Nuffnang Ad

Showing posts with label favourite things. Show all posts
Showing posts with label favourite things. Show all posts

Tuesday, 20 September 2011

Nyamannya

Balik Malaysia lepas, I mmg admit cuaca agak panas especially di Kuantan, but panas-panas pun Malaysia tetap dihati, okay. Petang raya pertama tu, kami dah bertunggu tangga di East Coast Mall dah, panas punggung duduk rumah. Dah puas pusing-pusing, tak membeli pun then lepak Starbucks kejap.

Dulu, rajin sangat mengumpul tumbler and also mug ni. Tapi, sejak Starbucks buat re-branding, mcm tak berapa lawa la especially mug tu. Nampak weird sangat. I nak tengok design Australia punya macamana, tapi nak kena cari my Adelaide's gang yang nak ke Sydney atau Melbourne la sebab Starbucks hanya ada di sana sahaja..sedih, kan.

Sekarang nie, semua benda kena beli 2, tak boleh beli asing-asing so akan berebut. Tak kisahlah baju, kasut even makanan pun. Danish nak makan kek, so tak boleh share, karang terjerit-jerit dalam Starbucks nie so kenalah beli satu lagi. Udahnya Danish just cuit sikit and Ryan punya tak luak langsung. Eiiii, geramnya.

Frappucino tak ketinggalan, 2 chocolate and Java Chips. Of course la chocolate tu untuk the boys, yang nie they all enjoy sangat maybe menggantikan ice-cream panas-panas nie so laju ajelah menyedutnya.

Saturday, 25 June 2011

Kenapa saya suka Garage Sales ?

Setiap hari Sabtu dan Ahad adalah hari terapi untuk wanita-wanita Malaysia di Adelaide. Apa cara terapinya adalah dengan pusing-pusing di sekitar kawasan perumahan untuk mencari GARAGE SALES !!! Yer, itulah terapi bagi wanita-wanita Malaysia, amnya. Bangun pagi-pagi, siapsarapan dan mungkin juga lunch then keluar pusing tak kiralah dekat ataupun jauh, sanggup tu untuk pergi Garage Sale. Kalau dapat yang syok macam Corelle, Pyrex atau apa sahaja barang idaman, memang sernok tapi kalau pergi tak jumpa apa-apa pun okay jugak, janji boleh keluar berjalan-jalan sambil tengok rumah yang cantik-cantik.

Well, Daddy Jack tak berapa berkenan sangat kalau diajak pi Garage Sale..macam buang masa katanya. Bukannya apa, I like collect stuffs yang menarik pada mata I but not him, junk katanya. Mana nak sumbat dalam rumah kami yang comel tu. Tapi ada betulnya jugak, but I cannot handle myself la. Like this Tupperware 3-1 utensils, mana pernah nampak, kan. Its egg separator, grater and also lemon scrunch.

Satu bakul buku-buku Photography hanya dengan AUD10 sahaja, but dah setahun membeli..tak pernah membacanya pun. Patutlah Daddy Jack tak mo layan kalau I ajak ke Garage Sales, kan. Padan muka I.


Orang Aussie tak pandang pada Tupperware, so depa banyak jual dengan harga yang murah, semurah 50sen sahaja. Mana nak dapat Tupperware 50 sen, kan. Ada tu just bagi free aje. Dah banyak dah Tupperware di rumah and again membuatkan Daddy Jack angin dengan I.

Hah !! nie okay kalau pada Daddy Jack, buku untuk the boys but kena pilih yang elok-elok lah. Kalau yang dah too old ataupun koyak, memang tak mahu ambik.

Pernah pi Garage sale jumpa VCD Shah Rukh Khan, tapi tak terpikir pulaklah nak beli. Ada juga peminat hindustan di sini yer.

Another household yang unik I pernah jumpa di garage sale, cereal compartment, macam di hotel-hotel. Guna sekali aje, lepas tu simpan masuk dalam kotak.

Ohh, ini memang I gunakan dengan bersungguh-sungguh. Rumah I memang tuan sewa ada sediakan dapur and oven sekali tapi entah macamana rasanya oven die tu dah rosak so I terpaksa cari yang macam nie, dengan harga AUD20 and its brand new. Selalu bakar ayam and kek menggunakan oven yang comel ini ler. Sungguh berbaloi membelinya.

Monday, 7 March 2011

Kopi pujaan

Satu hari tu, bila I balik from somewhere masa di KL, maid I cakap..."Kak, tadi ada posmen hantar barang"..and I was thinking, siapa pulaklah yang bermurah hati nak hantar barang kat I nie. Setahu I, tak ada puchase anything online sejak balik Malaysia die..heran jugak tu.

Ohhh bila nampak kopi nie terus I tahu siapa yang hantarnya...my favourite kopi...and from my pengedar setia, Cik Elyn kita rupanya. Kopi nie sampai sebelum I berjumpa die kat Ampang Puteri lagi. I minum kopi nie pun setelah my officemate, Adlene yang perkenalkan. Memang sedap.

Aduh !!! terasa sedap aje kopi nie masuk ke tekak...terasa masa zaman kerja dulu..pagi terus bancuh kopi nie and terasa segar sampailah ke lunchtime. Tapi kan, kopi nie jugak jadi pujaan maidku, udahnya pagi bangun ada dua cawan, satu untuk I and satu untuk die. Nasib baik ada kat Adelaide, kalau kat Malaysia, banyaklah kena order ngan Cik Elyn kita.

Wednesday, 22 September 2010

Itu jugak yang die berkenan

Cuba tengok gambar nie..rasanya apa yang tak kena yer.? Hehehehe..kalau pakai topi terbalik tu, rasanya normal lagi, tapi tang stokin tu mcm mana pulak ? Sebelah lain. Yer..itulah stokin kegemaran Ryan the Lion. Kalau other children ada bantal busuk, kain atau macam-macam lagilah, tapi Ryan the Lion ada stokin favourite. Tak tahu mana sebelah lagi, 2-2 dah hilang, tinggal satu aje.

Pakai sampai koyak. Puas tukar, still tak nak, nak jugak pakai yang ini. Hmmm, nak kena sorok la nampak gayanya nie.