, 30 November 2010

The Sydney Story - World Kitchen

After makan McD, we all terus menuju ke salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh para wanita yang meminati Corelle, Pyrex, Corning dan yang sewaktu dengannya. Menurut my Adelaide's gang yang pernah ke sini, harganya murah berbanding Adelaide.

Tapi, we all tengok, lebih kurang sama aje harganya dengan Adelaide, maybe tak sale. But choice of Corelle memang banyak, baik yang set mahupun loose. Even pattern yang macam Ibu punya pun ada jugak kat sini. Hmmm, manalah tahu kalau Ibu datang, akan ku paksa Daddy Jack ke sini lagi.

Ada di antara set square ini menjadi pilihan Daddy Jack, We all tak membeli pun Corelle, sebab pikir, macamana nak bawak balik naik flight sebab takut pecah. We all pikir nak suruh they all shippingkan aje untuk we all ke Adelaide, tapi tunggulah bila we all nak balik Malaysia for good nanti, kan.

Bahagian favourites I....Pyrex. Pun sama jugak, even ada set yang I beli kat Kmart lagi murah berbanding sini. Tapi mata tu dok meliar aje tengok set yang lain. Eiii !!!! geram tau.

Ni diantara yang I minat, but Daddy Jack tak berkenan. Alasannya, kalau nak beli, beli yang square aje, tak payah nak ada yang bulat.

Corningware, nie pun macam dah terminat jugak...hmm banyak sungguh list nak beli nieh.

Corelle casserole, But I still tak puas hati bila Corelle yang I pakai di Adelaide tak ada keluarkan casserole. Dahlah minat, kalau beli sure Daddy Jack tak suka bila set pinggan and loose ware yang lain patternnya tak sama.

Pyrex starter set, ada dalam 15 pieces kut, tak ingatlah tapi berat sangat. Minat mmg minat tapi tak aperlah.

Ni tak pernah jumpa, pyrex collection yang boleh diletakkan dalam warm/cold packs. Cool jugak, ehhhh. Tapi rupanya my Adelaide's gang cakap, ada aje jual kat Harris Scarfe, tgh sale lagi...melepas ler.

Vision collection. Nie pun rasanya nak kena beli untuk menambah yang dah sedia ada tu. Kat rumah baru ada 3 periuk kecil, so nati perlahan-lahan I nak tambah sikit-sikit. Kalau beli dengan banyak, mau patah Daddy Jack nak membayarnya.

Kak Azie cakap, kawan die checkkan kat Langkawi lagi murah harganya berbanding sini. I pun dah lama tak pi Langkawi. Plannya kalau balik Malaysia nak jalan-jalan ke sana, maklumlah lama tak ke Langkawi and then boleh jugak buat perbandingan harga dinnerware sana, tapi tak sempat rasanya. Apa-apa pun, ada lah jugak yang I bei kat sini. Dah singgah, kan takkan tak beli. Sampai senget bahu membawanya.

The Sydney Story - McDonalds pulak..hidangan Aidiladha

We all kan dah salah date untuk menyambut Aidiladha..ingatkan sama macam Malaysia, rupanya Asutalia menyambut sehari awal, so we all berhari raya di Sydney ajelah. Mana nak makan ketupat apa bagi, so we all berjuadah raya dengan McD ajelah..and dont worry, its Halal yer..kang ada aje yang komen kata I makan benda yang tak halal, kan.

The boys tak sabar-sabar nak makan their breakfast. Menunya tak sama macam Malaysia la. Tapi kan, kat Sydney nie merasa la jugak makan KFC and McD, tapi satu aje yang tak best, tak ada sos cili, kalau ada pun sweet chilli. Suka tak suka, kenalah hadapinya. Kalau kat Malaysia, siap ambik atau tuang banyak-banyak lagi.

Danish order pancake...punyalah jauh datang makan, cuma order pancake aje..hmmmm. Kalau pancake tu, Mummy boleh buat..hahahahah. As for Ryan, apa-apa pun boleh aje.

Me and Daddy Jack ambik sausage mcmuffin aje. Itupun si kecik dah kacau jugak, nak itu ini apa semua.

Me and my coffee pun sudah cukup ler. Tapi kopi die mcm tak kaw sangat mcm Arabica Coffee di McD Seksyen 3, Shah Alam..hahahahaa


Kat McD sini ada McCafe yang hanya sampai pukul 11 sahaja. Ada la jual macam pastri or cake. Agak tempting jugaklah tgk keknya.

I berkenan dengan travel mug tu, sekali dah habis stoklah. Nanti nak cari kat Adelaide jugaklah..tak makan la McD Adelaide, sebabnya mmg tak halal, just nak beli travel mug aje.

Monday, 29 November 2010

The Sydney Story - Sydney Tower

Masa sampai ke Malaysia Hall, hari dah dalam pukul 6 macam tu, then we all pun berehat sambil mempacking barangan yang we all dah beli, nak tgk apa yang cukup and apa yang tak cukup. Tetiba Daddy Jack cakap..macam nak keluar lagi..hah ? nak ke mana pulak...nak tengok pemandangan dari atas pulak..nak pi Sydney Tower. Memula, plannya nak pi pagi masa nak balik memandangkan flight we all petang dalam pukul 7, so sempatlah nak tgk waktu pagi tu. Tapi entah macamana, Daddy Jack terperasan yang Sydney Tower nie buka sampai pukul 9 malam aje. We al apa lagi, bergegas la bersiap untuk ke sana.

We all sampai pun dalam pukul 830 malam macam tu and nasib baik le they all lanjutkan waktu operasi sebabnya cuaca tak begitu baik, cloudy aje so scenery mcm tak berapa lawa. Then, siap boleh dtg bila-bila aje cos they all tak ambik tiket tu. Next time, just tunjukkan tiket sahaja.

Antara pemandangan yang we all sempat lihat..gambar tak begitu cantik, due to the weather and some more, lampu die agak malam aje. Nak pakai flash, tak lawa pulak.

Luna Park waktu malam, cantik, kan ?

Bila tengok gambar nie, barulah nampak muka Danish sama dengan Daddy Jack. Ibu kata, kalau muka anak sama dengan muka bapa, keras hati..yer ker?

Ada sorang visitor yang baik nak tolong ambikkan gambar we all. Thanks to Mr Stranger..

Danish sibuk dengan teropongnya..entah apa yang diteropongnya pun tak tahulah



Nie waktu dah nak tutup dah and we all orang terakhir meninggalkan Tower area nie.

Cubaan mengambil gambar dalam lif, sebabnya lifnya bergerak lambat sangat.

Pak guard yang tolong ambikkan gambar nie.

Sydney Tower from our parking lot. Hope to get a view from daylight pulak, di lain waktu.

The Sydney Story - Darling Harbour


We all masih di Darling Harbour. After keluar from Sydney Aquarium, hujan masih lagi lebat, nak tak nak kena redah jugak, cos we're in such of hurry nak ke tempat-tempat lain lagi. Terpaksalah membeli baju hujan, yang tetiba naik harga. Singgah sekejap di Maritim Museum nie, tak masuk tgk pun, just nak beli fridge magnet aje. Lagipun nie macam muzium perkapalan aje. Tak excited pun nak melawat kat dalamnya.


Before datang Sydney, Daddy Jack dah buat senarai, apa yang die nak pergi and Hard Rock Cafe ada termasuk di dalam itinerarinya. Daddy Jack kata Planet Hollywood pun ada, ehhh bukan Planet Hollywood dah bungkus ker? Malaysia punya dah lama tutup ? Berkejar we all mencari HRC cos Daddy Jack nak pergi Rock Shop aje, nak belikan tshirt untuk the boys. Pusing punya pusing kat Darling tak jumpa jugak, then tanya reception counter, rupanya hanya di depan mata sahaja and TAK BUKA lagi..Daddy Jack confident that the shop dah buka tu yang die tak belikan the boys tshirt kat mana-mana tempat yang we all pergi, cuma beli fridge magnet aje. Tak aperlah, lain kali kita datang lagi yer.

Daddy Jack frust bila Hard Rock shopnya tak buka lagi so we all bergegas pulak ke Powerhouse Museum. Nie pun dalam agenda Daddy Jack jugak. Die nak pi beli merchandise AC/DC yang buat tour kat Australia bulan lepas, Nak beli some of the memoribilia kat sini. I suruh die jalan laju-laju dengan Danish cos lagi 10 minit aje muzium nie nak tutup, so I perlahan-lahan tolak stroller kat belakang die.

Powerhouse Museum nie tempat lebih kurang macam Museum of Applied Arts and Sciences, yang mempamerkan hasil karya, pameran artworks dan juga program-program teknologi yang telah merubah dunia sera cerita-cerita mereka yang telah mengilhamkan serta menghasilkan teknologi ini. Antara pameran yang ada di dalam nie like photography, art & design, fashion dan lain-lain yang berkaitan dengan eni. Memang bersesuaianlah tempat ini untuk me and Daddy Jack, yang masing-masingnya mempunyai background Art&Design.Tapi, tak sempat nak melawatpun dalamnya cos dah nak tutup, and lain kali kalau pi Sydney, nie merupakan tempat pertama yang we all akan pergi.

Then, we all decided nak balik ajelah. Kesian the boys, basah lencun satu hari. Nanti takut demam pulak. So, stop sekejap kat IMAX 3D depan nie untuk bergambar. Tu la baju hujan yang we all beli, harganya dalam AUD6 dollar aje. Kat Aussie, nie baju hujan mahal, apatah lagi payung. So kalau balik Malaysia nanti, nak beli payung banyak-banyak ler, bawak balik sini.

Sebelum balik, singgah sekejap kat sini. Apa pulak ada dalam nie...ni pulak my agenda. Dalam nie ada butik COACH. Terlepas rindu nak bau beg-beg COACH tu..hahahaha..beli tak ? hmmmm biarlah rahsia yer.